Wednesday, December 5, 2012

Sambal Pedas Isi Ikan Keli

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua....


Hari ni MaDiHaA nak berkongsi resepi yang berasal dari negara Myanmar dengan u all semua.  Tapi resepi ni mungkin hanya popular dikalangan warga desa di Myanmar sana sebab MaDiHaA dok goggle2 masakan Myanmar tak pula berjumpa dengan masakan ni.  Yang terjumpa resepi yang menggunakan isi ikan keli hanyalah resepi yang boleh dikategorikan sebagai bubur iaitu dinamakan sebagai Mohingga.  Jadi pada pendapat MaDiHaA mungkin kat sana agak mudah nak jumpa ikan keli ni maka sebab itulah resepi berasaskan ikan keli popular di Myammar.  Hari tu hubby ada bagitau nama resepi ni dalam bahasa Myanmar tapi disebabkan dah lama sangat & MaDiHaA pula lupa nak catit... maka dah terlupa la pulak.. ehehe.. Kalau teringat balik nanti MaDiHaA tambahkan namanya ye... Jadi kali ni MaDiHaA hanya namakan resepi ni sebagai Sambal Pedas Isi Ikan Keli... kira bolehlah tu ye.. hehe..

Ini yang pertama kali dimasak...

Resepi ni hubby belajar dari budak2 Myanmar kat kilangnya tu sama macam resepi Myanmar Pickled Tea Salad dulu atau dalam bahasa Myanmar di sebut sebagai Lahpet.  Hubby ni dia memang jenis minat juga bab2 memasak ni.  Kalau dia berkenan satu2 resepi tu dia mesti korek resepi sampai dapat.  Maklumlah.. nak rasa yang orang (budak2 Myanmar) masak tak tergamak pulak.. hihi.. Jadi jalan terbaik.. masak sendiri & barulah boleh makan tanpa was-was.  Kebetulan budak2 Myanmar yang kerja dibawahnya kat kilangnya tu semua jenis berjimat cermat & boleh dikatakan selalu bawak bekal & antara lauk yang kerap dorang bawak ialah lauk sambal isi ikan keli ni.  Sebab teruja nak rasa masakan ni lah hubby pun belajarlah dengan budak2 tu.  Mungkin resepi ni tak begitu lengkap maklumlah yang memasaknya budak2/bapak budak.. kalau perempuan tu mungkin lebih detail lagi resepinya.  Resepi ni pun diberi tanpa sukatan.. jadi kena pandai2 agak sendiri kuantiti bahannya.  Tapi takpelah, sekadar nak merasa apa salahnya kita mencuba.  Dalam resepi ini pun hubby ada juga tokok tambah beberapa bahan lain ikut citarasa orang Malaysia.. hehehe.. Untuk pengetahuan.. resepi ni dah 2 kali dimasak di Dapur MaDiHaA.. tau sebab apa? Haaa.. tentulah sebab sedap!  Masak pertama kali dulu hanya gunakan 3 ekor ikan keli & terlebih letak kacang botor.  Tak cukup! Masak lagi kali ke dua & gunakan 5 ekor ikan keli..yang ni kacangnya dikurangkan... haaa kauu puas makan.... berdesip2 kepedasan tapi tetap nak menambah juga.. hehe.. Tapi awas pada yang tak boleh makan pedas2 tu sebab resepi ni memang pedas! Ok jom kita tengok resepinya..


Sambal Pedas Isi Ikan Keli
(Masakan Myanmar)
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
5 ekor ikan keli
10 biji kacang botor/botol/kelisa - dihiris halus (boleh lebihkan kalau suka)
6 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
20 - 30 biji cili padi (bergantung jenis cili padi & tahap kepedasan yang disukai ~ masakan ni mesti pedas)
1 inci kunyit hidup (resepi asal tak letak)
1 biji tomato ranum - dipotong dadu (resepi asal tak letak)
garam & perasa secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara menyediakan
1. Ikan keli dibersihkan & direbus hingga masak. Sejukkan dan asingkan isinya. Cincang halus isi ikan keli & ketepikan dahulu.

 Isi ikan keli yang dicincang & hirisan kacang botor

2. Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat.

3. Panaskan minyak masak lalu masukkan isi ikan keli yang dicincang & masak hingga nampak agak garing.

4. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang dicincang. Masak lagi hingga bawang layu & wangi. Masukkan cili padi yang ditumbuk dan masak hingga agak garing.
5. Masukkan tomato cincang, bawang besar, garam & serbuk perasa secukup rasa. Jika suka boleh tambah secubit gula.  Biarkan ia secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan kacang botor yang dihiris dan kacau rata hingga kacang botor nampak layu.  Angkat dan sedia dihidangkan.


Selamat mencuba!

4 comments:

Unknown said...

salam Madihaa adus terliur nya akak tengok menu ni satu kelainan sbb guna isi ikan keli senang tak payah sibuk nk buang tulang lagi boleh akak try jugak nnt, lagi pedas lagi sedap ni biar berpeluh makan,,

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..Oh, saya tak makan ikan keli tapi mungkin boleh ubah ikan lain..Tgk resipi, oh bestnya..agak2 ikan talapia ok tak yaaaa...Isi ikan keli camne ya kak..? urat ia halus2 ke kasar2..banyak duri tak? emmmm tak tak dapat bayangkan meratah isi ikan bersama kerangupan kacang botol tu....

cahayahidupku.blogspot.my said...

pedas pedas pedas.... memang berapi betul tu Ratna... :D

Mas said...

mak aiiii...
tengok jerk gambar dah terliurrr...
mengancammm betoiiii la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...