Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, December 10, 2012

Sirih Junjung Mahkota Kasih Ku ~ Cara2 menggubahnya...

Assalamualaikum... bersua lagi...

Kali ni nak berkongsi dengan semua pengunjung blog MaDiHaA serba ringkas cara2 menggubah Sirih Junjung design yang MaDiHaA gubah untuk hantaran pertunangan sepupu en. hubby baru2 ni yang MaDiHaA namakannya sebagai Sirih Junjung Mahkota Kasih Ku... hehe.. gempak tak nama gubahan ni?  Sepupu hubby ni perempuan.. jadi nak kena fikir apa design yang sesuai bagi pihak perempuan.  Kebiasaannya.. sirih junjung dari pihak perempuan ni designnya tak perlu tinggi... jadi ini yang terlintas difikiran MaDiHaA baru2 ni...


Sebelum tu mohon maaf jika ada kekurangan ye sebabnya masa menggubah ni MaDiHaA terkejar2 sikit. Jadi ada step yang MaDiHaA terlupa nak ambil gambar.. hehe.. Harap bolehlah dijadikan rujukan bagi yang nak mencuba untuk membuatnya sendiri tu ye... insyaAllah.. taklah susah sangat.. yang penting perlu ada keyakinan untuk membuatnya...

Ok jom kita mulakan...

Mula2 kita kelaskan saiz daun sirih.... kat sini ada 3 saiz daun sirih yang dah MaDiHaA asing2kan mengikut saiznya... tujuannya supaya senang kita nak gunakan nanti..


Kita perlukan dawai bunga saiz 20/22 (nanti MaDiHaA confirm balik ye.. terlupa plak sbb dawainya ada kat rumah masa taip ni) dan juga span nipis tu.. potong span lebar 1 inci setengah setiap satu. Kita perlukan 6 batang dawai bunga & 6 keratan span. Stapler kan span membaluti dawai tadi seperti dalam gambar. 

Gunakan helaian daun sirih saiz kecil & lipat seperti dalam gambar & staplerkan pada span yang membaluti dawai tadi... 

Buat hingga habis ke enam2 dawai berspan tadi.  Setiap span berdawai menggunakan lebih kurang 8 ~ 9 helai daun sirih...

Bila dah siap keenam2nya... gunting & kemaskan lebihan daun sirih dibahagian yang tak diperlukan & kemudian lenturkan dawai seperti dalam gambar di atas...

Kita perlukan 2 jenis polisterin  seperti gambar di atas. Lekatkan polisterin jenis silinder pada polisterin bulat leper tu kemas2. Kemudian cucukkan kesemua dawai yang telah siap dilenturkan pada polisterin tersebut seperti dalam gambar untuk membentuk CROWN ataupun MAHKOTA.... Gunakan gam panas & gamkan kemas2 setiap hujung & pangkal dawai supaya elok melekat pada polisterin. Haa... kan dah jadi dah bentuk crown kita.. hehe..

Tutup bahagian polisterin dengan daun sirih dengan jarum peniti.. polisterin bahagian bawah pun perlu ditutup dengan daun sirih. Tapi step yang ni MaDiHaA skip sebab bimbang daun sirih tak cukup. Step yang ni MaDiHaA buat last sekali... hehe.. (takut daun tak cukup nanti jenuh nak cari daun sebab masa buat ni dah lewat petang... kedai yang jual daun sirih pun dah tutup)


Kemudian gunakan 2 helai daun sirih saiz besar + saiz sederhana bagi menutup keliling crown tadi.. step yang ni gunakan dawai untuk cucuk pada pangkal setiap 2 helai daun sirih yang kita nak susun tu.  Selang selikan daun2 tersebut dengan setiap lengkung crown tadi. Boleh buat dengan bilangan dua pasang atau tiga pasang untuk diselang2kan... tapi MaDiHaA gunakan dua pasang, dua pasang je sebab bimbang daun tak cukup... dah siap semua.. bolehlah kemaskan dawai keliling crown kemudian kemaskan daun sirih dengan jarum peniti.

Kemudian bolehlah hiaskan dengan bunga ikut kreativiti masing2.  MaDiHaA gunakan bunga plastik jer ikut permintaan sepupu hubby sebab dia nak tema warna biru.. payah nak cari bunga warna biru... lebih cantik digunakan bunga segar untuk sirih junjung.. Tapi kalau nak gunakan bunga segar.. span untuk cucuk bunga perlu tukar kepada span basah.. Kalau tidak nanti bunga akan layu... Yang tu lain pulak cara2nya...

Step terakhir... hiaskanlah gubahan tadi dengan kuntuman bunga dari pinang, kapur & gambir.  Beli siap dari kedai je... senang kerja.. hehe..

Kalau rajin & nak nampak lagi cantik & kemas.... trimkan helaian daun sirih  supaya nampak lebih rapi... jadi takdelah nampak daun sirih yang panjang pendek.... bila dah trim daun nampak sekata & rapi jer kan.... 

MaDiHaA ucapkan selamat mencuba........... kalau rasa susah nak buat sendiri.. boleh juga tempah dengan MaDiHaA dengan harga yang berpatutan... hehe... Boleh email ke ratna@zagro.com untuk pertanyaan ye.. Terima kasih.

Selamat mencuba!




9 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Terima kasih Ratna, boleh lah akak cuba untuk tunang adik biras akak pada 22 dis ni... tqvm step by step... tema pun warna biru juga ni :D

m.u.l.a.n said...

oohhhh.... sangat kreatif sis ni...!!! cantik tu..

Lynn said...

As salam madiha..

Cantikb=nya..reatif sangat...Kalau lynn..hmm...hehe

rahel said...

Salam Kak Ratna...
bukan senang nak menghasilkan sesuatu yg buatkan org teruja kan...tapi yang akak buat ni memang cantik dah...Rahel sendiri pun tak tau langsung bab bunga2 yg terbuat dr daun sireh ni...masih zero sangat2...so kagum bila tengok hasil tangan kak Ratna ni...

Qasey Honey said...

pasni boleh la cuba buat sireh junjung ni gaya cmni..sesuai utk htran belah pompuan ni kan kak...

Roses_Leo09 aka Hanim said...

salam madiha
sekarang susah nak jumpa sirih junjung mcm org dulu2 buat. banyak dah di modenkan.

kreatif madiha

ALoNa CintamaniszLite said...

Ish..ish..tangan akak ni bkn pandai masak aje...rupa2nya pandai menggubah sirih junjung jgk...kreatif2...

tun_telani said...

tun nak kene rendam tangan dalam softlan 7hari 7 malam kasi lembut baru blh wat cantik camnih. hihi

Majid Vijah said...



A licensed Loan Lender, We offer Affordable Loan at 3% interest rate available for local and international borrowers, Are you seriously interested in getting a genuine Loan without stress? Do you need this Loan for business and to clear your bills? Then send us an email now for more details via:(majidvijahlending@gmail.com)

LOAN APPLICATION FORM.

(1)Full Name:
(2)Country:
(3)State:
(4)Address:
(5)Sex:
(6)Occupation:
(7)Amount needed:
(8)Loan duration:
(9)Loan purpose:
(10)Telephone

Email Us:(majidvijahlending@gmail.com)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...