Salam & selamat pagi semua...
Agaknya... sekarang ni musim labu kot yer... nampak kat mana2 pun ada je orang buat kuih dari labu ni... Yang tengah top skrg... apam labu yang resepinya diadaptasi dari resepi.... ehem ehem.. resepi sapa lagi.. resepi aku ler.. keh keh keh... dorang guna resepi apam keledek ku yang menggunakan double action baking powder tu & sekarang dah jadi resepi apam labu pulak.. sangat2 kreatif & berinovasi betul.. Mereka2 yang dah mencuba seperti Izah, Kak Ummi, Kak Anymz, Yatie & yang latest ni Hana pun dah try gak.. (mungkin ada yg aku tak perasan & tak sebut nama.. maaf yer... ) alhamdulillah.. semuanya menjadi... Nanti kalau rajin bolehlah aku try guna labu pulak... Thanks gak pada Izah & Kak Ummi sebab rajin bereksperimen & berkongsi pula dengan kawan2 yang lain...
Kat rumah aku ni pun sebenarnya... masih ada lagi stok labu yang mertua bagi hari tu.... lebihan buat muffin yg tak menjadi tuh.. (dahlah buat sampai 2 adunan.. konon2 nak sedekah kat jiran... takde rezeki nampaknya). Cuti weekend bebaru ni... nak memujuk hati yg frust dengan muffin yg kurang menjadi... aku cuba godek2 buat donut pula dengan labu rebus yang masih berbaki dok dalam peti ais tu... Alhamdulillah.. menjadi... !! Sukaaa!!... heheh.... Sedap & sangat lembut & sedikit chewy gitu... Dapat gak bagi kat kawan abang kat Shah Alam tu masa kami keluar untuk beli sedikit barang keperluan rumah....
Jom intai2 resepi jika ada yang nak mencuba untuk minum petang nanti...
Donut Labu by MaDiHaA @ mamawandiha
Bahan2
1 cawan isi labu kuning yang telah direbus
1 ½ cawan air suam
¼ cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak
2 sudu besar gula
2 teaspoon mauripan
620 gm tepong gandum (jika labu rebus agak lembik & menyerap air.. boleh tambah tepong dalam 20 ~ 30 gm lagi!)
secubit garam
Bahan2 lain
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Gula kastor secukupnya untuk menyalut
Cara2 Menyediakan
[menggunakan bread maker (BM)]
1. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam BM. Masukkan ½ cawan air suam lebihan ke dalam jug blender tadi & kisar lagi supaya semua sisa labu yang melekat pada jug blender tadi larut bersama air [supaya tak membazir] & tuangkan air tersebut ke dalam BM. Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan. Tekan setting untuk doh (no. 8 / bergantung BM masing2) dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam).
[menguli dengan tangan / cara manual]
1. Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati. Biarkan sehingga bancuhan berbuih.
2. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai. Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi. Kacau rata dengan tangan. Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. ) Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.
Membentuk doh
1. Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Jika doh terlalu melekat ditangan.. salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh.
2. Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka. Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak. Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu. Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan. Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut. Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti).
3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila). Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi. Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.
4. Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali. Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan. Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.
Selamat mencuba!
18 comments:
wahhh...gebunya donat labu tu...
nanti mas nk try gak..
tak pernah buat lagi donut labu...
wahh..memang gebu betui tu kak madihaa..
nak try gak la..
ada lagi sikit labu tu
salam...
mr.mama dah try buat, memang sedapkan MadihaA..
nanti nak buat lagi juga la...
Assalamualaikum Kak,
Gebunya donut labu akak tu...tak sabar nak cuba ni..labu pun ada kat esbok tu...klau jadi petang ni gak nak wat..tq kak berkongsi resepi...
Waaa..boleh dicuba bila bila nanti..kena cari labu laa dulu..sekarang nie semua gila labu..kiranya boleh dipelbagaikan labu nie..
Salam kak..
Dah cnp resepi ni..tergoda tgk donut labu akak yg montokzz ituewwww..
mak aihhhh gebunyer kak! nak cnp resepi jugak lah! sebelum nih dah penah buat resepi sape tak igt dah..hihi
MAS: memang gebu mas.. segebu tuannya jugakss.. hehe... bolehlah cuba nnt kalau ada lebihan labu tu.. buat setengah adunan pun ok gak sbb resepi akak tu byk dptnyer..
IZAHDAUT: akak ni pun sebab masih ada labu lagi tu yg cuba2 tu... bereksperimen ni kengkunun nak memujuk hati yg laralah gitu hahaha..
MR. MAMA: salam mr. mama.. saya dah intai2 kat blog mr. mama tadi.. ohh.. rupanya mr. mama dah buat donut labu yg tak guna yis tu yer? resepi yg ini lain dari yang tu sebab guna yis & uli mcm buat donut biasa gak.. nnt cuba yg ni pulak yer.. harap2 menjadi..
YATIE: wa'alaikumsalam yatie... a'ah... alhamdulillah percubaan pertama jadi dengan jayanya... mudah2an kawan2 yang lain dpat mencuba & menjadi jugaklah ye... harap2 yatie pun sama gak dpat donut yg gebu mcm yg akak buat ni yer...
KAK ASMA: boleh dipelbagaikan kak... saya main taram jer.. nasib menjadi jugak.. nanti bolehlah cuba2 bila dah ada labu nnt yer..
NAZ: salam naz... sila sila... resepi memang untuk dikongsi2 bersama... harap2 menjadilah nanti yer..
HANA: ada tak gebu macam tuan dia? hehehe... sila2lah cuba yer hana... akak tau.. mesti labu ada lagi dlm esbox tu kan? hehe.. harap2 menjadi nanti...
salam MaDiHa, waaaaaaaah lg kretip dia...donut labu eks...mcm sedap jek...labu ada sikit lg tuh..hehe
salam.. jumpa disini...
maalumler temanpun dah segan2 nak update di sana...
donut labu... isyh tak pernahler rasanya...
akak, nampak sgt gebu donatnye tu... dah lame tak mendonat....
alahai... labu lagi... heheheee... sedap nyer...tak perna mkn donut labu... pasti sedapkan .. tmbhan lg diana nie mmg hantu labu... :D
salam kakak diha,
saya nak cuba 'wabak' baru ni...sgt mengujakan...demam labu melanda...ekekkeke
Salam kak,lama tak menulis kat sini..hehehe,first time mariam tgk donut labu nih..mesti manis2 labu kan kak... :)
re:tula kak,posisi mana2 kita boleh pilih,yang paling best tuh sebab bidan2 kat sana sangat2la baik,senyum memanjang...kalau kita kat sini ikut cara keja kat sana kan bagus,yg baik elok kita ikut kan,tak salah.Betul tak kak...:)tapi kat sini pun banyak yang kerja cara profesional kan...:)
salam kak..sy dah try buat.. memang sedap..bg kreadit kat akak..dan izinkan sy copy paste kat blog sy.. http://tarabozu2.blogspot.com
Assalamualaikum kak madihaa, kalau xnak guna susu pekat nak ganti dgn apa ya?
Post a Comment