Wednesday, May 8, 2013

Rendang Ayam Bunga Kantan



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Pagi-pagi dah tayang lauk.  Ini lauk yang MaDiHaA masak beberapa minggu yang lalu... Operasi untuk menghabiskan bunga kantan yang dibawa balik dari kampong.  Tak putus2 dalam laci peti sejuk.  Baru ni abang balik dari mengundi di kampongnya di bawanya lagi 5 kuntum bunga kantan & sebiji buah durian belanda saiz XXL!  Abang balik naik bas je sebab MaDiHaA mengundi di PJ... jadi malasla nak terkejar2 balik sana balik sini... Lagipun kami baru je lepas balik kampong MaDiHaA waktu ma masuk hospital.  Jadi MaDiHaA suruh dia balik sorang2 je ke kampong. Jimat sikit duit minyak kereta. 

Lauk ni sedap & menyelerakan.  Jika kawan-kawan nak rasa kelainan masakan rendang.. bolehlah cuba resepi ni... insyaAllah.. sedap di tekak kami sekeluarga..


Kat bawah ni MaDiHaA kongsikan resepinya... jika sudi bolehlah mencuba..

RENDANG AYAM BUNGA KANTAN


Bahan2

1 ekor ayam saiz kecil / sederhana ~ dipotong kecil & bersihkan
3 sudu besar kerisik homemade
1 biji kelapa ambil santan anggaran 2 ½ cawan
1 kuntum bunga kantan ~ dibelah 2
garam secukup rasa 
secubit gula
½ kiub ayam / serbuk perasa secukupnya
1 keping asam gelugur
minyak secukupnya untuk menumis


Bahan dikisar halus
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
2 biji cili merah
15 biji cili padi
3 batang serai ~ dihiris
2 kuntum bunga kantan (jika bunga yg hampir kembang letak 1 sahaja)

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga bahan tumisan masak & naik minyak.
2. Masukkan ayam & santan.  Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan garam, secubit gula, kiub ayam atau serbuk perasa, asam gelugur, bunga kantan & kerisik.  Kacau rata.
4. Masak sehingga kuah agak pekat & biarkan ia secukup rasa.  Boleh dihidangkan dengan nasi berperisa atau nasi putih & lauk sampingan yang lain.



Selamat mencuba!

13 comments:

Lya Colours said...

wah sedap nya. makan dengan nasi impit, lupa orang kiri kanan hehe

rostina76 said...

napok cam sedap k.madiha.....akak mentioned durian belanda terliur plok. kat rumah ni kami semua suka sgt jus durian belanda ni (tapi beli yg kordial). klu bt yg fresh sedap tu kak

shahrul hafiz said...

nti kna suh org umah try msk..huhu

Qhaifa Nur said...

letak bunga kantan, wanginya rendang ayam ni..sangat best ni...

umi's cup cake said...

Salam kak,
first time dengar rendang letak bunga kantan..ni kena cuba ni sbb umi suka masakan ada bunga kantan

Rohah said...

ada kelainan ..'ada bunga kantan'...mesti beraroma si kantan kan..

Rohah said...
This comment has been removed by the author.
Liza said...

mst wangi bau rendang ni kan, Liza mmg suka masakan yg ada bunga kantan ni...

Phong Hong said...

Biasanya, rendang tak letak bunga kantan. Mesti special ni. PH suka bunga kantan terutamaya dalam kerabu. Wangi!

Gee® said...

Ahai... gerenti sedap rendang ada bunga kantan... makan dgn pulut kunen pon sodap nih...

m.u.l.a.n said...

yummmmm yummmm sedap ni kak...

tun_telani said...

sedapnyerr!!! kukus pulut kuning, mmg mengadap 2-3 kali nih..

Norzila Zakaria said...

wahhh harus la membuka selera gini..aroma nya sampai umah zila masa akak tumis semalam tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...