Tuesday, February 22, 2011

Hati & Limpa Berempah

Assalamualaikum....

Hari ni tiba2 rasa macam boring semacam jer... padahal kat ofis ni boleh tahan banyak kerjanya... hmmm... tiba2 rasa macam nak gi lepak2 tepi pantai jer... benda yang sama gak aku sms kat cik abang sebentar tadi... bila abang tanya nak gi pantai mana... aku jawab 'entah ler.. pantai yang terdekat ngan PJ ni.. cuma ada Pantai Dalam jer...!'  hehehehe.... aduhhlaaa...... naperlah tiba2 je rasa boring ni yer...??

Oklah.. untuk menghilangkan boring.. baik aku layan blog kejap.. mana tau boleh hilangkan boring ni... Meh aku tayang lauk yang dah berhari2 dimasak ni... Gara2 nampak Kak Nor Secubit Garam tunjuk dlm blog dia tempohari... tiba2 aku teringat kat dalam esbox aku tu pun masih ada stok hati, limpa & paru serba sikit pemberian jiran masa hari raya korban tempohari belum dimasak2 lagi.. Punyalah lama dok bertapa dlm esbox tu.. Bukan apa.. masa mula2 tu kononnya nak perabiskan daging korban dulu... itu pun tak boleh gak masak kerap sangat.. bahaya gak kalau kerap sangat makan daging merah ni.. Pasal hati, limpa & paru ni pun kes nak tunggu lama sikit masak sebab dah asyik makan daging.. so biarlah masak lambat sikit.. last2 bolehnya terlupa terus... sampai 3 bulan lebih baru dimasak... Ni kalau Laily baca blog aku ni.. sure dia terkejut... hahaha.. Maaf ler Laily.. bukan kita tak mau masak.. Tapi baru2 ni jer baru teringat & tergerak hati nak masak... Saja jer nak bagi gap lama sikit masak organ2 dalaman ni sebab tak elok sangat makan organ2 dalaman ni walaupun ianya sedap dimakan.. hehe..

Ok jom tengok resepi!  Sebelum tu.. terima kasih pada Ady-adygreatsword penyumbang asal resepi Limpa Berempah ni yer.. Sedap!! Minta maaf kerana dah tukar sikit nama dengan tambahan hati kat depan tu.  Terima kasih juga pada Kak Nor Secubit Garam yang mencuba terlebih dahulu & menwar-warkan kesedapan resepi/lauk ni hingga saya teringin untuk mencuba jugak.. Izinkan saya kongsikan resepi ni kat sini pula yer... thanks banyak2..

Hati & Limpa Berempah by : Ady
sumber : Kak Nor

Bahan-bahannya:
1 kg limpa, direbus dan dibuang kulit dan lemaknya dan dipotong ikut suka ~ k.nor campur dgn hati lembu [MaDiHaA campur hati dengan paru sekali sebab ada serba sikit]
2 sudu makan rempah kari daging [MaDiHaA lebihkan sikit]
4 sudu makan kicap lemak manis [MaDiHaA lebihkan sikit]
½ cawan air [MaDiHaA letak lebih sikit just nak bagi mesra sikit dengan bahan2 rempah bila dimasak hingga kering]
Sedikit bawang goreng [MaDiHaA guna 4 ulas bawang merah dibuat bawang goreng]
Sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
sedikit jus asam jawa ~ yg ni k.nor tambah [MaDiHaA ikut gak]
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:
20 tangkai lada kering, dibersihkan dan rendam dengan air panas
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara:
1. Panaskan minyak didalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari daging dan juga kicap. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa dan juga air.
3. Masukkan limpa dan masak selama 10 minit. Kemudian masukkan bawang goreng dan daun ketumbar. Gaul sebati selama 5 minit. Padamkan api dan siap




Cara MaDiHaA : Sebelum ditumiskan bahan2 kisar.. terlebih dahulu minyak tersebut digunakan untuk membuat bawang goreng. Bila bawang dah garing.. angkat,  toskan dan ketepikan dahulu. Kemudian barulah gunakan minyak tersebut untuk menumis bahan2 kisar.  Cara ini boleh menambahkan harum pada masakan kerana guna minyak lebihan menggoreng bawang.


Selamat mencuba!

9 comments:

Anna Qawina said...

sedapnya..saya tak pernah mask ni..tau beli je, tupun somi yg suker sgt mkn..hihi

try g lepak kat Hospital Pantai..hehehe..
kat Putrajaya kan ada pantai...g le piknic..hihi

K.Nor said...

salam tuan rumah.. nak angkut hati dan limpa semangkuk ni.. hehe

erkk.. nok gi pata mana? kabo jer, sini macang2 pata ada.. meh balik ganu, kita main air kat pata :)

izahdaut said...

ngapa lak tu kak madiha..
ujung minggu ni gi pantai PD la..tak pun bagan lalang dekat gak..leh makan ikan bako bagai..hehehee..
boring sampai makan hati ni kak..hahhaa..
sedap la hati goreng gini,tengok je dah tau..cam masak pengantin tu kan

Sizuka said...

k.dihaa,

kena pegi bercuti kat terengganu tu, hilangkan keboringan. next month, org dah start candat sotong, sangat sesuai kalau nak buat ketupat sotong time tu :D

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ANNA: akak & somi suka gak benda2 dalaman ni.. tp tu ler.. tak berani nak mkn selalu2 sgt.. tp kalau dah ada tu.. mmg balun sungguh.. hehe.. hospital pantai? a'ah kan.. leh lepak2 atas katil.. rehat2.. tau2 org hidang makan jer.. best gak tu.. heheheee.. pantai kat putra jaya tu ye? akak tak pernah pegi lagi..

K.NOR: salam kak nor.. terlambat sudaa.. hati & limpanya dah selamat jadi baja.. kekeke... kak.. kalaulah boleh terbang ke t'ganu.. skrg gak saya pegi.. pastu leh landing2 tepi pantai ambil angin sambil menikmati keropok lekor... adussssss... alangkah bahagianya....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

IZAH: entah ler izah.. gamaknya.. hormon tak berapa nak betul kot sebab skrg nih tengah bulan mengambang.. hehehe... tu pasal yg rasa serba tak kena & boring tuh! tula pasal... citer pasal boring pastu makan hati & limpa pulak.. hehehe..

SIZUKA: kalaulah dpt balik t'ganu time ni.. mmg syok laa... tak sah kalau tak melepak tepi pantai kalau dh balik sana... musim candat sotong?? bermakna musim buah jambu golok jugaklah nanti... waaahhhhh bestnyerrr.... boleh buat sayur jambu golok la nnti... hehe...

mr. mama said...

salam...
sedap tu...
nak masuk list nie...

samsulaili said...

sedap..boleh cuba buat nanti.peberet su benda2 dalaman ni.doktor memang selalu suruh su makan hati ngan kerang sebab tekanan darah rendah tapi balun banyak manapun darah tetap rendah.mai rumah su,,betul2 ngadap laut.piknik kat balkoni je..he..he..hari2 tengok matahari naik dengan turun.cantik sangat ciptaan Tuhan

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

MR. MAMA: memang sedap.. tak rugi mencuba..

SAMSULAILI: gitu pulak yer? akak ni tak berani sgt nak mkn barang dalaman ni takut high cholesterol.. buat blood test bebaru ni pun dah naik sikit.. tu yg risau tu.. TAPII.. kalau benda ni dah ada depan mata tu balun jugaklaa sebab sedap.. hahaha...

kalau dekat mau aje akak pegi sana sue ooiiii... jauh bebenor tuuuu... rasanya dlm mimpi pun belum tentu lagi akak sampai sana.. hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...