Tuesday, May 7, 2013

Pucuk Ubi Kayu Goreng Cili Padi

Assalamualaikum... 


Tadi bercerita sikit punya panjang... sekarang baru berkongsi resepi pula... resepi biasa2 aje... sayur pucuk ubi yang di bawa balik dari kampong tempohari.  Dapat banyak juga.. MaDiHaA siangkan buang tangkai, ambil daun & hanya ambil batang bahagian yg lembut saja kemudian rebus hingga empuk.. sebahagian dibuat ulam cicah budu & sebahagian digoreng pedas dengan cili padi.  Buat kaw-kaw sikit pedasnya.. waduhhh.. berselera makan.  Kalau ikut selera kampong kami.. memang sedap!  Anak bujang MaDiHaA si Haziq pun makan bertambah2.  Tak sangka pula dia suka pucuk ubi.. Selera orang bandar tak taulah.. ada yang tak pandai makan pucuk ubi pun ada jugak kan.. Ada juga yang alah dengan pucuk ubi katanya angin.  MaDiHaA tak kenal alah dengan apa2 makanan rasanya... semua pun bedal... cuma kenalah juga dengar nasihat orang tua2. Waktu beranak kecik terutama ada baby menyusu badan kenalah 'puasa' dulu makan pucuk ubi ni sebab takut baby kembong... 

Jom semak resepi...





PUCUK UBI KAYU GORENG CILI PADI
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
400 gm pucuk ubi yang telah direbus empuk & ditos ~ dipotong kasar
1/2 cawan air
1/4 kiub ikan bilis
garam secukup rasa
serbuk perasa (jika perlu)
Sedikit ikan bilis ~ dibersihkan
Minyak untuk menumis

Bahan dikisar kering/tumbuk halus
25 biji cili padi
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis ~ dibersihkan & rendam sebentar

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan ikan bilis yang dikopek serta bahan2 yang ditumbuk halus.  Biar sehingga naik bau & agak garing.  Masukkan pati ikan bilis serta air & kacau rata.
2. Bila air mendidih terus masukkan pucuk ubi celur yang dihiris, garam & serbuk perasa jika perlu. Gaul rata & biar secukup rasa.  Jangan biar terlalu kering.. agak lembab2 sikit bolehlah dimatikan api & hidang dengan nasi putih serta lauk sampingan yang lain.




 

Selamat mencuba!

11 comments:

intandayani said...

sedapnya mkn ngn nasi pns..

Irfa said...

sejak ubikayu belakang rumah tu dah rendang..setiap minggu kutip pucuk ubi celur cicah ngan budu :)

Ratu Hatiku said...

serius nie mmg feveret saya nie... sanggup ratah mcmtu jerk...

umi's cup cake said...

kak, saya suka rebus daun ubi kayu makan dengan kuah kacang...sedap..

tenku butang said...

aduh.. meleleh air liuq..

hazila said...

Saya pernah buat masak lemak je guna pucuk ubi kayu ni.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah lama saya tak masak pucuk ubi goreng ni... pembuka selera ni kak ratna ;-)

Ayu said...

Assalam ratna,
harap ma ratna dah sihat lah ya..semuga dia cepat sembuh dan boleh active kembali..pucuk ubi oreng cili padi tak pernah cuba..ada pucuk ubi sikit lagi hari tu..maybe boleh cuba ni..

Hafizah Mohamad said...

salam kak...ni peberet anak sulung fiza ni...selalunya masak lemak cili padi...x pernah lagi try grg...lepas ni blh la try pulak...=)

Bbwana adienia said...

salam kak madihaa..

sya suka makan sayur kampung ni..sedap..

tun_telani said...

nyum!! ni salah satu sayur yg tun akan makan dgn banyaknyer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...