Thursday, May 16, 2013

Apam Pisang Gula Hangus memang terbaikk...



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Dalam sehari dua ni tak tau kenapa MaDiHaA rasa macam takde mood je.   Nak bereksperimen di dapur pun tak berapa nak rajin.  Rasa macam down aje.  Rasa bosan, sunyi & macam2 lagi.  Padahal tiada apa2 perkara yang tidak baik yang berlaku pada MaDiHaA atau sekeliling MaDiHaA baik di rumah ataupun di tempat kerja.   Semuanya okay.  Mungkin bosan dengan rutin yang sama setiap hari.  Agaknya MaDiHaA perlukan rehat kot.  Berehat sambil bercuti ke mana-mana destinasi yang dapat menenangkan fikiran.  Memang dah lama kami tak ke mana-mana selain dari balik kampong.  Harap-harap cuti sekolah ni dapatlah luangkan masa bersantai2 dengan family.  Tak dapat pegi jauh.. dapat pegi yang dekat2 pun okay juga...



Okla hari ni MaDiHaA kongsi resepi apam pisang yang sangat sedap ditekak MaDiHaA.  Teksturnya sangat lembut & rasanya pun sedap apalagi digandingkan dengan gula hangus pastilah rasanya tak sama dengan rasa apam pisang yang biasa.  Nak tau akan rasanya.. bolehlah kawan2 mencubanya sendiri ye.  MaDiHaA macam biasa buat ikut selera sendiri dengan mengurangkan sedikit kuantiti gula yang digunakan.  Kalau kawan-kawan suka kuih yang manis boleh ikut resepi yang asal ye..  MaDiHaA kurangkan kuantiti gula sebab pisang yang MaDiHaA gunakan dah cukup masak.

Terima kasih pada Alongroz yang sangat pandai mengolah & mencipta resepi & berkongsi dengan kita semua di blog beliau.    MaDiHaA mohon izin kongsi resepi ni di blog MaDiHaA pula ye...



APAM PISANG GULA HANGUS
Resepi : Alongroz
Saiz: 8" bulat (MaDiHaA guna acuan persegi 7" x 7")

BAHAN2: 

½ cwn Gula pasir 
1 cwn Susu Cair Evaporated
3 sb Butter
3 bj Telur (MaDiHaA guna A)
1 cwn Gula Kastor (MaDiHaA guna 2/3 cawan saja)
1½ cwn Pisang Lecek
2 cwn Tepung Gandum*
1 st Baking Powder*
1 st Bic Soda*
1/4 st Garam* (* ayakkan sekali) 

CARA2:
1. Cairkan gula dgn api kecil menjadi gula hangus & masukkan susu sehingga menggelegak.  Tutup api & campurkan mentega.  Sejukkan.
2. Pukul telur & gula kastor sehingga kembang.  Masukkan pisang & gaul rata.  Masukkan tepung* & gaul sebati.
3. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan.  Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.



Selamat mencuba!

17 comments:

beta kupu said...

Kek peberet saya ni kak Madiha ;)

Qhaifa Nur said...

nak cuba buat nanti, sedapnya...

rahel said...

Kalau Kak Ratna uda bilang sedap...mestila enak banget kek pisang itew..

LiNa_Pg said...

Assalam kak MadihaA..kami sekeluarga pun tak ke mana2 tahun..asyik ulang balik kampung ajerr.Dalam hati dah tergedik2 nak pi melancong..tak leh jauh2 dalam negara pun okey....hurmmm tak tau la bila...ujung tahun kot..

Memang nampak sangat moist dan lembut apam pisang tu, saya ingatkan kek pisang rupanya apam...Lagilah sedap bila dibuat ngan gula hangus...memang aroma gula hangus tu membangkitkan selera..
Hurmmm ni salah satu resepi yang TAK pernah saya buat...kalau nk makan main beli ajer sketul dua sbb anak2 tak bape suka

norhidana miswan said...

kak, dana suke sgt kek pisang or apam pisang, tp tak penah bt sndiri...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedapnay kalau makan bersama teh-O panas..

cik cek said...

Assalamualaikum.....

Lama tak sinngah bagi komen kat sini...tempoh betapa hari tu...mcm jadi silent reader la pulak...he he..ape2 pun tq ya Madiha..masih sudi singgah dapo akak....hari ni akak bwk florentine cookies....kejap ada ...kejap lagi tak de...:)

Bbwana adienia said...

salam kak madihaa..

nampak gebu sangat kek pisang gula hangus akak tu..sedapnya..

umi's cup cake said...

Salam kak madiha,
kak, tekstur kek tu tak macam apam pun..nampak gebu sangat

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak..wahhh nampak menarik juga resipi ni..dahlah saya ni penggemar apam gula hangus dan kek pisang juga..kiranya ni 2in1lah yaaaa..boleh simpan resipi ni

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak madiha...
betul tu kak.. kadang2 kita ni perlu kan cuti.. holiday mana2.. pergi jauh dari kerja opis serta kerja rumah... nak juga nani rasa semua tu.. tapi semuanya bergantung pada bajet.. harap2 ujong tahun ka.. ada peluang.. nak cuti seminggu ke.. lari dari semua.. bersama keluarga of coz.. kalau sorang2 tak de point.. bercuti apa tak ingat anak kan.. hahahahaha tu la kita pompuan.. bizi tak hengat dunia..
anyway.. cantek elok kek akak ni.. permukaannya pun tak sikit pun merekah.. tahniah..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Madiha.

Ermmm..apam pisang memanglah sedap. Buat lak guna gula hangus lagi lah double sedap... Nak buat jugaklah nanti..hehehee..tgk makanan org, semua nak dibuat tapi tak terbuat2 jugak..hahahaa..

fazianbatrisyia said...

nampak sedap...boleh cuba time rajin nanti. skrg tak berapa rajin.

Hafizah Mohamad said...

salam kak...sedapnya tgk apam pisang akak ni...rajin akak...

fiza pun selalu gak rasa susah hati tiba2...kadang2 cam nak nangis pun ada tapi x tahu punca...bila jd camtu fiza zikir byk2...x pun fiza call cakap ngan mak...baru rasa tenang sikit..=)

Yana Shaiful said...

harus cuba juga nnt..pisang br habis bt mapin ptg td huhuu,, nmpk lembut sgt apam ni :-)

Rohah said...

Salam kak, sedap nengoknya, nak ambik terus resepi ni..nk buat..ada pisang tu

ieda immi said...

alaaaaaaaaaaaa
cantiknyeeeeeeee tekstur dia kak !
akak nie kannn
saya dah lahh
lama x makan kek pisang huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...