Sunday, May 12, 2013

Tauhu Goreng dengan Sawi & Lobak Merah

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu....


Takde resepi special hari ni... sekadar kongsi resepi sayur sempoi je...  Sayur ni dimasak waktu nak clearkan isian peti sejuk sebelum balik kampong.  Balik kampong bila ye..?  Dah lama sebenarnya ni. Biasanya jika nak balik kampong yang dirancang.. kami akan stop dari membeli lauk-lauk basah & sayur-sayuran. 1, 2 hari sebelum balik kampong MaDiHaA akan pastikan semua stok sayur akan dihabiskan.  Jika tak dapat nak dihabiskan... kadang2 MaDiHaA angkut je sayur-sayur tu balik kampong sekali terutama jika sayur jenis yang tak tahan disimpan.. elakkan dari membazir.. hehehehe...



Sayur campur macam ni dapat sambutan juga dari anak-anak terutama Haziq yang dah tak memilih sangat jenis-jenis sayur.  Boleh kata semua sayur dia dah pandai makan.. Hanya beberapa jenis sayur je dia tak berapa suka seperti peria & terung.  Kakak Dini pun sama juga semua sayur dia boleh makan.  Setakat ni.. anak dara kecik bambam (Alin) tu je yang agak memilih bab-bab sayur.  Sayur yang kakak & abangnya suka.. itulah sayur yang paling dia seteru iaitu sayur sawi! hehehehe...

Oklah... kongsi jugalah resepi sayur yang sempoi ni ye.... sayur yang boleh dikategorikan sebagai sajian yang seimbang kerana ada vitamin, fiber & juga protein kerana ia digandingkan dengan tauhu goreng...



Tauhu Goreng dengan Sawi & Lobak Merah
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 keping tauhu ~ digoreng & potong dadu
2 - 3 pokok sawi ~ dipotong2 & asingkan bahagian batang & daun, cuci bersih & tos berasingan
1/2 - 1 batang lobak merah ~ dihiris batang mancis
2 ~ 3 sudu besar sos tiram
sedikit air
garam jika perlu
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
minyak untuk menumis

Cara penyediaan
Panaskan minyak & tumiskan bawang putih & merah hingga wangi. Masukkan lobak merah & batang sawi kacau rata. Masukkan sikit air & sos tiram. Kacau hingga lobak agak empuk. Masukkan daun sawi & tauhu & kacau rata.  Rasakan jika kurang masin boleh tambahkan garam lagi atau boleh juga tambahkan sesudu lagi sos tiram.  

Selamat berhujung minggu..

6 comments:

Rohah said...

Sy mmg selalu buat sayur campur camni kak...senang disediakan lebih2 lg bila x de mood nk massk..eheee .

Mori Said said...

simple... tapi menyelerakan yer madiha...hehehe

mama sara nur @ Cik Nor said...

selamat berhari minggu k.madiha
SIL sy selalu jg masak camni ,nak lg kalau ouasa
anak dara bungsu sy sukalah sb ada karot
sedap walaupun simple

Sweet red cherry said...

salam kak madihaa..

bagus juga masak sayur macam ni..sajian sihat ni..

Unknown said...

Assalamualaikum Madihaa
semoga sihat selalu hendaknya tambahan dgn makan sayur ni mmg bertambah2 sihat dgn tauhu nya, carrot nya, semua nya lazat dan berzat...

Amie said...

Hidangan sihat & penuh khasiat... Amie suka campuran lobak merah tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...