Salam di pagi Isnin...
Harap2 semuanya sihat2lah hendaknya ye.... Hari ni nak pos n3 lauk Daging Kesuma yang dah beberapa kali dimasak... Lauk ni nampak simple & ala2 daging kurma.. tapi sebenarnya ada kelainan dari segi rasanya.
Anak2 suka lauk ni sebab tak pedas sangat & abang pun kata sedap... ala2 lauk kenduri katanya... sebab tu dah beberapa kali masak... yg dulu2 tu tak sempat nak ambik gambar... kali ni baru berkesempatan... Resepi yang diambil dari Mesra.net & sumber dari Masakan Tradisional Utara 1991. Terima kasih kepada penyumbang resepi..
Daging Kesuma
Sumber: Masakan Tradisional Utara 1991 (MaDiHaA ubah suai sikit)
Mesra.net
Bahan2
500 gm daging lembu ~ dihiris nipis
1 senduk kecil minyak masak
2 cawan santan pekat
1/2 sudu besar asam jawa + 1 cawan air ~ diramas
1 sudu teh lada putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk jintan putih
2 batang serai ~ diketuk
2 labu bawang besar ~ dihiris
1 inci halia ~ dihiris halus memanjang
3 biji cili hidup merah/hijau ~ dibelah dua
Garam & perasa secukup rasa
Cara2 Menyediakan
1. Gaulkan daging bersama bahan2 rempah seperti serbuk ketumbar, serbuk lada putih, serbuk jintan manis & serbuk jintan putih. Perapkan dalam 15 minit.
2. Panaskan minyak lalu masukkan daging yang diperap. Masak hingga daging mengeluarkan air & agak kering. Masukkan serai, bawang & halia dan masak hingga bawang layu.
3. Masukkan santan, air asam jawa, garam, perasa & sikit gula jika suka lalu masak hingga kuahnya pekat. Masukkan cili hidup dan kacau2 sebentar & bolehlah dihidang.
Selamat mencuba!
6 comments:
Assalam kak nampak sedap dgg tu,sy cnp rcp sambal itam ye,dah rebus belimbing insyaAllah nak buat sambalnya pulak
wah..namanya sedap bebenor dibaca..daging kesuma..
masuk list gak lah..
nampak best sesangat dalam gambo akak madihaa neh..ishh..menggoda
Sedang cari idea masak tengah hari.tima kasih kak sebab memang tengah fikir nak masak apalah dengan daging dalam peti tu..bahan2 semua ada dan nampak ringkas je caranya.lunch arini DAGING KESUMA.
kat rumah kita jarangggggggggg sangat masak daging
kot ada pon masa raya je lah
kitorang ni kurang makan daging
ayam pon jarang
ikan mmg slalu
CHIK MIMI: daging tu sedaplah juga.. cuma kurang pedas.. ni sesuai utk anak2lah resepi ni... lebih kurang mcm kurma jugak.. oh nak cuba sambal hitam ye? yg tu mmg kompem sedap!!
IZAH: namanya lebih kurang mcm kurma kan?? rupa pun lebih kurangkan?? hehe.. nnt rasalah sendiri kalau buat ye... anak2 akak suka ni sbb tak pedas sgt..
SAMSULAILI: sedang elok la ehh ada resepi ni.. tulah bahan2 dia yg mudah tu yg buat senang kita nak masak.. takyah susah2 kena keluar kedai cari bahan2 yg pelik.. betul tak?
LYA COLOURS: amboiiiiii.. bestnya ari2 mkn ikannn.. akak suka ikann... kalau kat opis ni time lunch tapau kat kedai mesti carik ikan.. akak rasa.. mkn ikan lagi bagus dr ayam & daging.. kalau ikut kajian.. ikanlah yg paling bagus.. kurang lemak.. hehe..
Post a Comment