Friday, May 17, 2013

Gulai Lemak Cili Padi Nangka Muda dengan Sardin

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...


Walau pun masih ketiadaan mood untuk bereksperimen di dapur... akan tetapi kewajipan untuk memasak buat hidangan keluarga masih berjalan seperti biasa.  Dah namanya seorang ibu & seorang isteri.. menyediakan keperluan anak2 & suami itu satu tanggungjawap biarpun setinggi mana darjat anda di tempat kerja.  Kesibukan bukan alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawap tersebut.  

Jom tengok resepi hari ni... resepi kegemaran en. hubby & masakan ini speciality dari keluarga sebelah hubby.. tapi resepi kali ini MaDiHaA ada ubah suai sikit ikut bahan yang ada di rumah ketika itu..



GULAI LEMAK CILI PADI NANGKA MUDA DENGAN SARDIN
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
600 gm isi nangka muda ~ dipotong kiub besar
1 tin sardin
3 cawan santan sederhana pekat
2 batang serai ~ diketuk
1 helai daun kunyit ~ dikoyak2
Garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
secubit gula

Bahan dikisar halus
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
10 biji cili padi
1 biji cili merah

Cara menyediakan
1. Nangka muda dicelur setengah masak kemudian ditos.
2. Jerang santan dengan bahan kisar, nangka & serai.  Sentiasa dikacau supaya tak membuak. Tambah garam, serbuk perasa & gula secukupnya. Bila nangka agak empuk masukkan sardin serta sosnya & juga daun kunyit.  Biar mendidih. & secukup rasa.
3. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih serta hidangan sampingan yang lain.



Selamat mencuba!

15 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
nani pun suka kalau masak lemak nangka muda ni.. kadang2 letak udang.. kadang2 letak ikan bilis je.. blom penah cuba letak sardin.. nampak sangatmemikat menu ni.. boleh cuba nanti... :) mekasih sharing.. :)

norhidana miswan said...

sardin tu buang dia nyer kuah dulu ye kak? tak penah try nih...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Nani : boleh cuba campur dgn sardin atau mackerel.. sedap!

Dana : tak perlu buang kuah.. campur semua.. dlm resepi takde arahan buangkan kuah/sosnya.. hihi..

hazila said...

Saya tak pernah cuba masak dengan sardin tapi kalau dengan ayam pernahlah.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Ya Allah, tak pernah membayangkan yang sardin boleh masak dengan sayur nangka, unik sungguh masakan ini. Kalau masuk Masterchef mesti menang sajian terbaik, mesti sedap sampai jadi hidangan tradisi keluarga sebelah hubby Kak Madiha.. betul tak?

Adoiiii.. kecur tak tertahan!!

Qhaifa Nur said...

Kak Madiha, gulai tuh campur dengan sardin dan kuahnya...bole bayang kesedapannya...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

boleh cuba ni...tak pernah try lagi ni...

Bbwana adienia said...

salam kak madihaa..

sayur nangka tu sangat la suka makan..favourite sangat..sedap..

ieda immi said...

MAK AIHHH
nangka lemak suke
tapi saya x pernah cuba dgn sardin
haa nanti nak try
haishhh akak nie ! ;)

Lesung Batu said...

kak madiha..sy dah lama tak makan nangka..nampak sedap laaa..

Azian Elias said...

kat jogja kalau lauk nangka ni panggil gudeg.. traditional..

Azlita Aziz said...

Salam Madiha

Alaihaiii.. menariknya.. tak pernah rasa lagi ni bila sardin bergabung dgn lemak nangka.. nanti boleh cuba
menarik..

umi's cup cake said...

Salam kak madiha,
tak pernah plak tau yg boleh tambah sardin...ini mesti sedap kan...terliur la plak

rahel said...

Salam Kak Ratna...Nampak macam buat janji jer...kita pun masak gulai lemak nangka muda hari ni...memang menyelerakan...pastu kita gandingkan dengan ikan sambal cili...

Amie said...

Selamat pagi Madiha,
kalau begini punya gaya masakan dah cukup lengkaplah tu...makan dengan nasi putih, tak payah fikir lauk lain lagi dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...