Tuesday, February 1, 2011

Pizza Daging Kari di Hari Lahir Haziq...

Assalamualaikum....

29 Januari yang lepas.. genap 5 tahun usia anak bujangku Haziq... Ibu doakan semoga Haziq menjadi anak yang soleh, berjaya dalam hidup dunia & akhirat.  Masa hari jadi Haziq tempohari.. aku tak buat apa2 kek pun.  Tiba2 rasa macam malas & takde mood pulak nak godek kek sendiri.  Lagipun.. aku tak sempat nak mencari bahan2.  Hari tu pulak.. cik abang kerja macam biasa.. Adik Alin pulak tak berapa sihat sangat... jadi.. rasa tak seronok & tak semangat nak buat apa2 sambutan atau persiapan bila ayah takde kat rumah dengan keadaan anak yang kurang sihat.  Hari tu aku masak macam biasa aje.. cuma petangnya... aku buat pizza untuk minum petang..

Pizza Daging Kari untuk minum petang yang marbeless!

Sedang elok aku tengah siapkan topping untuk pizza.. tiba-tiba je cik abang balik dari kerja.  Selalunya.. abang balik kerja & sampai rumah waktu malam.. Mungkin dia ingat hari tu hari jadi anaknya.. sebab tu dia balik awal.  Jadi.. sedang moleklah boleh minum petang sama2... Bila abang dah ada kat rumah.. barulah rasa seronok sikit.. Aku pun ajak abang pegi cari kek & bungkus sikit makanan & bawa ke rumah makcik.. masa tu sebenarnya dah malam dah pun.. so.. anak2 semua siap mandi semua berbaju tidor aje... sambut besday Haziq simple2 aje kat rumah tokcu nya... auntie2 dorang goreng fries... Kami bawak limau mandarin yang hubby dapat dari tempat kerjanya.. kemudian kami beli kek di Secret Recipes di Amcorp Mall & pegi tapau bihun tomyam & nasi goreng USA di taman selera Old Town.  Jadilah... sambut besday Haziq secara ala kadar... itupun.. Haziq tak kisah langsung pasal kek atau hadiah walaupun dia tau hari tu hari jadi dia.. aku dah biasakan anak2 semua macam tu..  hidup dalam kesederhanaan (spt kata2 dlm profile aku) & ikut kemampuan.. so dorang tak pernah demand itu & ini... syukur alhamdulillah...

Chocolate Banana Cake dari Secret Recipes yang sangat yummy!!

Lepas potong kek.. makan2 sambil borak2.. rasa kenyang & sangat full!   Dah lewat malam kami pun balik rumah.. Esoknya.. abang beli beberapa jenis jajan untuk dimasukkan ke dalam goodies bag untuk diagih2kan kepada kawan2 Haziq di sekolah tadikanya dan di rumah pengasuh Adik Alin yang dulunya abang Haziq pun tinggal di situ..

Oklah.. berbalik pada pizza yang aku buat untuk minum petang tu... resepinya aku ambil dari blog Kak Ummi Zaihadi... Kak Ummi pulak ambik resepinya dari sini.  Masa tengok Kak Ummi tayang pizzanya tu.. terus rasa teringin nak buat pizza versi kari yang belum pernah buat lagi sebelumnya.  Kak Ummi ada ubah sikit2 dari resepi asal.. begitu jugaklah  dengan aku ikut apa bahan yang ada dalam simpanan.  Terima kasih Kak Ummi.. Sangat2 yummy pizza tu makan waktu suam2 tu... even bila dah sejuk pun still sedap jugak.. hehe.. ada lebih sekeping.. panaskan esok paginya utk abang bersarapan sebelum pergi kerja.. kekeke...

Ok... ini resepinya kalau ada yang ingin mencuba... C&P dari Kak Ummi (ada tokok tambah sikit) mintak halal ye kak... Terima kasih!


Pizza Daging Kari by nibbledish.com
Dirujuk & diubahsuai : MaDiHaA

Bahan (Doh Pizza):-

    2 cawan tepung (MaDiHaA guna tepong gandum)
    1 sudu besar yis kering (mauripan)
    1/8 sudu kecil garam
    1 sudu besar gula kastor
    1 sudu besar susu tepong (MaDiHaA tambah)
    1/2 cawan air suam
    2 sudu besar minyak zaitun

Bahan Inti:-

    100 gm daging kisar (*akak letak 200 gm ~ MaDiHaA pun sama)
    1 sudu besar bawang cincang (*akak guna 1 biji bawang besar ~ MaDiHaA pun follow gak.. )
    1 sudu besar serbuk kari daging (*akak guna 2 sudu besar ~ ikut sama jugak )
    1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
    1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
    2 sudu besar minyak (*akak guna minyak zaitun ~ ikut sama jugak)
    1 biji tomato masak ~ dipotong kiub (MaDiHaA tambah)
    1/2 cawan air (MaDiHaA tambah)
      garam secukupnya & 1 sudu kecil gula (MaDiHaA tambah)

Bahan Lain:-

1/2 cawan sos pasta (akak marinate jek sos tomato, sos cili, puri tomato dan tomato cincang - ikut citarasa sendiri ~ MaDiHaA guna 2 sudu besar sos tomato + 2 sudu besar sos cili)
1/2 cawan parutan mozarella cheese (*akak guna lebih ~ MaDiHaA pun letak lebih gak)
1/2 biji cili capsicum hijau ~ dipotong kiub (MaDiHaA tambah)
Cara Membuat:-

1. UNTUK DOH: (*akak masukkan kesemua bahan dalam Bread Maker mengikut turutan, bahan cecair dahulu, baru diletakkan bahan-bahan kering. Jauhkan garam dengan yis sebelum mula mengadun, nnt terbantut yis nak kembang) Tekan ON dan biar doh diuli, dan bila siap uli akak hanya biarkan doh naik lebih kurang 20 minit sahaja. Keluarkan dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepung. Canai dengan rolling pin biar jadi bulat dan rata. Letakkan di atas loyang pizza ukuran 10 inci.  (MaDiHaA biarkan kira2 15  ~ 20 minit atau hingga nampak base tu naik sikit)

2. UNTUK INTI: Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga kekuningan, masukkan rempah kari, jintan manis & ketumbar kacau sebentar dan masukkan daging kisar serta air. Masukkan garam & gula dan kacau hingga daging masak dan sedikit kering. Sebelum diangkat, masukkan tomato yang didadu & kacau rata. Angkat dan sejukkan.
3. Ratakan sos pizza di atas doh, (lihat nota) kemudian letakkan inti daging tadi dan ratakan.   Aturkan cili capsicum di serata permukaan pizza.
4. Kemudian taburkan parutan mozarella cheese dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit. Hidangkan panas2 suam dan drizzle dengan sos cili kegemaran.
Nota MaDiHaA : Selepas doh yang dicanai dibiarkan naik sedikit.. MaDiHaA bakar base pizza selama 5 minit.  Keluarkan dari oven & cucuk2 sikit base pizza dengan garfu.  Sapu dengan sos kemudian tabur nipis mozarella cheese  sebelum diletakkan inti daging sehingga rata.  Aturkan cili capsicum & akhir sekali barulah taburkan mozarella cheese tebal2 menutupi inti. Kemudian barulah dibakar selama 10 minit dengan suhu 190C.


Selamat mencuba!

9 comments:

Siti Mariam Hussain Zaki said...

Salam kak,akak malas2 pun buat juga pizza,kira tak malas la tu...kalau mariam malas jawabnye beli kt luar je la..hehehe..happy birthday to haziq..Makcik doakan semoga jadi anak yg soleh ye.. :)

Sofea said...

happy belated bday utk ank Madiha..semoga mnjadi ank yg soleh dan berjaya selalu hidup..Madiha buat pizza daging akak pula seafood pizza..! ;)

Ummi said...

Salam Madiha....Happy Birthday to Haziq...waaah mak dia dah watkan pizza eh...hehee, bertukar resepi kita eks...masih terasa2 kesedapannya...base dia pun lembut bersarang2 kan..hehee....tp kek coklat SR tu lg mengancam..hehe

Mimiey.. (^-^) said...

kak madihaa, yg sekeping tu mie punya ehh...hehehhehe...meleleh liur nengoknye..hepy besday to haziq..moga2 haziq menjadi anak yang baik dan membanggakan akak dan suami...

hana said...

epi besday haziq cumil! mudah2an jd anak yg soleh dan menjadi kebanggaan kluarga.... pizza daging k.ummi tuh pong da masuk list nak buat... makin terliur tgk akak punyer nih...

wati said...

salam...

hepi belated besday to haziq....sedapnye pizza tu kak penuh intinya

Nieza said...

wah sedapnya pizza akak ni...boleh tutup kedai pizza hut mcm tu..hehe btw happy belated birthday to haziq..semoga membesar menjadi anak yg baik dan menjadi kebanggaan keluarga..amin.

indahhouse said...

Salam kak madiha,
Happy birthday to haziq ya. Moga sihat selalu, cemerlang dunia dan akhirat dan jadi anak yang soleh..
Pizza yang masih lembut bila sejuk, ya? Sedap tuh. berbaloi buat. :))

Ida Ddapur said...

Happy Birthday Haziq..moga menjadi anak yg soleh..amin
Pizza tu pun buat terliur ni...emmm sedappnyer,
uhuhuuu..dah lama tak mkn chocolate banana cake tu...dulu2 masa kat m'sia, rajin gak beli utk b'day anak2..mmg yummmy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...