Thursday, October 28, 2010

Kerabu Umbut Kelapa




















 

Ok sekarang nak update pula resepi yg agak baru dimasak... nak tanya sikit kengkawan semua pernah tak makan umbut kelapa? Bagi keluarga kami (belah aku & belah suami).. umbut kelapa ni boleh dikatakan feberet semua orang. Rasanya yg manis memang sedap dimasak apa saja samada dibuat kerabu, masak lemak maupun acar berempah. Malah boleh dimakan mentah begitu saja.. Tapi.. bukan senang tau nak dapatkan umbut kelapa ni... bayangkan.. untuk mendapatkan umbutnya.. pokok kelapa harus dikorbankan (ditebang) terus kerana umbut tersebut berada pada bahagian puncak pucuknya iaitu bahagian pucuk yg paling muda...  

Jika di Utara popular dengan gulai batang pisang/ gulai rias pisang semasa kenduri kendara, di kg aku & suami pula popular dengan masakan dari umbut kelapa.. memang sering pokok2 kelapa menjadi mangsa tebangan sebab tuan rumah nak hidangkan juadah dari umbut yg menjadi kesukaan ramai ni.. Selain umbutnya diambil.. kelapa tua boleh digunakan utk masak memasak lauk pauk.. kelapa muda pula sudah tentu jadi minuman untuk orang2 yang dtg merewang masa kenduri tu.. Kadang2.. ada juga pokok kelapa yang kami gelar sebagai 'pondan' (maaf ye kalau ada yg terasa plak..) sebab dah besar tinggi pun tak berbuah2.. makanya.. bila tiba tuan rumah nak buat kenduri akan ditebang pokok tersebut utk dptkan umbutnya. Selain pokok kelapa.. pokok kelapa sawit pun boleh juga diambil umbutnya terutama bg penduduk Felda mcm kg aku tu lah.. Kalau dapat umbut dalam 3 pokok pun dah cukup untuk memasak lauk kenduri sebab pokok sawit umbutnya lebih besar. Masa aku kecik2 dulu pula masa tinggal di Rompin, Pahang... pernah juga mendengar orang2 tua pegi mencari umbut nibung & umbut bayas.. Pokok2 tersebut bukan senang nak dicari.. hanya ada dlm hutan sahaja.. Pokok2 yang berumbut yang boleh dimakan semuanya adalah dalam keluarga pokok palma.. tapi harus diingat.. umbut2 ni semua tak sesuai untuk mereka yang ada sakit2 urat saraf & sendi kerana dikatakan dalam kategori sayur yang 'sejuk'!

Berbalik pada tajuk kat atas tu.. umbut kelapa ni cik abang ku beli di pasar pagi di Taman Medan dengan harga RM7.00/kg/½ batang seperti dalam gambar di bawah. Rasanya umbut ni dari pokok kelapa yang masih kecil sebab saiznya yg agak kecil.  Memang berbaloi sebab dah lama rindu nak makan kerabu umbut ni... Anak2 pun semuanya suka termasuklah anak daraku yg kecik itu.. Oklah.. jom kita tengok pula resepi.. Resepi sumber dari mertua.. memang sedap.. lemak2, sikit2 terasa hangat dari lada hitam & manis yg terbit dari umbut tu sendiri.. memang meleleh air liur masa menyediakan.. rasa dah tak sabar2 dah nak meratah.. hihihi..

 













Resepi ini hanya sebagai panduan saja kerana aku ikut sukatan umbut yang aku dpt.. kalau umbut yg u all ada lebih byk dari sukatan aku tu.. so agak2 sendiri jelah sukatan bahan2 yg lain ya.. Resepi ini pun sesuai juga dibuat menggunakan sayur2 yang lain seperti terung bakar (yg kami panggil pecal terung) & mangga muda atau nangka muda yg dicelur..

Bahan2
Umbut kelapa anggaran 1 bekas aiskrim spt dlm gambar (ambil bahagian yg lembut sahaja)
6 - 7 ulas bawang merah ~ ditumbuk halus
1 s/k lada hitam biji ~ ditumbuk halus berasingan
1 ½  sudu besar udang kering ~ direndam & ditumbuk halus
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik yg dah ditumbuk (kerisik buat sendiri lebih sedap!)
garam & aji secukupnya



Cara2 Menyediakan
1. Umbut dicelur sehingga lembut kemudian toskan.
2. Gaulkan umbut bersama dengan bahan2 tumbuk yang telah disediakan. Tambahkan santan pekat, kerisik & bahan2 perasa secukupnya. 
3. Gaul rata2 & sedia dihidangkan segera dengan nasi hangat & jika ada ikan masin lagi wallahh!!.

































Selamat Mencuba!

4 comments:

Mimiey.. (^-^) said...

mie pun suka makan umbut kelapa ni kak madiha. kalau kt kampung,dorang suka buat dalca @ gulai ayam dan letak umbut ni bebanyak....

izahdaut said...

akak..memang sedap makan..kalau kat kenduri je biasa dapat makan..kat pahang memang selalu buat makan ni..memang masak sebijik mcm akak masak ni..mak aii rindu nak makan..manis lemak dan rasa kerisik tu..sedap la kak.........!!!!!!!!!!!

Mamasya said...

Salam Ratna

Umbut kelapa belah kg sy dulu2 femes buat lauk kenduri...skrg ni dah kurang sikit. satu lagi buah ara..
re; Syakirah sejak aktif ni susut sikit tp makan tetap selera..asyik nak aja..kdg2 berebut pinggan dg abgnya.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

MIMIEY: mmg sedapkan sayur umbut ni.. wahh.. boleh masukkan dlm dalca juga ya? satu resepi yg baru bg akak.. jumpa umbut lg boleh try..

IZAH: betul tu izah.. kat pahang, trengganu & kelantan mmg popular hidang sayur umbut time kenduri kan? kalau ada.. sayur umbut yg habis dulu berbanding acar nenas/timun tu.. hehehe..

MAMASYA: mungkin sebab skrg ni pokok kelapa pun dah semakin kurang kan? org asyik tebang tp tak tanam semula.. mcmana nak dptkan umbut? lg pun nak tebang pokok kelapa yg dah besar mesti rasa sayang..
patutlah syakirah nampak susut.. aktif sgt agaknya.. tp takper.. janji selera mkn dia tak menurun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...