Monday, May 27, 2013

Asam Pedas Pekat Ikan Parang

Assalamualaikum...


Selamat kita bertemu kembali... Cuti sekolah telah bermula... suri-suri rumah semakin sibuk lah nampaknya ye.  Pasti setiap hari rumah riuh dengan anak2.  Anak sulung MaDiHaA pun dah ada kat rumah sekarang. Hilanglah rindu adik2 pada kakaknya tu.. Tapi bila semua dah ada kat rumah ni.. eloklah sekejap main sama2.. karang sekejap lagi dengarlah suara masing2 terpekik bergaduh pula.. hmm.. macam tulah ragam anak2 ni.. bila jauh merindu.. dah dekat ni nak bergusti pulak... kejap kang berebut laptop, kang berebut psp pulak.. dah jemu games psp berebut games dalam handphone pulak.. tengok tv pun kadang nak berebut siaran.. hai nasiblah ada anak teruna sorang je... kalau ketiga2 anak teruna tak taulah mcamana pulak kerenahnya... mau pening kepala dibuatnya.. hihihi....


Oklah hari ni kongsi resepi ringkas yang menjadi kegemaran MaDiHaA & suami.  Lama betul tak masak ikan parang. Maklumlah anak2 tak pandai makan ikan jenis bertulang macam ni.. masak ni.. hanya MaDiHaA & suami je yang makan... anak2 terpaksalah masak lauk lain untuk mereka... Asam pedas ni MaDiHaA masak versi pekat.  Sedap!


 
Asam Pedas Pekat Ikan Parang
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1/2 ekor ikan parang saiz besar ~ dikerat2 tp jangan pendek sgt sbb ia byk tulang!
minyak masak utk menumis
1 sudu besar asam jawa ~ + 1/2 cwn air & dijadikan pes
2 cawan air 

3 batang serai ~ diketuk
sedikit daun kesum
2 biji terung bulat ~ belah 4 (MaDiHaA guna terung bujur)
6 biji bendi (non stock pulak!)
garam, perasa & gula secukup rasa


Bahan2 dikisar halus
1 biji bawang besar saiz sedang

2 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
2 biji cili merah
20 biji cili padi
10 biji cili kering ~ rendam & tos
½ inci belacan
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan serai & bahan2 kisar hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa, air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan & bahan2 perasa secukupnya.
4. Masukkan daun kesum, terung/bendi.
5. Rasakan kuahnya.. jika dah okey.. bolehlah dihidangkan.




Selamat mencuba!

12 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Madiha,
memang betul tu kalau anak-anak dah berkumpul riuh rendah dibuatnya, rumah pun jadi macam kapal karam! Tapi itulah sebenarnya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan... bila berjauhan jadi terkenang-kenang!
Dah hampir tengahari ni...memang langkah kanan datang rumah madiha, dapat jamu mata dengan asam pedas pekat ikan parang!

Lya Colours said...

kalau ikan parang saya suka goreng biasa je. asam pedas suka pari ke, tenggiri ke. wah sedap

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ikan parang favourite saya, dulu masa kecik2 memang selalu tertulang kalau makan ikan ni. Dah tua2 ni pandai sikit dah jarang tertulang, huhuhu...

JaSSNaNi said...

assalamualaikum... kak... sihat ke? macam mana rumah? hahahahah kelakar dengar..
kat umah nani lak.. cuti skolah kali ni diam je.. haikal pun dah takde sapa nak menyakat.. sbb kimi balik kg... biasanya haikal ngan kimi yg tak ngam... ade je yg tak kena.. kejap2 ngadu itu ini ngan nani... pernah nani cakap.. korang ni kalau gaduh.. tolong lah gaduh lama skit... aman dunia... kalau gaduh kejap dah baik... lepas tu diam kejap je la.. lepas tu gaduh balik... bising lagi.. tak puas2 merajuk haikal tu.. adoiiii... kali ni kimi kat kampung.. kinah ngan haikal je... kinah lak masuk lak ngan haikal.. kalau haikal ajak main game 2 player.. dia main je.. fiyya lom cukup besar nak berebut laptop ngan haikal.. so aman lah dunia.. tapi sedey.. macam sunyi je bila anak tak cukup walaupun sorang.. :(

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. seronok la ramai ada kat rumah skrg :)
tun pun x pandai sgt makan ikan parang ni. takut tercekik tulang. hihi

Mamasya said...

Aslmkum Ratna
cuti sek mmg meriah rumah....kejap main sama2...kejap nak gaduh....pastu ulang alik ke dapur.
Asam pedas ikan parang mmg sedap tp bab tulang tukan mmg kena hati2 bila mkn.

norhidana miswan said...

dana kalu bt asam pedas msti pekata, kalu tak pekat tak kick kak ehhehe...
tp tak penah msk ikan parang... sbb leceh nk mkn

Ratu Hatiku said...

Perghh....sedapnya asam pedas... terliur dah nie...uhuhuhu

LiNa_Pg said...

saya pun suka asam pedas yg pekat camni..kalau kat kedai (penang) selalu yg pesen asam rebus..tak beshh la...

mama sara nur said...

wahh pekat2 sedap tu kan
baik demam ni selera pun terbuka je ni he heee makan je sy k madiha
nampak apapun sedap
tp asam pedas memang bestlah

zila norazila said...

Bab tulang tu yg mls sikit nk msk..tp zila suka..hbby n ank x reti nk mkn sgt..wt pkat2sdapnysa

EmbunRosaliza said...

Assalam madihah, rumah memang meriah lah kalo time cuti sekolah, sama la umah akk ni memang meriah sepanjang masa.

Sedap asam pedas pekat, saya suke2x. Anak2 ikan bertulang mmg fobia lah, mmg kena masak lauk lain la utk anak2 kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...