Friday, February 11, 2011

Tau Sar Piah


Assalamualaikum semua....

Apa khabar kalian semua? Harap semuanya sihat2 belaka... Hari ni tak sempat sangat nak bw... Hati ni melonjak2 nak jenjalan ke rumah kengkawan.. Tapi masa tak berapa mengizinkan.. Nantilah kalau lapang sikit.. petang2 nanti bolehlah kot.. Waktu lunch ni.. luangkan sikit masa untuk masukkan n3 baru... tapi eksperimen ini bukanlah yang terbaru.. Ini semua eksperimen yg dah lama dah ambil dari "dapur lama ku"

Thanks to auntie Yochana untuk resepi Tau Sar Piah ni...  Hope u dont mind I share  this recipe in my blog.  Memang sedap sesangat..! Aku memang suka dengan kuih ni.. tapi jarang jumpa yang halal... jadi.. nak makan puas2.. kenalah buat sendiri... Tapi kan.. kalau disuruh buat lagi kuih ni... aku surrender awal2... hahaha... sangat2 rumit kerjanya... Mungkin sebab masa aku buat tu.. aku ikut sukatan resepi yang asal.. Jadi.. sangatlah lama nak menyiapkannya sebab kuih ni dapat agak banyak juga... hanya yg rajin & cekal jer boleh buat kuih ni.  Lepas ni kalau nak buat lagi rasanya kena tunggu si kecik ku tu besar sikitlah...

Jom tengok resepi.. maaf tak sempat nak terjemah...


Tau Sar Piah by Auntie Yochana
Ingredients:

Oily Dough
250 g Flour (ku tambah lagi tepong sebab doh agak lembik)
70 gm. shortening
70 gm. cooking oil (any brand of your choice)

Water dough:
500 g Flour (ini pun tambah gak lagi tepong sbb doh lembik tp tak sukat main agak2 je)
130 gm. Oil
130 gm. shortening
1 tsp. sugar
200 g water
1 tsp lemon juice (optional) (tak bubuh)





Filling :
200 gm. oil (utk goreng bawang)
18 shallots - thinly sliced , fried and crushed
330 g sugar
3 1/2 tsp salt
3 tsp white pepper (ku kurangkan ke 2 sudu kecil je)
600 g mung beans (kacang hijau tanpa kulit)

Garnishing
3 Tbsp. Roasted white sesame seeds - slightly pounded (ku tak tumbuk pon)
1 egg yolk (MaDiHaA tambah dengan 2 sudu kecil air & kacau2 sikit)

Step by step
 Method
1. Soak the beans overnight, steamed until soft and mashed. (MaDiHaA tambah 2 cawan air masa mengukus, dah lembut ku kisar je guna blender)
2. Add sugar, salt & white pepper to the mashed beans.
3. Heat oil, fry the shallots till brown and crispy. Crush into pieces.
4. Pour in the bean mixture. Fry till mixture is dry. Leave it to cool completley and then roll into a 16 gm. ball. Divide filling into 100 pieces.
5. Mix Oily dough ingredients together. Rest for 20 mins. Divide into 100 pieces.
6. Mix Water Dough ingredients together. Rest for 20 mins. Divide into 100 pieces.
7. Wrap B around A. (sila rujuk gambar step by step) Flatten it and roll it like rolling a swiss roll. Flatten again and repeat rolling into a swiss roll or do a 3-fold.
8. Roll it flat and wrap with the filling .
9. Brush with egg glaze, sprinkle with sesame seeds.
10. Bake - 180C for 20 mins. or until golden.



Ok semua... selamat mencuba yer!

13 comments:

hana said...

salam kak..
teringin nak makan kuih2 cina nih... penah dengar dulu masa kat my.resepi... tp mmg tk penah makan... campak sebijik lam mulut kiter kak! hihihi

re : tima kasih yer kak atas ucapan dan doa. jemput makan kek besday boy.. hihi

anymz said...

as salam DiHa..
memang dah lama akak teringin nak makan..baru hari ni ketemu resepinya..nanti nak ambik lah resepinya ya DiHa..maceh..ni akak dtg bwk talam ubi keledek..jemputlah mamam ya..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

HANA: salam hana.. sebelum akak buat kuih ni dulu.. pernah gakla beli yg jual kat kedai2 runcit tu.. tp selalunya kena tengok ada chop halal yg sah ler.. hehe.. kadang ada member opis bawak kuih ni yg dia beli dari penang atau perak.. tp akak tak berani nak mkn... dek kerana nak mkn puas2.. tu yg buat gak tu.. mmg sedap.. akak suka... inti dia lain dari yg lain...

re: sama2.. nnt akak gi umah hana nak rasa kek bestday tu yer.. hehehe...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ANYMZ: Wa'alaikum salam kak...
Saya pun lama gak dok cari resepi ni kak.. nasib baik terjumpa kat blog auntie yochana ni... puas ler makan.. anak2 pun suka gak.. ok kak.. nanti akak cubalah yer... leh saya gi ngendeng pulak.. hehe..

mr. mama said...

salam....
nak tapau Tau Sar Piah 5 ketoi...
dengan bekas sekali ya...He3x....

sue said...

peberet ni..nak tanya..kalau kacang hijau tu su ganti dengan serbuk kacang hijau(tepung) boleh ke?Almaklumlah su ni kan pemalas sikit..nak rebus segala bagai :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

MR. MAMA: salam.. kalau nak tapau.. kena tunggu sy buat lagi next time.. tp tak tau tahun bila la tu.. hehe... bekas tu ada 1 tu jer.. mmg takleh kasi orang.. hahahaa..

SUE: akak pun tak pasti boleh ke tak.. mungkin boleh.. tapi akak rasa nanti tekstur inti dia jadi lain (ala2 lembik mcm koleh kacang lak.. sebab akak tak pasti guna tepong tu dia boleh jadi likat & mengeras sama mcm kacang rebus tu) sebab yg guna kacang yg direbus ni inti dia mengeras sebab kita kacau sampai kering.. so inti dia tahan lama.. maksudnya.. kuih tu boleh simpan lama.. & akak rasa kalau guna tepong tu sure rasa dia pun lain gak... tapi kalau sue nak mencuba apa salahnya.. kena bancuh dengan air dulu le sebelum dikacau utk inti..

Unknown said...

Assalam kak Madiha, nampak sedap la kuih ni....tak pernah mkn lagi ni...bila nk rajin mcm akak yer..hehe

sue said...

tima kasih kak..kalau takde apa2 lusa boleh buat.su cuba buat cara akak..guna kacang hijau.esok tak boleh sebab masa untuk merayap dan shopping mengabiskan duit.

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Madihaa
Mama mmg tak pernah mkn kuih nih..pernah jgk nmpk org cina jual..rasa nyer bagaimana?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

NIEZA: salam nieza.. alahaii nieza.. akak ni bukannya rajin sgt.. eksperimen ni dah lama dah ni masa baby akak masih kecik.. masa tu dia asyik tidor jer so bolehlah bereksperimen.. kalau skrg nak eksperimen pun sikit punya susah.. ada je yg nak dikacaunya..

SUE: ok sue.. selamat mencuba yer...

MAMA HAWA: salam mamahawa... kuih ni dah ada yg halal terjual.. kalau tak silap dipanggil kuih kacang hijau. rasanya sedap di tekak saya.. tak taulah org lain.. cubalah beli yg versi halal tu utk rasa...

jay said...

salam... kak diha

jay suka gak kuih ni, tp awk nie kurang cikt b.i. leh translate tak.....resepi dah amik gak, manalah tau terbuat...pe pun tk.

Unknown said...

hello miss diha, i wanna ask something, when i go to malaysia last year, theres a place sell tau sar piah, with many flavour. the place is near with batu caves. do you know whre is the address? thank you so much :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...