Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, May 21, 2012

Ikan Keli Goreng Sambal Pedas

Assalamualaikum....

Dah petang baru dapat jenguk blog hari ni... Jadi kongsi lauk simple jer lah hari ni.. hehe..  

Sebenarnya jarang2 aku masak ikan keli ni... Kalau beli pun.. bukan aku yang beli tapi mesti cik abang.. hehe.. Bukan tak makan ikan keli tapi agak kureng sikit.. Ikan keli ni kalau nak dimasak... mesti bersyarat.  Pantang dimasak sekor2.... mesti nak kena kerat2 pendek... itulah syarat yang abang berikan.. hehe... Katanya tak lalu nak makan kalau masak sekor2... pernah sekali ku hanya kerat dua ikan keli masa masak gulai asamrong.. pehhh... membebel jer cik abang ku.. haha... sejak dari tu kalau dia bawak balik ikan keli.. haruslah ikannya dikerat 4!  Tak kira samada digoreng atau digulai mesti kena kerat pendek2... Hentam jerlah.. janji boleh dimakan.. hehe...

Nih resepi basic yang biasa ku masak kalau buat sambal ikan atau ayam... laju jer makan...

Ikan Keli Goreng Sambal Pedas
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
5 ekor ikan keli saiz sederhana
1 sudu besar asam jawa (ramas dalam air utk rendam ikan)
Garam & serbuk kunyit secukupnya
2 batang serai ~ pecah2kan
1 - 2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Aji & gula secukupnya 
Minyak secukupnya

BahanTumbuk/ Kisar kering
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
30 biji cili padi
2 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

Cara2 menyediakan
1. Ikan keli dibersihkan (terpulang nak goreng sekor2 atau dikerat2 pendek mcm yg ku buat tu..) & rendam dalam air asam jawa selama 10 minit.  Cuci, tos & gaul garam & kunyit.  Goreng garing & ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang lain, lalu tumiskan bahan2 tumbuk & serai sehingga garing & wangi.  Masukkan bahan2 perasa secukupnya beserta asam gelugur.  Bila dah secukup rasa.. bolehlah masukkan ikan keli yang digoreng tadi.  Gaul sebati & bolehlah dihidangkan.


Selamat mencuba!
ihidangkan.


9 comments:

CIK MAY said...

suami suke ikan keli..saye tak reti siang ikan keli..sob3...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Cik May.. akak pun tak reti siang gak ikan keli kalau yg hidup2 tu.. selalunya abang akak beli yg dah siap berbelah perutnya.. hehe... kalau kg kg beli ikan keli mmg yg hidup.. mak mertualah yg tukang siang.. hehehe..

zila 4ever said...

wahh byk syarat cik abg tu yer..zila mmg suka ikan keli..klu nk siang biasanya buh garam dlm ikan keli idup tu..kejap jew dia pengsan..h ehhee emak zila ada kedai ikan tu yg semua ikan kita reti siang..rasa puas mkn ikan ..klu jualan x habis..mmg mkn sendiri jew.:P

Lya Colours said...

sangat suka ikan keli. feveret. tapi tak reti nak siang dia. huhu

Qasey Honey said...

asslm Kak Madihaa...nmpk myelerakan..tp syggg QH xmkn ikan keli..huhuhu

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam cayang kak madihaa.. sha ikan keli aje memang tak makan hehehe... tapi adik2 beradik sha semua makan..:)) tahu memang isinya sedap... tukang masak bolehlah tapi janji ada yang tolong siangkan.. ikan sembilang makan pulak hahaha.. :)))

rahel said...

Weeee...kalau ikan yg dimasak sambal pedas2 mcm ni,memang kesukaan gue..bole mkn nasik byk2..

mama sara nur said...

assalam
sy suker makan sambal je sb ikan keli x makan he he
tp family dan en abang memang gemar ikan keli x kira masak apa
re: k. Madiha ,keja taska ajar budak2 4 & 5 tahun je he he

Sari Yusa Ibrahim said...

Sedapnya ikan keli goreng, suka ratah tulangnya yang rangup2 tu, lawan ngan sambal lagi.. wallaaaaaaaa... sedapnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com