Friday, August 19, 2011

Daging Masak Hitam Ala Mamak

Assalamualaikum.... Bersua lagi di petang hari... 


Ok takleh ngomel panjang2... ada kerja sikit.. terus ke resepi yang nak dikongsikan lagi petang ni yer... Resepi yang ditukil dari anak mami Penang  dan pandai masak macam2 tu... Tiap2 hari CT dok masak sedap2... Untung suaminya.. thanks ye CT Zaliedana berkongsi resepi ni.  Sedap ditekak akak.. mintak izin kongsi resepi kat sini pula yer.. maaf sebab akak ada edit2 sikit resepi tu.. mintak halal yer.. Akak buat 2 kali resepi ni utk family akak... boleh wat berbuka & bersahur sekali.. hehe..



Daging Masak Hitam Ala Mamak
Resepi : CT Zaliedana
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan Utama
400 gm daging ~ dipotong nipis
1 biji kentang di potong 6
Minyak Masak
Rempah 4 sekawan

Bahan A
6 tangkai Cili Kering Dibelah 2, buang biji n Direndam seketika supaya lembut ~ MaDiHaA rebus kejap (Nak Pedas,leh letak lebih)
2 ulas Bawang Putih Dihiris Nipis
6 ulas Bawang Merah Dihiris Nipis
1 Inci Halia Dihiris Nipis
1 Sdt Jintan Manis(Biji)
1Sdt Ketumbar(Biji)

Bahan B
1 Batang Serai Diketuk
2 Sdb Tomato Soup Kimball (MaDiHaA takde stok.. so ganti dengan tomato puree 1 sb & sos tomato 1 sb)
1 Sdb Tomato Puree
6 Sdb Kicap Masin Cap kipas Udang
5 Sdb kicap Manis Cap Kipas Udang
1 Sdb kicap ABC
Garam Gula n perasa jika perlu. tapi aku xletak dah.. (MaDiHaA pun tak letak dah)

Bahan C
1 Sdb Minyak
2 Ulas Bawang Merah Dihiris Nipis
1 Ulas Bawang Putih Dihiris Nipis
Daun Kari

Cara-cara menyediakan

1. Goreng bahan A dengan sedikit minyak hingga layu n naik bau, sejukkan seketika & blend hingga halus dengan menggunakan sedikit air n minyak gorengan tadi.
2. Dalam mangkuk @bekas yg sesuai, perapkan seketika bahan kisar n sedikit daun kari bersama daging yg dipotong nipis.
3. Panaskan kuali, masukkan daging yg diperap tadi, kentang n semua bahan B. (MaDiHaA tumis dulu rempah 4 sekawan tadi baru masukkan daging dll.) Biarkan masak dalam api perlahan supaya pecah minyak. Tambah air jika perlu. Masak hingga agak kering sedikit.
4. Setelah daging n kentang empuk, tutup api letakkan dalam pinggan yg sesuai, ketepikan dahulu.
5. Dalam kuali yg lain masukkan minyak, tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan, masukkan daun kari kacau2 kejap & terus tuang ke dalam pinggan daging tadi. (part ni MaDiHaA tak buat sebab dah kelam kabut nak berbuka) Bolehlah dihidangkan bersama nasi@roti..


Selamat mencuba!

10 comments:

ijayuji said...

Salam kak madiha!! dtg lagiii niii :D sedapnyer tgk daging tu kak! kita ni tak order daging lagi kang dah nak raya baru order gerenti tak dapat :D ni pun ada stok sikit jerr punyerlah syg kalau namanyer daging2 nii hihihi...

izahdaut said...

memang sedap ni.. nampak pun tahu pekat gitu.. rasanya mcm pernah bbuat dah.. haishh tak ingat la..

Nadz Nazharzan said...

Wahhhh..bestnya kak... Nyum..nyumm..

tun_telani said...

wahhh... nmpk rempah2 pun dh tau sedap (walaupun tun x makan daging, tp kdg2 cuit2 jugak kuah dia.. hihi)

AZLINA said...

Assalamualaikum Ratna..Tengok rupa pun tahu mesti sedap hingga menjilat jari ni..Akak biasa buat tp resepi berbeza sikit. Next time nak try resepi ni pulak.

Selamat berbuka puasa...

Amie said...

inilah bestnya dunia masakan ye Madiha, nak makan apa, nak masak apa semua boleh buat, semua jadi kalau mahu masak.... rasa sedap tu ikut tekak masing-masing pulak ye...

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. menariknya resepi ni.. boleh cuba ni kaka makan dengan roti pun sedap

mizwa said...

akk...sy pon dah amek resepi nie tp masih belum buat lg sb baru ni beli daging fresh penjual tuh potong xbetoi terus daging jd liat dan rebus pon masih liat lg...kena beli daging lain nie...
ngeee geram tgk seri muka kat bawah nun,sy xpernah try lg mana2 resepi seri muka....

kak rus said...

Salam Madiha....tinggal lagi seminggu...sedap nampak daging tu...nak kena trylah.
Dah buat kuih raya ka belummmm....?

NINA FARHANA said...

Boleh try ni.slalu daging goreng kunyit je πŸ˜‚ tq sudi share resepi.

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...