Wednesday, August 3, 2011

Puding Suji

Assalamualaikum...



Berentry lagi petang ni.. sementara ada masa sikit.. so updatelah mana yang patut.  Entry pagi tadi tak cerita pasal iftar hari kedua kan..?  Hmm.. sebenarnya.. takde apalah yang special sangat menu berbuka kami semalam..  berbuka ala kadar saja.. sebenarnya.. memang biasa pun berbuka ala kadar.. takmaulah berlebih2.. asalkan kenyang alhamdulillah.. Menu iftar kami semalam.. bubur lambuk (yang diambil kat rumah makcik.. makcik memang tiap2 tahun masak bubur lambuk.. kosnya hasil sponsor dari masjid & orang perseorangan yang bersedekah.. makcik cuma masakkan aje... ), karipap (pemberian Cik Ani pengasuh Alin), sambal berapi ayam, tumis bokchoy, puding suji, kurma, air teh O & air sunquick tropika. Alhamdulillah untuk rezeki kami semalam..



Sebenarnya.. kalau ikutkan selera aku & anak2.. dah ada bubur lambuk tu pun dah memadai.. tak perlu dah nak masak nasi & lauk2 masa berbuka.   Lagipun anak2 memang suka sangat makan bubur/bubur lambuk.  Lagi2lah bila tokcu dorang sendiri yang buat.. memang tiap2 harilah kena pegi ambil bubur kat rumah tokcunya tu.  Tapi disebabkan husband tak boleh nak tinggal nasi.. jadi kenalah masak jugak.  Lagi2 minggu ni dia kerja shift malam. Memang kena bekalkan dia nasi & lauk utk dimakan selepas dia sampai ke tempat kerja & jugak untuk dibuat sahur.  Abang ku memang kurang gemar makanan dari kedai. Seboleh2nya nak makanan yg dimasak sendiri.  Waktu berbuka biasanya dia hanya berbuka dengan kurma, kuih-muih & air.  Bila sampai ke tempat kerja nanti... dah lapang2 sikit barulah dia makan nasi.  Macam tu jugak kalau dia kerja siang.. dia akan berbuka dengan benda yg ringan2 dulu.. lepas solat terawih barulah dia akan makan nasi. Jadi tak boleh tidak walaupun dah ada makanan lain mesti nak kena masak jugak nasi.  Macam iftar kami hari pertama tu walaupun dah ada mee goreng.. nasi tetap di masak jugak utk bekalan dia.  Alhamdulillah.. masa memasak.. abang pun sama2 tolong masak kat dapur.. so cepatlah sikit siap.  Kalau nak harapkan aku sorang2.. alamat dah berbuka pun belum tentu lagi siap.. maklumlah.. sampai rumah pun dah lewat.. walaupun majikan benarkan balik awal setengah jam dari hari kerja biasa.. tetap juga sampai rumah lewat sebab nak jemput ke tiga2 anak di tiga tempat yang berlainan tu dah tentu2 makan masa jugak kan.. nak melepasi Federal Highway dari PJ menuju ke Bandar Sunway tu pun boleh tahan jugak trafiknya........ hmmm.. sabar jelah kan.. tapi apa2pun.. syukur sebab belum pernah lagi kena berbuka dalam kereta.. kalau tak tentu lagi sedih...  tentu ada dikalangan kalian yang biasa berbuka dalam kereta kan? Sabar banyak2 ye.. Yang penting.. jangan lupa sediakan kurma & air mineral dalam kereta.. waktu2 terdesak atau tersekat di jalan raya.. boleh jugak berbuka dengan apa yang ada dlm kereta tu..

Oklah.. berjela2 pulak ceritanya ye.. Hmm.. ni nak cerita pasal kejadian Puding Suji ni.  Petang semalam masa kat ofis ternampak Kak IlahJY entry pasal puding ni.  Terus rasa teringin nak buat.  Rasa2 tepong suji ada lagi sikit stoknya.  Susu cair pun ada.. pendek kata semua bahan2 ada kat rumah tu.. so semalam lepas siap masak2 dibantu oleh mr. hubby.. terus aku masak puding suji tu.. elok dlm 10 minit lagi nak berbuka.. puding pun dah siap....  sempatlah bancuh air lepas tu.. hehehe.. masa berbuka tu.. masih suam2 lagi pudingnya.. Alhamdulillah.. dpt jugak merasa waktu berbuka.. hanya aku & cik abang je yang makan.. itupun cik abang rasa sikit jer kelam kabut nak gi kerja dah dia.. Anak2 tak suka pulak puding2 gini... lagipun.. ada bubur lambuk & karipap feberet dorang tu yang dah takmo layan puding2 dah tu.. hehe.. apa2pun.. puding ni sedap layan sejuk2.. lepas keluar dari petiais baru syok mkn.. Masa sahur pun sempat jugak aku layan puding ni.. hahaha.. belasah jelahkann.. kalau idak nanti.. siang2 dok terkenang2 pulak... hehe..


Ok jom tengok resepinya.  Terima kasih Kak IlahJY untuk resepi ni ye. Kata Kak IlahJY.. resepi ni dari seseorang.. tapi Kak IlahJY dah ubah sana sini & terhasillah puding yg sedap ni... Nak sedap lagi.. bolehlah hidang dengan apa2 yang sesuai seperti buah2 dalam tin ke, sos kastard ke.. pandai2 sendirilah ye... rasanya aku pun nak buat sos kastard jugalah untuk makan dengan baki puding yg ada dalam esbox tu... susu cair pun ada setengah tin lagi tu... hehe.. Saya mintak izin letak resepi kat sini ye kak.. Thanks kak Ilah..


Puding Suji
Resepi olahan : Kak IlahJY
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
175 gm tepung suji
675 ml air
½ tin susu cair
150 gm gula ~ manis2 buah je kata kak IlahJY.. (tapi MaDiHaA letak 120 gm je.. hehe)
1 sudu teh garam (letak ½ sudu teh)

1 sudu besar marjerin (MaDiHaA terlupa nak letak.. ni ler akibat memasak dlm keadaan tergesa2.. hehe)
1 sudu besar serbuk koko (bancuh dengan sedikit air panas)
Pewarna kuning

Cara2 Menyediakan

1. Satukan ke semua bahan kecuali marjerin dan serbuk koko.  Kacau sebati.
2. Panaskan dalam kuali atas api perlahan & kacau sehingga pekat. Masukkan marjerin kacau sebati. 
3. Bahagikan kepada 2 bahagian (sambil dipanaskan).
4. Warnaknan kuning pada satu bahagian dan satu bahagian lagi warnakan dgn serbuk koko yang sudah dibancuh terlebih dulu. Masak sebentar bancuhan serbuk koko sehingga sebati. (kalau terlalu pekat tambah sedikit susu cair ke dalam setiap bahagian)
5. Dengan pantas masukkan ke dalam bekas2 kecil.. hidangkan seperti ilah jy cadangkan di atas.. (bersama choc rice/red date/susu cair/buah kabung)
sejukan dlm peti sejuk.

Nota MaDiHaA : MaDiHaA tak warnakan dengan pewarna kuning sebab nak cepat... kelam kabut buat petang semalam... so terus je masukkan warna asal ke dalam mangkuk2 kecil. Kemudian barulah tambah sebahagian dari adunan dengan bancuhan serbuk koko & kacau sebentar dengan api perlahan hingga sebati. Lepas tu barulah tuangkan bancuhan warna coklat tadi di atas lapisan warna asal tadi lepas tu sejukkan & hidangkan dengan apa2 yang disukai. MaDiHaA hidang dengan buah kabung, ceri & choc rice warna warni. Masih ada lebihan puding dalam esbox.. cadang2 nak makan dengan sos kastard pulak.. mesti tambah sedap!


Selamat mencuba!

9 comments:

Nurul said...

K Madiha,
nampak sedappp jer puding suji tuh... tepung suji lak xde, masuk list dulu nih.. :)

ilahjy said...

salam dek ratna
wahhhh kak ilah masuk jer dah terpampang mesej kat sbox tu terus kak terjah dapo ratna.. fulamak
mmg cantik laa dlm kapal lagi tuuu... pandai ratna hias..kak ilah masih terasa keenakkan suji tuu nak jer makan lg.. tapi suji dah habis ..kena beli lagi laa nanti.. mcm mkn nasi pun iaa kenyang..sebab tu org pakistan mkn benda ni depa taruh biji pelaga tauuu nanti kak nak cubaa..sbb ada doktor pakistan tuu jiran kak masa diJB di kasi kak rasa..mmg sedap...

ilahjy said...

KAK ILAH minta izin masukkan gmbr ini dlm N3 kak tu sbg tanda penghargaan..jommm layanzzz...hehe sukaa...kak ilah..

izahdaut said...

kak.. kalau puding biasanya saya tengok musti berdas das biji telur. resepi kak ilah ni tak de telur bagai ek.. hmm.. kalau ada tepung suji leh la try.. simple je ni.

akak, saya guna loyang 17.5 cm.. hehe.. agak2 sejengkal la ukuran nyer tu..

ijayuji said...

Salam kak madiha!!! waaahhhhh!!! nmpk sedap ni kak! kita bwk tepung pelita tuk akak niiiii :-) salin resepi dulu, sedap ni kalau buat berbuka :-)

nOOrsha said...

salam kak,..sedap ye tpg suji dijadikn puding..sy blum pnh mkn n x dpt bayang rasenya caner..tp rasenya sy suke kot sbb ade ceklat tu..hihihih

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. ita ada stok tepung suji tu.. boleh la try nanti.. suka2 sebab tak tahu nak buat apa dengan tepung suji tu ..:)

Mamasya said...

puding suji belum pernah cuba lagi...tak dpt bayangkan macam mana rasanya. Samalah anak2 sy mcm anak2 Ratna tak suka puding.rushing juga Ratna balik ptg kan...dgn traffic jemnya..nak ambil anak2...ingatkan Haziq sama pengasuh dgn Alin.
re; dah tengok resepi Ratna di Fp ....aa samalah dgn resepi kecubung..sama2 letak keledek.

Naz said...

Assallamualaikum kak Ratna..
Rajin akak buat puding ni walaupun kerja.. Naz rasanya tak buat dessert manis2 ni sbb tak berapa laku lah bulan puasa ni di rumah. Silap2 Naz yg kena perabis semua. Pas tu akhir puasa berat badan pun dah naik..ohhh..tidakkkkkk..
Tp tgk akak nye rasa cam nak jer.. Mintak sikitlah kak..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...