Wednesday, December 12, 2012

Custard Butter Cupcake (Hantaran)



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Cantik tarikh hari ni kan... 12.12.12.  Mungkin ada antara ibu2 atau bakal ibu yang memilih tarikh hari ini untuk menjalani pembedahan bagi melahirkan anak melalui kaedah pembedahan.  Wahhh... senang nak ingat tarikh hari lahir anak! Ataupun ada yang ambil kesempatan untuk melangsungkan pernikahan pada hari ni?   Kalau nikah mungkin ada.. tapi kalau kenduri kawin tu agak susah sikit sebab hari ni merupakan hari bekerja... jarang orang buat kenduri kawin hari bekerja kan? hehe... 

Melalut pulak cerita pasal kenduri kawin.  Cerita di atas tiada membawa apa2 maksud pun.  Saja suka tengok tarikh yang cantik tu.  Bagi kita umat Islam tak boleh mempercayai tarikh2 atau nombor2 tertentu yang kononnya bertuah atau ada ong.  Boleh memilih tarikh2 tertentu tapi tidak boleh disertakan dengan sebarang kepercayaan dengan tarikh2 tersebut kerana itu dah terpesong dari akidah.  Semua apa jua yang berlaku bukan kerana nombor2 cantik tersebut akan tetapi semuanya adalah ditentukan oleh Allah S.W.T jua.. wallahualam..


Oklah kita tutup cerita pasal tarikh cantik.. hari ni nak share resepi Custard Butter Cake yang MaDiHaA gunakan untuk membuat kek hantaran sepupu hubby baru2 ni.  Pernah cuba buttercake yang menggunakan tepong custard? Kalau belum bolehlah mencubanya ye.  Sedap & wangi dengan aroma custard.  Warna kek pun cantik kuning menyerlah berbanding dengan kek butter yang biasa.

Terima kasih pada Hajar yang berkongsi resepi butter cake yang gebu & sedap ni.  Kak Ratna mohon maaf sebab dah tambahkan perkataan 'custard' pada nama resepi sebab nak membezakan dengan resepi buttercake yang lain.  Mohon izin letak resepi di blog akak ye Hajar..  Dulu pun dah pernah kongsi resepi ni di Fotopages.  Boleh klik untuk melihat warna kek yang terhasil.  Maaf sebab terlupa nak snap kek bahagian dalam sebab terlampau rushing masa buat ni.. (memang ada kek ekstra masa buat ni sebab buat 2 adunan terus... anak2 dok pulun sampai habis sedozen! hehe)

Custard Butter Cupcake
Resepi : Hajar
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

4 biji telur
1 cawan butter
1 cawan gula halus (MaDiHaA gunakan 3/4 cwn je)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 sudu teh soda bikarbonat 
1/2 sudu teh baking powder (yang ni MaDiHaA tambah)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar susu pekat manis




Cara2
1. Ayak tepong gandum, tepong kastad, soda bikarbonat & baking powder.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu, esen vanilla dan susu pekat manis..pukul sebati.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda & baking powder sedikit demi sedikit cara kaup dan balik hingga sebati. Panaskan oven suhu 175C.
5. Sudukan ke dalam papercup & bakar selama 10 - 12 minit atau sehingga masak. (bergantung oven masing2 & saiz cupcake yang digunakan).

6. Sejukkan sebelum dihias dengan buttercream mengikut kretiviti sendiri.


Selamat mencuba!

9 comments:

Norzie hany said...

Cantiknya deco atas cupcake tu Madihaa.

hazila said...

I like Blue & White. Cantik combination colours tu.

PH said...

Cantik hiasan pada cupcake! Kaler dia manis :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bila baca kta-kata pujian Kak ratna terus sy print resepi, senang kalu teringin nak buat nanti, dah ada siap respeinya tak payah cari-cari lagi..

deco kek tu pun cantikkkk!!

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak.. apa khabar...?
kenduri kawin rasanya hari keje payah nor nak dengar kan.. tapi akad nikah mgkn ada gak.. sbb tarikh 12.12.12 ni kan.. tapi kalau baby yg di lahirkan pun sure ramai tarikh ni.. tul tak.. hehehe.. :)
lawa nya kek cup ni kak.. berseri2 putih dan biru.. kemas akak wat..

zila norazila said...

akk deco cantik..amik resepi jgk nie..12/12/12 masing2 mnuggu2 tarikh tu kan.

Qhaifa Nur said...

tarikh yg cantik hari ni kan..kan..
kaler yg menarik juga...sedapnya

rahel said...

Canteklah cup cake yg akak buat tu...

Cendana Kasih said...

chantek sangat...bilalah tangan nk lembut utk deco2 cenggini...masa dah suntuk ni, anak buah nk bertunang cuti sekolah bulan 3 ni...harap2 boleh la praktis cepat2...thanks akak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...