Friday, April 12, 2013

Jenahak Masam Manis Buah Kiwi

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Alhamdulillah dapat bersua lagi kita di hari Jumaat yang barakah.   Rasa sekejap je seminggu demi seminggu berlalu.  Tambahan pula minggu ni boleh dikatakan minggu yang agak sibuk samada di pejabat maupun di rumah... jadi masa tu macam tak cukup je 24 jam sehari... 

Oklah tak perlu nak bermukadimah panjang sangat sebab ada kerja yang sedang menanti... jom MaDiHaA kongsikan resepi kali ni dengan kawan2 semua...  Resepi yang agak famous jika makan di restoren kegemaran.. iaitu ikan Masam Manis atau Sweet Sour... Tapi kali ni MaDiHaA persembahkan dengan resepi gaya baru yang menggabungkan ikan dengan buah-buahan pula... hehehe... Tak mengecewakan... memang sedap hingga menjilat jari & tinggal tulang2 ikan je.. hehe...



Sebenarnya.. terciptanya resepi ni disebabkan nak elakkan pembaziran.  Anak-anak kat rumah agak memilih bila melibatkan buah-buahan.  Hanya buah-buah tertentu je yang mereka suka.  Kalau beli pisang, tembikai, honey dew, nangka, mangga, betik atau buah2 tempatan yang manis tu memang mereka suka... tapi bila melibatkan buah-buahan yang masam atau yang kurang manis seperti kiwi, pitaya, plum, pear, lai biasa atau nenas... memang mereka jarang nak menyentuh.  Tempohari.. nenek yang ajar anak2 mengaji berikan 3 biji buah lai pada anak2.. kemudian.. waktu tokma mereka datang..  ada dibawanya seplastik buah kiwi & jambu madu... memang langsunglah mereka tak makan... jambu madu habislah MaDiHaA & suami makan... kiwi pun kami makan.. tapi bila dah banyak sangat.. tak mampu juga nak dihabiskan.. buah lai pula.. bergolek2 aje dalam peti ais tu.. Tengok kulit buah lai pun dah  hampir nak bertukar warna.. apa lagi bila anak2 suka sangat dok usik2 bila buka peti sejuk walaupun mereka taknak makan.  Sebenarnya MaDiHaA dah lama tak beli buah lai biasa atau lai jenis tawar yang kulit warna kuning tu sebab MaDiHaA sendiri pun kurang suka juga. heheh.. Bukan menyombong.. tp yelah.. bila dah banyak pilihan buah lai di pasaran.. buah lai yang dulunya memang biasa kami makan bila mak atau ayah beli setiap kali pulang dari bandar.. sekarang ni.. tekak dah tak berapa suka pulak.  Jadi untuk mengelakkan dari pembaziran... maka tercetuslah idea nak gunakan buah lai & kiwi dalam masakan sweet & sour ni.... Alhamdulillah.. hubby kata sedap... buah lai tu rangup2 je.. kiwi pula maintain lah masam2 sebagai ganti buah tomato atau nenas.. syukurlah dapat menyelamatkan dari buah2 tu rosak & terbiar dalam peti sejuk tu.... 

Ok jom kita tengok resepinya...




Jenahak Masam Manis Buah Kiwi
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan
1 ekor ikan jenahak atau apa2 ikan kegemaran saiz sederhana/besar
garam & serbuk kunyit
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
1 biji buah lai biasa ~ didadu kasar
2 biji buah kiwi ~ didadu kasar
1/2 biji cili merah ~ dihiris
1/2 biji cili hijau ~ dihiris Garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
gula jika perlu (MaDiHa tak letak sebab dah terasa manis dari sos cili thai)
minyak

Bahan tumis
1 ulas bawang putih ~ didadu
1 biji bawang besar saiz kecil ~ didadu
1 cm halia ~ dihiris halus memanjang

Cara menyediakan
1. Ikan yang sudah dibersihkan dikelar2 kemudian sapukan dengan garam & serbuk kunyit.  Goreng ikan sehingga garing.  Angkat & letakkan di atas pinggan hidangan.
2. Dalam kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak lebihan goreng ikan tadi.. tumiskan bahan tumis sehingga layu & wangi.  Masukkan air, sos cili, sos cili Thai, sos tiram & hirisan cili merah & hijau. Biar seketika.
3. Masukkan buah lai, kiwi, garam & serbuk perasa & masak seketika.  Biar secukup rasa & bolehlah dimatikan api.
4. Tuangkan sos masam manis di atas ikan yang telah tersedia.  Hidang panas2.




Selamat mencuba!

13 comments:

Mas said...

perhh...mengancammm
ikan bermandikan buah kiwi..
mengeliurkan tau

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
elok gak tu nak elakkan pembaziran kan.. kiwi pun buah masam2 kan.. sesuai sangat ngan menu ni.. nak test gak lah.. mcm menyelerakan sungguh.. sbb nanas pun tak leh makan lagi kot kan.. :D

Qhaifa Nur said...

setuju guna buahan untuk elak pembaziran...
memang menjilat jari dibuatnya...

tun_telani said...

kalu dekat2 tun tolong perabih kan buah kiwi akk tu.. hihi.. tun suka makan buah kiwi ^^

Ratu Hatiku said...

Sedapnya...xterpikir lgsg buah kiwi blh dijadikan menu masakan.. :D

Unknown said...

wow guna buah kiwi selalu org guna nenas yum yumy :)

PH said...

Best gak pakai kiwi. Masam masam manis gitu, menyelerakan.

Delima Zamrud said...

Fuhhh nampak menyelerakan tambahan lg dimasak dgn buah kegemaran D5 mmg kreatif akak Madihaa nie terbaek lah :)..

Rohah said...

wow kak, satu kelainan..

asyifamustaffa said...

oh sedapnya...! lain plak resepi akak ni....
sy hnya mmpu pandang je ni....huhuhu....

rostina76 said...

salam k.diha
alahai kalau dapat kat kami mmg pulun le bebudak ni makan (kdg tu plan nak buat dessert ke kek ke, huhhh xsempat buat abis dorg makan fresh)....btw kreatif k.diha wat gini. mesti sedap masam2 manis kiwi....terliur plok

Amie said...

Specialnya resepi ni Madiha... seronok tengok resepi yang lain dari yang lain, memang dunia masakan ni dinamik, tak statik...

Malay-Kadazan girl said...

Saya seorang boleh habiskan ni Kak. Yumyum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...