Tuesday, May 18, 2010

Muffin Pandan



Dah lama rasanya tak menggodek muffin kat dapur aku ni..... Jumaat malam yang lalu.. selepas selesai makan malam.. rajinkan diri membancuh muffin pandan yang memang dah lama teringin nak buat. Hasilnya...... emmmm... memang sedapppp!! Resepi ambil dari FP Kak Rinnchan...asal dari Cari.com.. memang dah lama print resepinya.. Terima kasih kak Rinnchan & empunya asal resepi untuk resepi muffin ni yer... bila hampir masak.. harum semerbak bau pandan seluruh dapur ku... hehee... Alhamdulillah.. suami & anak2 kata sedap.. lain kali bolehlah buat lagi...

Izinkan sy C&P resepinya kat sini ye kak Rinn..




Sumber : Cari.com (copy FP Rinnchan)

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor (MaDiHaA kurangkan ke 100 gm)
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.

3 comments:

izahdaut said...

kak madihaa montoknya muffin ni..sukeeee..mmg sedap kan dan wangiii je

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

izahdaut: a'ahh.. mmg montok.. mcm tuan dia.. ngeee... betul tu.. sedap & wangi..

suesofieyya said...

sempat buat muffin lg tengah2 mlm..betoi ibu yg rajin walaupun bekerja..tahniah dr sue..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...