Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, March 31, 2011

Lobak Putih Kacau Goreng

Assalamualaikum & selamat pagi semua...

Pagi ni... kita layan menu sayurlah dulu ye... nanti kalau ada masa.. kita pos menu lain pulak.. tp tak janjilah ye.. kalau sibuk tak dapat le nak layan blog ni..  

Sayur lobak putih ni salah satu sayur kegemaran... walaupun rasanya sedikit maung.. tapi disebabkan lobak putih ni banyak khasiatnya... secara tak langsung rasa suka pulak dengan sayur yang satu ini... 

Jom tengok resepi sayur yang ringkas ni yer...
 
Lobak Putih Kacau Goreng
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
1 biji lobak putih (saiz sedang anggaran 12") ~ disagat memanjang kasar/ hiris batang mancis
1 biji lobak merah (carrot) saiz kecil ~ disagat memanjang kasar/ hiris batang mancis
1 cawan isi udang
1 kiub ayam
4 ~ 5 ulas bawang merah ~ ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
2 biji cili merah / hijau ~ dihiris serong
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit air

Cara Menyediakannya
1.  Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih & bawang merah tumbuk hingga terbit aroma.  Masukkan cili hiris & isi udang. Kacau rata.  
2. Masukkan sedikit air, kiub ayam & biar seketika.  Masukkan lobak putih & lobak merah lalu dikacau rata.  Masukkan garam secukup rasa (jangan byk sebab dah ada kiub ayam) kacau2 sekejap & bolehlah dimatikan api & hidang.


Selamat mencuba!

5 comments:

MULAN said...

sedapnya...!!!!! boleh ratah je ni..

Wanieyra said...

salam...
Lobak putih ni kalau masak mmg sedap juga tapi cuba bayangkan kalau makan gitu je, hanya tuhan je yang tahu mcm mana rasanya....Aduh! teringat lak pulak....makan sampai muntah....

Zaliedana said...

Akak,slh satu khsiatnya leh tambah susu badan kan kak.Tapi sy xpernah mkn lah kak..Bila akak masak camnih nmpk cam sengkuang lak,mcm inti popia,hehe..

Chik Mimi said...

Dedulu kalau mak buat masak lemak putih ni ermm anti sungguh sekarang ni dah tahu khasiatnya pun susah nak makan ,nak kena cuba jugak ,nmpk sayo ratna ni menarik

ain (sweet thots) said...

biasa mak buat masak rebus gitu je dgn ikan bilis. Menarik gak cuba goreng macam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com