Sunday, April 21, 2013

Sedapnyer sayur pucuk cemperai...! Rezeki dari kampong mertua...

Assalamualaikum..... selamat hari minggu semua....


Alhamdulilah.. rezeki kami semasa pulang ke kampong mertua menghantar kakak Dini ke asrama minggu lepas... dapat bawa balik seberkas sayur pucuk cemperai, bunga kantan & juga daun cemomok (daun cemomok tu ramuan untuk buat gulai asamrong).  Pucuk cemperai tu, dapatlah 2 kali masak.  Dalam gambar tu MaDiHaA hanya sempat snap selepas ianya dah dimasak separuh.  Jika belum masak.. memang menggununglah banyaknya.. hehe..   Dah lama juga tak makan pucuk cemperai.  Maklumlah dok kat bandar ni.. bukan senang nak jumpa orang jual sayur2 kampong atau sayur yang hanya boleh dijumpai dalam hutan atau belukar macam pucuk cemperai ni.  Kalau ada pun di pasar pagi.... itupun kalau tiap2 minggu pegi bernasib baik berjumpa. Macam MaDiHaA ni pegi sesekali... sayur2 kampong macam ni bukan tiap2 minggu ada.  



Waktu kami balik kampong minggu lepas... mertua & adik ipar tiada di rumah sebab adik ipar menghantar isterinya balik ke Kuantan.  Jadi mak mertua pun teringin nak ikut sekali.  Memang dah tau mereka nak pegi Kuantan, tapi tak mengapalah... kami balik juga sebab memang nak hantar Kakak Dini minggu tu... Lagipun kami memang ada kunci rumah & mak mertua pun tau kami nak balik. Jadi hanya kami 5 beranak jelah yang tidor kat rumah mak... tuan rumah takde.. siap sempat buat apam polkadot lagi... hehe... untuk bekalan kakak Dini kat asrama.. Pagi Ahad tu.. sempat en. hubby ke rumah pakciknya & nak dijadikan rezeki kami.. kebetulan pakciknya memang nak mencari pucuk cemperai... maka.. adalah rezeki kami.  



Ya Allah... sedapnya dapat makan sayur kampong ni.  Dah lama betul tak makan.. rindu dibuatnya.  Kebetulan ada 2 ketul keledek kat dapur tu... jadi seketul di masak bening dengan pucuk cemperai tu.. dan keesokkannya dimasak pula sayur lemak putih dengan seketul lagi keledek.  Tak sangka pula Haziq pun suka sayur ni... cuma Alin je kurang suka sayur2 hijau.. Memang puaslah kami dapat makan sayur pucuk cemperai ni... manis jer rasanya... ehh.. bukan manis macam kita makan buah... tapi manis sayur... hehehehe....



Tak perlu kot kongsi resepi sebab sayur biasa-biasa je... semua orang pun dah pandai masak sayur bening atau sayur air dan juga sayur lemak putih ni kan?  Jadi MaDiHaa kongsi gambar sajalah ye... Pucuk cemperai ni nak masaknya tak perlu dicelur.. boleh terus dimasukkan ke dalam kuah yang dah mendidih.  Masak sehingga ia lembut.  Semasa nak menyiangnya.. lepas di petik dari tangkainya.. pulas2kan sikit biar ia jadi kecik2 sikit... jadi takdelah lebar sgt sayur tukan... hehehe... Masa masak ni.. stok ikan bilis kehabisan.. jadi hanya guna kiub ikan bilis saja.. janji sedap..

Oklah.. itu saja perkongsian hari ni... Jumpa lagi..

19 comments:

atie @ ejay said...

Assalam kak..
dah lama ati tak makan pucuk ni..
dulu kalau ayah masuk hutan,ada jgk dia bawak balik pucuk ni..

Queenie said...

Salam hari minggu..

dah siap kerja ker? saya baru selamat melancarkan Nasi Ayam ke destinasi, depa tukaq Pulut Kuning ngan Nasi Ayam la pulak...heheh

saya sampai dah hampir kertu ni tak pernah lagi makan pucuk cemperai, teringinnya kemain tp taktau mana nak cari...

tp kalau tengok kat gambar, rupa dia seakan2 pucuk belinjau ek? sama ker?

Amie said...

Madiha,
selama ni Amie hanya dengar saja nama pucuk cemperai, tapi tak pernah tengok rupanya... terima kasih madiha sudi kongsi gambar pucuk cemperai... he he ehh jakunis betulkan Amie ni Madiha...

Wani Sukarno said...

salam kak.. x pernah tengok sayur mcm ni .. macam daun cekur manis je .....lama dah x makan sayur cam ni

EmbunRosaliza said...

Assalam madhihah akk pun tak kenal pucuk cemperai ni, nampak sedap pulak msk lemak putih mcm ni

Pieja Montel said...

sekali tengok mcm makanan orang korea makan masa dorang sambut bithday..seeweed soup.

Uda said...

pernah dengar tapi tak pernah tengok...mesti sedap ni!!!!

Uda said...

pernah dengar tapi tak pernah tengok...mesti sedap ni!!!!

SITI NOARIZAH ARIS said...

Salam madiha... Dulu kecik2 selalu makan pucuk ni maklumlah tggl dgn nenek rumah lak dekat kebun getah tapi sejak dah tua ni lama x makan pucuk ni kat psr mlm pun tak pernah jumpa... Harap sangat dapat jumpa dan makan cemperai ni nanti.

tok_chik said...

assalam madiha...dah bertahun tc tak menjamah pucuk cemperai ni
dikg dulu arwah bonda akan petik sewaktu beliau menoreh getah...ada beberapa batang pkok ni tumbuh dikebun getah
tc paling suka dimasak bening/masak air orng kg tc cakap dan dicampur dengan keledek, sediakankn sambal belacan tumbuk (lada, bawang, belacan, ikan bilis digoreng dan ditumbuk) sertakn juga ikin masin greng

sedapnya

btw madiha,....daun cemomok tu apa guna nya...atau pun cara memasaknya bagaimana??
kali pertama mendengarnya rupanya ada seakan2 daun kunyit / daun setawar yang digunakan kalau ada acara merenjis dimalam berinai

norhidana said...

bile dh siap msk nampak mcm pucuk manis lak ye kak, pucuk cemperai nih camne pokok dia kak? jakun tul lah dana

AzianKhalil said...

rindu nak balik raub bila tgk sayur cemperai akak ni...kat johor tak penah jumpa pun..

Unknown said...

k. Madiha....sy suker pucuk cempoghai tuuuu...masak rebus gitu nga garam pon dah rasa kemanisannya....

Mylesung said...

salam kak madiha..adusss kecuq ayaq liuq tengok sayur lemak putih tu..nyum2..mmg suka mkn sayur kg msk simple camni.. :)

dalila said...

br dpt sayur ni..kwn bagi..nk try buat mcm ni..

Unknown said...

dimana beli sayur ceperai ni ya. saya disingapor tercarik2 dipasar ngk ada

Unknown said...

Sy ada..nk ke,,, ,,.,

Nur haura afeeya said...

Salam

Nur haura afeeya said...

Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................

Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...