Tuesday, August 2, 2011

Roti Jala & Tempahan

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...


Alhamdulillah... sempurna sudah sehari berpuasa di bulan Ramadan semalam... hari ini masuk hari ke dua berpuasa.. semoga hari ini & hari2 berikutnya dapat berpuasa dengan sempurna dengan penuh rasa syukur.  Bersyukur kepadaNYA kerana sentiasa dimurahkan rezeki... tambahan pula di bulan yang mulia ini masyarakat kita seperti terbiasa dengan rezeki melimpah ruah dengan hidangan di atas meja.  Harus diingat.. bulan puasa bukanlah bulan untuk berpesta dengan makanan... Semoga kita semua jauhilah dari sifat tamak yang inginkan bermacam2 makanan sebelum berbuka puasa akan tetapi berakhir dengan pembaziran selepas berbuka kerana terlalu banyak juadah yang disediakan atau sebenarnya yang dibeli di bazar Ramadan.  Perut dah kenyang.. makanan banyak yang tak disentuh.  Bukankan itu satu pembaziran.  Membazir itu amalan syaitan.. Jauhikanlah!!  

Alhamdulillah.. semalam kami berbuka ala kadar saja.. ada kurma, kismis, mee goreng, keropok keping ikan, air teh O & air bandung.  Alhamdulillah.. syukur dengan rezeki.. Tak sempat pula nak ambik gambar makanan berbuka seperti  puasa tahun2 yang lepas... agak kelam kabut sikit semalam.. tapi tak mengapalahkan.. mana yang sempat kita ambik gambar.. yang tak sempat tu.. takde rezekilah namanya tu.. apa2pun.. insyaAllah blog ni akan tetap berupdate... 


Oklah.. untuk entry hari ni.. ku hidangkan dengan juadah roti jala yang juga begitu sinonim dengan bulan Ramadan.  Kalau kena dengan kuah karinya... roti jala tentu menjadi lebih sedap dihidang waktu berbuka.  Sebenarnya.. roti jala ni ku buat disebabkan kebetulan jiran depan rumah menempah sebanyak 50 keping.  Memandangkan tak perlu buat delivery.. aku buat jugaklah walaupun pada mulanya rasa agak berat nak membuatnya.. bukan apa.. bab nak berdiri depan dapur lama2 tu yang tak tahan tu.. dengan panasnya lagi.. hehe..  Tapi  tak sampai hati pulak nak menolak disebabkan dah byk kali Laily nak menempah asyik takde rezeki dia je coz yang lepas2 tu tarikh yang dia nak mesti waktu aku nak balik kampong.. Jadi kali ni dah alang2 buat untuk tempahan.. buatlah lebih sekali untuk sarapan kami hari Ahad sehari sebelum puasa baru2 ni. Terima kasih ye Laily sebab rajin dok order dengan Ratna. Actually.. Laily order sekali dengan kuah karinya.. Tapi aku kurang rajin nak buat kari.  Lagipun.. rasa macam tak reti nak kira berapa harga kari seekor ayam sebab sekarang ni harga ayam pun dah mahal... tak sampai hati pulak nak cas mahal2... jadi rasanya.. lebih baiklah Laily buat sendiri jer kuahnya.. so aku buat roti jalanya aje... & kari untuk kami tu.. aku buatlah setengah ekor ayam + kentang.. hehehe.... 

Ok ni resepi yang biasa ku gunakan untuk buat roti jala... masing2 ada resepi masing2kan.. takperlah.. resepi ni untuk rujukan anak2 ku nanti...


Roti Jala
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)

Cara2nya
1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
7. Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda.






Kari Ayam Berkentang
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
3 biji kentang ~ didadu kasar
1 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
1 cm halia*
(tumbuk halus bahan2 bertanda*)
4 sudu besar rempah kari ayam#
2 sudu kecil serbuk cili#
sikit saja air asam jawa#
(campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)
1 kotak santan segera/secukupnya santan
air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
sikit minyak
garam & perasa secukupnya

Cara2
1. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk & bahan campuran rempah. Kacau2 & biar hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.
3. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja kegemaran anda.  


 Ini roti jala yang ditempah Laily...


Selamat mencuba!

11 comments:

Lya Colours said...

sangat sedappp. favorite time berbuka ni

hazila said...

Lamanya tak buat roti jala. Memang sinonim dengan bulan puasa.

amie said...

lamanya tak makan roti jala.... tapi biasanya kakak ipar suka buat time bulan puasa, tunggu ajalah panggilan berbuka puasa di rumah mentua.... hi hi hi

Tupperware Lover said...

sedapnya... sgt setuju, klu kena kuah yg best rasanya 5o keping roti jala madiha tu mmg tak cukuppp...hihihh... cantik elok je roti jala tu.. saya buat selalu jalanya terkoyak koyak..hik hik hik

cik cek said...

Salam Ramadhan tuk Madiha dan keluarga....

Alaaa...kak cek pun nak tempah jugak la kat Madiha...sedapnyaaa...mkn tuk buka puasa ni best kan...alahai nak buat sendiri kurang rajin la pulak...he he he...:)

ijayuji said...

Salam Ramadhan buatakajk di sana bersama keluarga tersayang ;-) kita pun tak abis BW lagi ni kak hihihi... puasa2 ni byk rehat jerrr pemalas punyer org :D Roti jala pun menu wajib bulan puasa sedappppp!!!!! pastu leh buat sahur kan kak :D

Kak Sam said...

Errmmm sedapnya kak. Saya tak pandai le nak buat kari. tensen betul. kadang2 tu ter'over' lemak.

Gee® said...

Wah..!! sedapnya....

Malay-Kadazan girl said...

Lama tak buat roti jala. Thanks for the idea kalau ada masa rasa nak buat hujung minggu ni. Selamat Berbuka Puasa.

Mamasya said...

Salam Ramadan dan slmt berpuasa buat Ratna sekeluarga. Roti jala ni anak no 3 cukup suka . nampaknya utk berbuka hari ni kena buat roti jala jugak ni....dah teringin nak mkn roti jala ..

Juwita Jamaludin said...

salam kak madiha.. sedap nampak roti jalan akak rasa nak buat plak hari ni.. tapi ada list lain ni.. takpe2 buat esok la.. hihihihihi cantik akak kirai roti jala tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...