Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, August 25, 2011

Ayam Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum...
Jangan marah yer.. masih ada n3 tertunda... & jangan bosan pulak sebab masih lagi dengan menu ayam.. hihihi... 

Masak Ayam Ala Kenny Rogers ni sempena cuti Nuzul Quran tempohari.  Kalau harap hari bekerja memang tak sempat nak masak yang beria2 ni... paling canggih pon mee goreng, nasi goreng, mee sup.. kikiki... tapi takperlah.. itupun rezeki jugak kan.. 

Cakap pasal ayam ala KRR ni... teringat kami berbuka puasa di restoren KRR sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10 tahun 2 tahun lepas..  punyalah ramai orang.. hmm.. nampaknya tahun ni tak berkesempatan langsung berbuka diluar.. en. suami sibuk betul kebelakangan ni.. ada cuti pulak.. ambil kesempatan untuk balik kg.. jadi.. apa2 yang teringin nak makan.. kita buat sendiri ajelah yer.. jimat pun jimat.. yang penting.. kena rajin sikitlah.. hahaha...

Oklah.. resepi ni dah ambil lama dari dapur Kak Ayu yang berada di Singapura tu.. hanya sekarang berkesempatan mencuba. Terima kasih Kak Ayu & terima kasih juga pada penyumbang resepi sharm1969@myresepi.  Betul2 macam ayam KRR bila digandingkan dengan side dish yang juga ala2 KRR seperti bake bean, kentang putar & salad.. apalagi ada sos cendawan yang dicurahkan ke atas ayam tu.. cuma yang tak lengkapnya.. takde sos kentang putar & juga muffin.. tp alhamdulillah.. kenyang seadanya... Ok jom semak resepi pulak...


Ayam Ala Kenny Rogers 
Resepi : From sharm1969@myresipi.com
Sumber : Ayu

Bahan2

    * 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) (MaDiHaA potong 4 & buang kulit)
    * Bahan-2 untuk make up ayam :
    * 3 biji bawang besar
    * 4 biji bawang putih
    * 1 inci halia
    * 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (jika takde gula lada hitam serbuk)
    * 2 sudu besar madu
    * 1 ketul kiub ayam Knorr
    * 2 sudu besar gula pasir
    * 2 sudu besar herba campuran (mixed herb) (MaDiHaA tambah herba cajun 1 sudu kecil)
    * 1 1/2 sudu teh garam halus + secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
    * Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
    * Sedikit mentega

Cara-cara

   1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
   2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
   3. Perap selama 1 1/2 jam.-(Ayu perap semalaman)
   4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
   5. Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, saya menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita). (MaDiHaA hidang dengan Sos Cendawan seperti resepi di bawah yer)
   6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini).  

Nota : MaDiHaA hidang bersama sos cendawan, kentang putar, baked bean & salad



MUSHROOM SAUCE/SOS CENDAWAN (MaDiHaA's Style) 

Bahan2
1 biji bawang besar ~ didadu halus
2 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepong gandum
1 sudu besar tepong jagung (dibancuh dengan ½ cawan air di bawah)
2 cawan air
1 cawan susu segar
1 kiub lembu
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil serbuk lada hitam (MaDiHaA tumbuk sendiri jer.. kalau nak lebih pedas boleh lebihkan)
1 tin cendawan butang ~ hiris nipis
3 sudu besar sos perang/brown sauce (MaDiHaA guna sos HP original) (sila abaikan sos jenama HP kerana menurut Shafa ianya disahkan tidak halal)
3 sudu besar kicap manis
½ sudu kecil oregano cincang (MaDiHaA guna dried oregano)
garam secukup rasa

Cara2
1. Panaskan minyak zaitun & mentega. Tumiskan bawang besar cincang hingga layu. Kecilkan api lalu masukkan tepong gandum dan kacau rata. Masukkan susu segar dan air (pastikan tinggalkan ½ cawan air untuk dibancuh bersama tepong jagung).
2. Masukkan kiub lembu, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, cendawan butang, sos perang HP dan kicap manis.
3. Biarkan sos mendidih sebentar sambil dikacau2 sentiasa. Masukkan air bancuhan tepong jagung & juga garam secukup rasa. Biarkan sos mendidih dan agak2 pekat sedikit. Jangan terlalu pekat sangat pulak ye. (kalau terpekat.. boleh tambah air sikit) Bila dah secukup rasa bolehlah dimatikan api dan dihidang dengan steak kesukaan anda.


Selamat mencuba.

11 comments:

Lya Colours said...

besok kita nak berbuka kat kenny's dgn bespren. woo tak sabo nak makan kenny's pas tgk ayam kak madiha ni.kikiki

Shafa said...

salam.. 3 sudu besar sos perang/brown sauce (MaDiHaA guna sos HP original) --- just nk inform yang sos jenama HP tidak halal..

izahdaut said...

akak.. ayam gini memang sedaaapppp

ilahjy said...

adoiii aiii awat la perut ni berkerak kerukkkk tgok dapo ratna hari niii ...sedapnyaaaaa huhuuuuu pandai nya adik kak ni masak..bodek2 minta raasa....bole??/

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Shafa: terima kasih inform akak.. memang akak tak tau langsung pasal ni.. dalam akhbar pun mcm tak nampak keluar berita pengesahan haram benda nih.. (kalau pasal minuman barbican, kluang rail coffee & mentega golden churn tu beberapa kali gak keluar). Akak beli sebab pernah nampak kawan2 pernah guna sos tu.. Masa akak nak beli pun akak tengok juga ingredient dlm tu semuanya tak meragukan & tertulis pulak semua bahan2 dari tumbuh2an.. tu yang berani beli... memang dah disahkan ker ? kenapa akak tak nampak yekk.. aduhaii.. tp takperlah dah tak tau nak buat macamana kan.. lepas ni kena elakkan guna jenama ni & makan kat luar sebab rasanya kat luar pun kebanyakan guna benda ni jugakkan..

KSWSK said...

tu dia..ayam posing cantik je ha..mengguda diriku..hahahahha..aku tergoda..tergoda..terpedaya...

Junie Octovian said...

Wah! Mcm ni...KRR tu boleh tutup kedai la...sbb kalau orang kita yg berniaga tak perlu nak
pertikaikan tentang haram halalnya, kan?
Sorry...tiba-tiba terjah je kan?

Shafa said...

Fa pun sharing apa yang fa baca je.. Kak, ni link tentang status HP Sauce tu. Jakim kata hp sauce ada dna babi.. wallahua'lam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Anonymous said...

hari ni kat blog kak jee www.dapurkakjee.com ada cerita pasal serbuan kat NS sebab restoran tu guna sos HP ..boleh baca kat situ..so, memang sos tu ada Dna yang haram dimakan..

zurina

Anonymous said...

I’m not that much of a online reader to be honest but
your sites really nice, keep it up! I'll go ahead and bookmark your site to come back later. All the best
My site - know memes

- AZIE - said...

salam kak..
kita minta izin print ye..nk try wat kat umah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com