Monday, November 26, 2012

Gulai Kuzi Ayam Bonda (Kak Sha)



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bersua lagi dengan entry autopublished ye.... Haaa kan... nak buat macamana tuan blog bz sikit lately ni & sewaktu entry ini ke udara kemungkinan tuan blog dalam perjalanan pulang ke kampong di Pahang (sempadan Johor nunn).  Sabtu & Ahad semalam kami berada di Pahang juga.. tp kampong en. abang sebab ada kenduri kawin sepupu hubby.  Now kami bergerak dari kampong mertua menuju ke kampong sendiri la pulak yang mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan (sebab Pahang kan luas.. hehehe) & insyaAllah esok kalau tiada aral melintang kami akan berangkat lagi ke Kuala Terengganu buat kesekian kalinya untuk urusan yang belum selesai... 

Ok jom nak share masakan yang popular di Kelantan ni... Gulai Kuzi Ayam ni resepi bonda Kak Sha iaitu sahabat cyber MaDiHaA.  Kak Sha telah bersusah payah mengirimkan safron kepada MaDiHaA baru2 ni semata2 sebab adiknya ni mengidam takde isi nak masak & merasa gulai kuzi yang sedap ni.  Sebenarnya dah lama Kak Sha pelawa nak kirimkan rempah kuzi, tapi adiknya ni malu2 kucing.. konon nak cari sendiri. Alhamdulillah semasa ke Pasar Payang bulan lepas dapatlah ku beli sepeket rempah kuzi & juga rempah cap bunga rose untuk stok sendiri & juga kiriman seorang sahabat.  Tapi waktu tu tak ingat rupa2nya resepi memerlukan safron juga...  haii.. manalah nak cari.. & akhirnya pasrahlah juga minta tolong dengan kak sha kirim belikan safron di Kelantan.  Itu pun kata kak Sha bukan semua kedai ada jual.. kedai2 tertentu je yang ada jual..


Alhamdulillah... akhirnya dapat juga merealisasikan impian bila Kak Sha sudi belikan. Bukan senang nak cari safron ni... tak tau pun kat mana ada jual.  Yang tahu harga safron ni sangatlah mahal... terutama bagi safron gred terbaik.  Yang MaDiHaA guna ni tak taulah berapa harganya sebab kak Sha bari free je... kata kak Sha.. sepeket kecil safron tu boleh gunakan utk 3 ekor ayam.. Kak Sha kirimkan 3 peket bermakna ku boleh masak 9 ekor ayam! Hai bilalah nak abis tu agaknya ye.. tp alhamdulilah.. MaDiHaA dah pun berikan sepeket safron tu pada ma tersayang sebab ma pun ada beli juga rempah kuzi masa ke Pasar Payang dulu.. hehehe... Bagi seekor ayam hanya gunakan secubittttt jer safron.  Tapi memang betul.. kalau takde safron tu kata Kak Sha tak sedaplah jadinya Gulai Kuzi kita sebab safron memberikan aromanya yang tersendiri.... 

hanya 1/3 dari kuantiti safron ini digunakan dalam masakan gulai kuzi ini

Ok kepada yang nak mencuba.. sila2lah ye.. memang sedap gulai ni.. sesuai utk hidangan bagi nasi berperisa atau nasi putih & yang paling popular dicicah dengan roti jala menurut kata Kak Sha... Terima kasih kak... mintak izin ye letak resepi kat sini & terima kasih tak terhingga dengan pemberian kak Sha tu..

 
Gulai Kuzi Ayam Bonda (Kak Sha)
Resepi : Kak Shapurah
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan untuk gulai:
1 ekor ayam - potong saiz kecil/sederhana
5 biji ubi kentang - potong kiub sederhana & goreng
6 biji bawang besar - mayang nipis dan goreng garing & ditumbuk lumat (MaDiHaA guna 5 biji saja)
1/2 botol sos tomato Del Monte
10 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
Sedikit safron*
1/2 tin susu cair atau lebih (MaDiHaA guna 1 tin)
Minyak sapi untuk menumis
Sedikit minyak masak
2 camca besar rempah kuzi
3 cawan air (atau lebih kalau nak kuah lebih)  MaDiHaA lebihkan lagi
Buah kismis - goreng sekejap
Buah badam- goreng garing - takde stok so tak bubuh
Garam & gula secukup rasa
(Tumbuk bahan bertanda*)
 
Bahan untuk perap ayam :
5 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1/4 inci halia* 
Sedikit Safron*
2 camca besar cuka
Sedikit garam

Cara: 
1. Tumbuk bahan perapan ayam yang bertanda* dan perap ayam bersama bahan tumbuk, cuka & sedikit garam selama 30 minit. Kemudian goreng ayam setengah masak. Toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak, tumiskan bahan tumbuk, biar naik bau masukkan rempah kuzi biarkan rempah betul-betul masak naik minyak baru masukkan sos tomato di ikuti susu cair & air. 
3. Kacau biar sebati masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Masukkan bawang besar yang telah ditumbuk. Masukkan air tambahan jika perlu, garam serta gula secukupnya. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Akhir sekali masukkan buah kismis, badam dan ubi kentang kiub tadi. Tutup api bila sudah secukup rasa. Angkat & hidangkan bersama nasi atau roti jala.


Selamat mencuba!

13 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak.. cuti sekolah ni mmg best bawa anak2 jalan2.. walaupun kita ada urusan sampingan.. budak2 yg paling excited, bila naik kete diorang yg paling best.. jauh tu kak.. dari pahang ke johor ke terengganu plak.. hmmmmm hati2 memandu ye.. semoga semuanya selamat dan kembali ke KL nanti dengan baik..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedap tengok gulai kuzi ratna ni... mana nak dapat safron tu ratna... kalau tak letak... tak jadi ke :D

Mieza said...

Kak Madiha sedapnya gulai akak ni..
Meh join contest MAGGI kat sini kak http://mothercooks.blogspot.com/2012/11/maggi-good-to-great-campaign.html

Unknown said...

sedap nampak kuzi ni Madihaa macam nak try jugak sbb agak lain sikit bahan nya guna saffron segala tapi akak hanya ada safron yg dah serbok boleh tak??

Unknown said...

gulai kuzi ayam...looks yummy!!

PH said...

Gulai kuzi ni nampak sedap sangat. Nak try masak tapi kat mana pulak nak cari rempah kuzi? Hmmm....

AZLINA said...

Assalamualaikum Ratna...lama tak dtg menyinggah ni, tgh sibuk dgn mcm2 hal. Nampak kuzi ayam tu terus lapar perut, lama tak mkn sbb sysah jumpa rempahnya kat sini.
oh ya, kalau ratna dtg tapah jgn lupa contact ya..deghoyan tgh lebat...hehe :))

Mas said...

colek ngan roti pun best ni kak....

Unknown said...

nanmpak sedap ni

Malay-Kadazan girl said...

Wah terkejut saya ingat buka kebun strawberry pula...hehehe...nampak berrylicious dish ni.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

boleh tak jadi masalah.. tp safron tu tak perlu banyak.. kalau serbuk guna dlm setengah sudu kecil je dah cukup utk sekor ayam.. 1/4 guna utk perap, 1/4 guna dlm rempah tumisan..

Jom Memasak! said...

Macam menarik. Boleh cuba ni.

http://1001resepimama.blogspot.com

Intan said...

Maaf tlg jwb.. klu guna rempah kurma pn boleh... sy biasa buat guna rempah kurma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...