Belum habis lagi cerita pasal balik kampung. Wajib kongsi kat sini sebab MaDiHaA seronok tak terkata sebab dapat makan sayur umbut kelapa masa balik kampung baru2 ni. Dah lama tak jumpa sayur umbut tu tau.
Bila jiran sebelah rumah pelawa umbut kelapa yang ditebangnya.. apalagi.. seronok tak terkata dibuatnya. Sebenarnya ada cerita sedih dalam tahun lepas pasal umbut kelapa ni tau. Waktu kami balik kampong mertua, kami ternampak 2 pokok kelapa dah kena tebang! Rupanya2 mereka tebang kelapa sebab nak besarkan bahagian bilik air rumah (memang kami tau sebab projek tu memang projek perkongsian adik beradik suami). Alamakkkk... kenapalah tebang kelapa tak tunggu waktu kami balik kampong. Sedihnyaaaa sebab umbut kelapa tu rosak macam tu saja sedangkan umbut tu memang sayur kegemaran MaDiHaA.. sedih betul! Selang beberapa bulan balik pula rumah ma MaDiHaA... macam tu jugak yang berlaku. Ma upah orang tebang kelapa sebab pokoknya dah tinggi sangat. Macam tu juga umbutnya tiada siapa yang ambil. Rasa nak nangis pun ada terkilan usah cakaplah. Kenapalah mak & ma tak tunggu waktu kami balik baru tebang. Boleh juga ambil umbutnya tu. Boleh tak bayangkan betapa MaDiHaA rasa terkilan & sedih dengan 2 kejadian tu? Benda yang kita suka.. yang susah nak dapat.. yang kita tak sangka2 yang mak kita akan tebang pokoknya, tiba2 bila kita tengok pokoknya dah ditebang.. sedih sedih.. tapi kesedihan MaDiHaA tidaklah terucap pada kedua2 mereka sebab tak maulah mak & ma rasa bersalah pulak. Benda kecik je pun.. hehe.. MaDiHaA hanya ucapkan pada suami tersayang sahaja. Dia je yang faham apa yang MaDiHaA rasa sebab dia pun rasa perkara yang sama sebab dia pun suka juga makan sayur umbut tu.. hehe..
Mungkin nak jadi rezeki kami balik bercuti baru2 ni jiran sebelah rumah tebang pokok kelapanya yang tumbang ke jalan. Pokoknya taklah besar sangat, jadi umbut tu pun tidaklah begitu besar. Dia dah pelawa kat orang lain tapi takde siapa yang mau umbut tu. Dia sendiri tak berani nak makan mungkin sebab takut bisa badan kot maklumlah orang kata bila dah berumur.. tak elok makan benda2 berangin. Bila jiran pelawa kami.. wahhh.. ibarat orang mengantuk disorong bantal... rezeki jangan ditolak.. hehe.. Suami pun tahu yang umbut tu MaDiHaA dah lama teringin nak makan.. dia sendiri pun suka juga.. tanpa disuruh2 terus dia pikul batang kelapa bahagian pucuk tu ke depan rumah & terus dikerjakan untuk dapatkan umbut tu.. hehe.. Terima kasih abang! Terima kasih juga poksu bagi umbut tu.
Maka.. dapatlah seperiuk besar sayur umbut. Dapat makan 2 round untuk keluarga besar kami sebab masa tu keluarga pakcik pun ada, adik yang kat Klang pun ada balik jugak. Memang puas makan.. barulah puas hati.. hehe... Oh ya.. sayur umbut ni ada pantangnya tau. Kalau boleh jangan dibiarkan bermalam ye. Maksudnya kalau nak makan umbut.. masaklah umbut yang baru ditebang tu terus jangan dibiarkan esok atau lusa. Yang dibiarkan bermalam tulah yang jadi bisa2 badan kalau jenis badan tak tahan sebab umbut tu dah masuk angin. Jika tak sempat nak dimasak terus hari yang sama.. sebaiknya umbut tu direbus sekejap kemudian toskan airnya. Bila sejuk simpan dalam peti sejuk untuk dimasak keesokkan harinya. Jangan biarkan umbut tanpa direbus ye. Kalau tak nanti sakit badanlah jawapnya. Lagi satu.. kebiasaannya menu orang pantai timur bila nak masak umbut mesti menggunakan lada hitam. Lada hitam berfungsi untuk memberi rasa panas jadi ia boleh melawan bisa/angin tu. Sebab tu kalau nak masak lemak atau kerabu umbut memang wajib letak lada hitam. Itu je petuanya.
Masak Lemak Lada Hitam Umbut Kelapa
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
1 perdu umbut kelapa saiz sederhana
1 biji kelapa parut (kalau kelapa saiz kecil spt terjual kat KL ni guna 2 biji)
garam secukup rasa
Bahan tumbuk
6 - 8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam ~ tumbuk halus
2 - 3 ekor isi ikan rebus (ikan sardin/selayang/kembung) (jika tiada boleh ganti dengan segengam ikan bilis)
2 inci kunyit hidup (jika tiada boleh ganti kunyit serbuk secukupnya)
Cara menyediakan
- Umbut kelapa dipotong saiz sesuai. Cuci bersih. Kelapa diperah santannya & ambil santan secukup kegunaan. Agak2 ye sebab MaDiHa tak sukat.
- Masukkan umbut ke dalam periuk yang besar, tapiskan santan ke dalam periuk berisi umbut & masukkan bahan2 tumbuk. Tambah garam secukupnya & masak hingga mendidih. Kacau sentiasa supaya santan tak membuak.
- Bila umbut dah lembut & dah secukup rasa, bolehlah dimatikan api & hidang.
5 comments:
assalamualaikum Madihaa
umbut kelapa yg fresh mmg sedap sangat dimasak lemak, baru ni kaknoor pun ada masak lemak jugak tapi dengan cekur manis belum smpat update ni..best jugak kalau letak lada hitam lebih pedas2 gitu kan
SALAM MADIHA
LAMA TAK MAKAN UMBUT MASAK LEMAK PUTIH + SAMBAL BELACAN + IKAN MASIN SEDAPNYA...
YG NI PON NAMPAK SEDAP TERLIUR
sedap nya lahai masakan yang dari kampung2 ni.....xdapat kan bandar....
perkkkh sodap nih kak... dana klu tingin nk msk umbut nih selalu cari kt psr tani msti ada nyer... msk lemak lahai sedp nyer kak... udahla rasa dia manis2 gitu kn
assalamualaikum akakkkk
ala.. terasa rasa dlm mulut makan lauk ni time kenduri. dia punya sedap tu dari lidah membawa ke hidung maka lalu ke tekak dengan lembut nya. waduh dong!!!!
Post a Comment