Tuesday, May 14, 2013

Kucai Goreng Berkelapa

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua....




Hari ni nak kongsi resepi ringkas yang sangat memikat selera kami suami isteri.  Pertama kali tengok Azian pos di blog hati MaDiHaA terus terpikat!  Rupa-rupanya bukan saja MaDiHaA yang dah terpikat.. Mat Gebu awal2 dah mencuba dulu... hehe.. syabas Mat!  Laju betul ko ye Mat.. hehe...  Akak ni biasalah.. enjin lambat sikit nak jalan walaupun dalam hati tak sabar2 nak mencuba.. Tapi disebabkan masa tu stok sayur kat rumah masih banyak.. kena tunggu masa yang sesuai barulah boleh cuba.  Memang tak rugi mencuba.. memang menepati selera kami suami isteri.  En. Hubby nampak je lauk ni terhidang atas meja.. belum cuba lagi tapi dah cakap... "nampak macam sedap je lauk ni..." heheheee.... Suka ibu bila dipuji.. haha.  Tapi kesian juga pada Haziq sebab dia tak makan pun lauk ni sebab ada udang... huhu.. Dia tau dia alergik udang.. walau MaDiHaA tak larang dia makan.. dia sendiri yg tak nak.. serik agaknya..

Oklah pada yang suka dengan sayur kucai & style masakan ala2 masakan mamak ni bolehlah cuba ye.. memang sedap!  Terima kasih pada Cikgu Azian yang sudi berkongsi resepi yang diperoleh dari kawannya... Kalau kat kedai mamak tu.. ada bermacam versi sayur yang pernah MaDiHaA nampak diaorang campurkan dengan kelapa... kadang2 diaorang ada tambahkan serbuk kunyit & sayur tu jadi warna kuning2 gitu... Lepas ni bolehlah gunakan resepi asas ni untuk versi sayur2 yang lain pula... TQ so much Azian. MaDiHaA mohon izin share resepi kat sini pula ye kalau2 ada yang nak cuba..




KUCAI GORENG BERKELAPA
Resepi : Aziancollections
Sumber : MaDiHaA aka Ratna 


BAHAN-BAHAN
1 ikat daun kucai ~ Cuci dan keringkan
1 genggam kecil kelapa parut (putih saja)
200gm isi udang (udang putih kecil lebih sedap)
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar ~ potong kasar
2 tangkai cili kering
1 tsp biji sawi (Skip klu tak suka)



CARA MENYEDIAKAN:-
1. Tumbuk bahan yang bertanda *. Potong daun kucai sepanjang 2 inci.
2. Bersihkan udang dan cuci serta toskan.
3. Gunting cili kering ikut citarasa.
4. Tumbuk sedikit kelapa parut supaya tidak kasar.
5.Tumis biji sawi, cili kering dan bahan yang di tumbuk sehingga kekuningan.
6. Masukkan udang dan bawang besar. Gaul rata. Masak sebentar udang. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
7.  Masukkkan pula daun kucai dan kelapa parut. Gaul rata dan masak sebentar supaya daun kucai tidak terlalu layu.

Selamat mencuba!

18 comments:

rostina76 said...

salam k.madiha….hehe, ros pun terliur tgk k.azian buat tu sbb mmg hantu kerabu pun tapi tu le, k.diha enjin lambat start saya mmg enjin tersumbat terus. hahaha!!!
btw rasa nok kena try gok ni. menu sihat ni

rostina76 said...
This comment has been removed by the author.
JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
ohhhh macam ni masak kucai pun ada ye.. nani memang macam baru pertama kali nampak... boleh gak cuba nanti.. selalu kalau kucai nani wat cucur and kalau wat sayor nani campur taugeh je tumis mcm biasa pecah telo.. nanti leh wat masak camni, sbb akak cakap sedap tu.. terliur skali..

dapurCikWan said...

assalam kak.. teliur pulak pagi2 ni..hihi :)

norhidana miswan said...

msti sedap nih kak, dana dulu tak suke syr kucai nih, skrg suke sgt2.... akak penah mkn dia punye akar yg mcm bwg tuh? sedap kalu syr tumis

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

ermmm sedap-sedap...nanti nak try kak...

Sheila Shafeareen said...

salam kak..wahhh sdp tu mcm seakan kerabu pulak...hemmm bila di tumis pasti harum...mkn pulak dgn nasi panas2 pehh laju je....

Liza said...

bestnya, nmpk cm kerabu je...tambah lg resepi syuran...thnx madihaa

ieda immi said...

sedapnyee kak
mengiurkan ! ;)

Qhaifa Nur said...

sedap juga letak daun kucai ni...
kalau masak sayur, Nur suka campur daun kucai ni...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah sedapnya Ratna... kucai ni akak seorang jer suka, en suami dan anak2 tak suka... jadi kalau nak makan beli dikedai jer :D

Ratu Hatiku said...

nmpk mcm sedap je kak..leh la cuba. Selalu kucai saya buat cucur jerk.. :)

Amie said...

ooo menariknya resepi ni Madiha... Amie memang suka makan kucai... senang2 nanti kalau ada kucai bolehlah cuba resepi ni.

Phong Hong said...

Mmm.....belum rasa pun dah pasti sedap! Nanti PH cuba sebab ade kucai kat garden :)

Azian Elias said...

tak pernah makan.. sedap agaknya yee..

rahel said...

Waa nampak sedap...kita pernah buat daun kucai ngan kelapa ngan ikan bilis kering....

Hafizah Mohamad said...

assalamualaikum kak..sedapnya...x tahu pulak kucai boleh dijadikan sayur....he he he...selalu letak dlm jemput2 jer....

Rohah said...

Mmg nampak sedap sangat lah kak..boleh try next time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...