Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, May 28, 2012

Tofu Telur & Kentang Sos Lada Hitam


Assalamualaikum & selamat pagi semua..

Minggu ini merupakan minggu pertama cuti persekolahan.. pasti ramai ibu bapa yang mengambil peluang untuk bawa anak2 berjalan2 & atau cuti2 Malaysia sempena cuti sekolah ni kan.. Kami takde perancangan untuk cuti-cuti Malaysia.. sekadar untuk pulang ke kampong bawa anak2 bertemu dengan tokma dorang je.. 

Kebetulan pula jiran kat kampong akan mengadakan kenduri kahwin anak bongsunya.. jadi bolehlah hadirkan diri sekali ke kenduri tu..  Dah lama juga tak pegi kenduri kahwin kat kampong sebelah aku... sesekali rasa macam teringin pulak nak makan nasi kenduri kat kampong yang pastinya berbeza sekali hidangan kenduri di kampong dengan di bandar ni.. Sebabnya di kampong (selain sajian dari ayam, daging & ikan) kebiasaannya jika menyediakan hidangan sayuran mesti berasaskan bahan2 kampong yang dimasak sendiri secara goyong royong atau rewang.  Mana nak cari gulai nangka muda atau gulai umbut kelapa kat bandar kalau time2 kenduri kawin terutama kalau kenduri yang menggunakan catering... hehehe.. rindu banget nak makan lauk dari umbut kelapa.. samada digulai, dimasak lemak mahupun di buat kerabu.. semuanya sedap!

InsyaAllah kalau takde aral melintang.. akan pulang ke kampong pada minggu ke dua cuti persekolahan.. minggu pertama ni kami tak boleh ke mana2 sebab anak daraku ada tuisyen untuk kedua2 sekolah.. sekolah kebangsaan & sekolah agama..  Kami ambil ekstra 2 hari (selain sabtu & ahad) sebab ada perkara yang perlu diuruskan di Pejabat Daerah Rompin..  Harap2 semuanya berjalan lancar..

Oklah ini menu & resepi yang nak dikongsikan hari ni... suka sangat sebarang jenis tofu/tauhu.. tak kisah dimasak cara apa sekalipun.. semua suka!  Kadang2 tu.. tauhu biasa tu digoreng kosong pastu waktu makan dengan nasi dicicah je dengan sambal belacan.. sedap!  Okey layan resepi campak2... berselera anak2 makan...

Tofu Telur & Kentang Sos Lada Hitam
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
3 tiub tofu telur – dipotong pendek2, letak dlm tapis & lalukan air paip
2 biji ubi kentang – dikupas & potong wedges
½ biji cili capsicum (optional - ku punya capsicum hijau dah nak masak..hihi..)
2 pokok daun bawang - dipotong2 1 ½ inci
1 ½ cawan air
1 sudu besar rata tepong jagung – bancuh dengan sikit air
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos hoisin
1 sudu kecil rata serbuk lada hitam (yg tumbuk/kisar sendiri) (kalau nak lebih hangat boleh lebihkan)
Garam (jika perlu)
Minyak masak secukupnya

Bahan didadu halus
½ biji bawang besar (kalau saiz kecik letak je sebiji)
1 ulas bawang putih

Cara menyediakan
1.       Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng kentang & tofu.  Goreng kentang yang dipotong wedges hingga masak & kekuningan. Angkat & tos. Goreng pula tofu telur hingga garing kedua2 belah. Angkat & tos.
2.      Kurangkan minyak dalam kuali tadi & tinggalkan sikit untuk menumis.  Tumiskan bahan yang didadu hingga layu & wangi.
3.      Tambahkan sos tiram & sos hoisin. Masukkan air & serbuk lada hitam.  Bila mendidih masukkan cili capsicum.
4.      Masukkan bancuhan air tepong jagung & kacau rata sehingga agak pekat.  Tambah garam jika perlu.
5.      Akhir sekali masukkan daun bawang, kentang & tofu telur & masak hingga daun bawang nampak layu sedikit. Padamkan api & bolehlah dihidangkan.


Selamat mencuba!

17 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam...sdp tu..ank2 pun suka resepi yg simple lg sdp ni

Saya Disini said...

wah..menariknye..sedp

Bicara Kak Noor said...

selamat bercuti Madiha,walaupun belum balik kampong tapi dah rileks sikit lah gima kan kenduri hee kt sini belum cuti lah...
sedap resepi Madiha anak2 akak pun suka yg gini nak try lah senang dan simple

dapurCikWan said...

kak..sos hoisin tu sos ape ye?1st time dengar..nak kena google ni.

Lya Colours said...

saya suka tofu ! adoi kak madiha, memang sedap btol tengok lauk ni. huhu lapo

Ilhamkreatif said...

Salam kak madiha.nampak sedap je..dan yg penting simple bahannya n senang memasaknya...selamat bercuti..

ieda said...

sedapnyee kak
sampai ke tekak saya nie
x leh tgk lama2 .. posee huhuh

ibundo said...

salam madiha.
Betullah kan? Tahu ni buat apa pun sedap. Yang madiha buat ni pun nampak menggoda dah.

Selamat bercuti.

tun_telani said...

sedap!! sejak dua menjak pandai mkn tafu telur nih, mmg selalu ada stok dlm peti ais =)

seronoknya kenduri bila ada rewang. skrg kt kg tun pun dh susah nk pegi kenduri yg betul2 lauk kg, masing2 duk katering je.

m.u.l.a.n said...

lllllaaapparrrrr ni...

dapurCikWan said...

heheh..dah google pasal tu kak ;) jenama life..pasni kena beli n rasa..maceh kak.

Yana Shaiful said...

Bestnya klu dpt mkn dgn nasi pns2 niii..suka sgt tofu telur ^^

Seronok bila kenduri kat kg..mggu lepas yana dh dpt mkn gulai nangka & gulai rebung kat kenduri..puas hati sgt..klu kenduri kat bandar asyik katering jer..boring jgk lauk sama jerr ayam merah :-)

norhidana said...

kt umah dana kalu msk jenis yg mcm ni mcm tak laku je kak

Zaliedana said...

Assalam kak,ermm best kan kalo kg2 yg msih kekalkan tradisi cam dulu2,da mjlis rewang n lauk pauk kg bagai,kat kg sy ,semua katering ajer,lauk lak aym n daging ngan nasi mnyak ler,wah sedapnyer tofu telur..

rahel said...

Salam Kak Ratna,masakan kenduri kat kampong memang sangat wangi dan sedap..adoii..kecur liur mendengarnya..ambo tak tahan..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Kak Madiha.. sedap ni.. kecur dah nak sikit.. walaupun terlewat tiba...:)

Mrs Kamilah said...

My favourite. Mesti cuba lepas ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com