Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, August 19, 2011

Serimuka Pandan

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua....

Bersua lagi di pagi yang cerah & ceria ini... Tapi pagi ini hati ku tidak begitu ceria kerana mendapat tau teman sekerja ku sedang bertarung nyawa di Hospital Besar Kuala Terengganu.  Beliau jatuh sakit sejak awal bulan Ramadan yang lalu & kini berada di wad CCU (kalau tak salah) kerana mengalami pelbagai komplikasi & masalah kesihatan.  Ku panjatkan doa buat mu Watie semoga dikau diberikan kekuatan agar pulih sepenuhnya & sihat ceria kembali seperti selalu.  Sangat bersimpati dengan anak2 & suami beliau.. dibulan puasa yang mulia ini... tidak dapat menikmati sajian berbuka & bersahur air tangan ibu & isteri tersayang... Harap2.. beliau segera sembuh dan dapat meraikan Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi...  Amin..

Oklah.. kita teruskan dengan resepi untuk hari ni yer.. Kali ni share resepi Serimuka Pandan yang aku buat hari Ahad yang lalu.  Dah lama simpan resepi ni untuk dicuba.. baru ni je sempat mencuba.  Saja nak mencuba resepi lain dari yang biasa aku buat.  Alhamdulillah.. rasa serimuka ni sangat sedap & sama seperti resepi Serimuka yang biasa aku buat sebelum ni jugak.. Aku ni kalau kuih serimuka yang dijual.. tengok2 juga sebelum dibeli.. Kalau tengok bahagian atasnya tu macam lebih tepong aje.. memang takkan beli punya.. hehehe.. aku suka serimuka yang jenis lembut & semestinya adunan lapisan atas tu nak kena ada telur baru sedap.. al-maklumla kannn...  orang Terengganu ni kalau buat kuih memang kaya dengan telur... sampaikan kalau aku buat kuih lapis pun aku letak telur jugak walaupun orang lain buat tak letak telur.. kikiki...

Oklah.. pertamanya nak ucapkan terima kasih pada Kak Ayu Singapore kerana sudi berkongsi resepi rahsia yang diperolehi dari Kelas Chef Asma (dapat bila beli periuk pengukus dari Chef Asma kalau tak silap). Bukan senang tau orang nak berkongsi resepi yang kena bayar ni.. Tapi Kak Ayu dengan ikhlasnya tak lokek berkongsi.. Alhamdulillah..  Terima kasih jugak pada Chef Asma untuk resepi yang sedap ni.  Mintak izin ye kak nak letak sini resepinya untuk rujukan dimasa akan datang.. & mana tau kalau2 ada yang nak mencuba pula resepi ni..

Serimuka Pandan
Resepi asal : Kelas Baking Chef Asma
Sumber perkongsian : Kak Ayu

Bahan2 Lapisan Bawah:-
500g beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 tsp garam halus

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
Basuh bersih & toskan.
Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit. Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang (Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain ~ MaDiHaA pun kukus terus dalam loyang 10" & takde tukar2 loyang lain.)
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x2".

Bahan2 Lapisan Atas:-
Bahan A
250g gula castor
100g tepung kastard
400ml santan pekat
400ml air
20g daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan

Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pandan essence-(Ayu tak letak sebab gunakan fresh pandan ~ MaDiHaA pun sama gak)
pewarna hijau- secukupnya (MaDiHaA tak letak sebab air pandan dah cukup hijau)

Cara2nya:-
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.  


Selamat mencuba!

11 comments:

quinnie said...

salam kakratna..lepas tengok kuih akak ni teringin nak makan kuih serimuka la pulaks saya nih..heheeh...haissshh...saya pun suka kuih serimuka bhgn kepala dia tu guna tepung kastard..sebab wangi jek....:)

ijayuji said...

Salam kak madiha! sedappppppppp!!! kuih serimuka mmg kegermaran kita! kalau dulu2 suke korek2 atasnyer tp sejak2 dah meningkat usia ni kan kita lagi suke buat sama rata atau pulut lebih :D

GreenJade@Tini said...

moga kwn sis cpt sembuh yea :)

aduhhh sis..n3 yg sgt menggoda iman..antara byk2 kuih...seri muka ni ler sy x pernah jemu...menu wajib semingg usekali mesti buat.

Fizarose said...

tgk dkt link, trus terpanggil tgk.kompom sdp nih!sy cbe.tq

Lya Colours said...

cantiknya kuih kak madiha. kalau kita buat entah rupa apa jadi. huhu kak madiha xde resepi kuih raya yg best2 ke. tgh mood nak bakar kuih ni.hihi

Azueriena Norash said...

padann ler nampak kuih nie mcm pernah makan...azue pun suker seri muker yg lembut2 mcm nie....kak madiha nak tahu x..umah chef asmaa tu sederet ngan umah azue...kuih talam dier memang sedap2 semuanya....

Amie said...

sakit apa ye Madiha, sampai bertarung nyawa kat hospital tu? mudah-mudahan kawan tu segera sembuh...

cantik pulak warna hijau serimuka pandan tu...

Juwita Jamaludin said...

salam kak madiha.. lawanya serimuka akak ni.. kemas.. ita kalau buat banyak je salahnya..:( nanti try resei akak pula la

tun_telani said...

semoga kawan akak cepat sembuh, iA.
sedapnyer kuih serimuka.. mcm dh lama sgt x makan ni.. nk beli xde org jual pulak kt sini, kene wat sendiri la nmpk gaya nyer.

Ummi said...

salam Ratna, waaaahh mintak 5 ketuiii seri muka tuh...pebereetttt akak n anak2 dara gak nih...adeeii cantik jek serimuka Ratna nih! :))

Ayu said...

Assalam ratna,
wah cantik kuih serimuka ratna tu apa yang tak
cantiknya.. warnanya tu akak suka..very pastel...akak punya terlebih taruk warna hijau..

sama2lah ratna..kita berkongsi ilmu apa yang ada tu..mudah2han rezeki kita bertambah2 lagi mana tahu kan..insyaallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...