Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, August 16, 2011

Buah Melaka

Assalamualaikum....


Buah Melaka ni antara menu wajib ada setiap kali bulan Ramadan... buat kali ni atas permintaan anak dara ku yang sulung tu... walaupun ibunya dah buah kuih Talam Suhun hari Sabtu baru ni... terpaksalah buat jugak kuih permintaan dia ni.... dah jadi ada 2 jenis kuih dalam satu hari... dua2 lak kuih manis.. tapi takperlah sebab Buah Melaka ni jugak kuih kegemaran abang tersayang...  Talam Suhun tu.. dapatlah sedekahkan kat jiran2 jugak.. jadi takdelah membazir...

Masukkan jugalah resepi Buah Melaka ni walaupun semua orang pandai membuatnya... kuih ni aku suka guna nama Buah Melaka kalau ianya dibuat dari tepong pulut (ikut resepi asal). Tapi kalau dah dicampur dengan keledek, labu or benda2 lain.. terus nama kuih ni aku tukar jadi Onde-onde (dan disambung bahan apa yg kita campur). Contohnya.. Onde-onde keledek kalau dicampur keledek.. onde-onde labu kalau doh dicampur labu.. hehe.. apa2pun.. pada aku.. lebih sedap bila doh dicampur bahan lain sebab doh jadi lebih lembut.. tapi abang aku pulak lebih suka kuih yg tak dicampur benda lain.. dia suka yg ori.. hehe.. 

Oklah.. resepi takde sukatan sebab ini kuih paling senang nak buat.. agak2 sendirilah yer ikut kelembutan doh...

Buah Melaka

Bahan2
Tepong pulut secukupnya
sedikit air kapur
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
air atau santan cair secukupnya 

Bahan2 lain
Gula melaka/nisan kerek secukupnya ~ dipotong dadu kecil
Kelapa parut putih dari kelapa kulit hidup (kelapa yg sedikit muda)
sedikit garam

Cara2 menyediakan
1. Tepong pulut diuli dengan air kapur, garam, pewarna hijau dan air/santan cair secukupnya hingga menjadi doh yang lembut.
2. Jerang seperiuk air.  Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Sambil menunggu air mendidih.. ambil sejemput doh & isikan dengan kiub nisan kerek/gula melaka secukupnya. Susun di atas dulang yang ditabur tepong gandum. Buat hingga habis. Bila air mendidih masukkan bebola tadi & rebus hingga  bebola timbul.  Sauk & tapis bebola yang timbul & terus masukkan ke dalam kelapa parut yang digaul garam. Golek2kan & susunkan ke pinggan hidangan.  Siap untuk disajikan.


Selamat memasak!

5 comments:

Lya Colours said...

paling suka buat kuih ni sebab senang. kuih susah2 x reti. hehe

MULAN said...

buah melaka mmg feveret tapi tak tau ngapa malas nak gentel.. puteri mandi ok sikit.. hehe..

AZLITA AZIZ said...

salam kak madiha...
dah lama dah Dalili suruh buat tapi ita tak buat2 lagi.. hihi sibuk buat kukis aje.. sekarang pon dah lambat kedapur.. sekarang dah masuk minggu mengemas rumah pulak.. hihi

nOOrsha said...

salam kak madihaa.. lame x menyinggah sini.akak sehat? slamat berpuasa ye kak :) sedap buah melaka.. mmg peberet ni :)

KSWSK said...

mkn ni siok br gula dia pecah dlm mulut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com