Monday, May 3, 2010
Bakso Tauhu Kuah
Sebut je Bakso.. mesti semua terbayangkan bebola dagingnya tu kan? Bakso ku kali ni agak lain sikit dari bakso yang biasa orang buat tu sebab ianya telah digandingkan dengan tauhu. Masak kuahnya pun senang yang amat... Selalunya bakso ada disertakan sosnya.. tapi resepi ni takde ler pulak.. Oleh kerana tekak lebih selera makan yang terasa pedas2 sikit.. so aku memandai tambah sambal kicap, hirisan kobis & limau kasturi.. ikut selera masing2lah kan! Resepi asalnya aku ambil dari Majalah Sedap keluaran yang pertama dulu.. (banyak resepi yang aku berkenan dlm Majalah Sedap keluaran pertama nih!) Saja nak mencuba kelainan.. hari2 makan nasi pun jemu juga...
Ni resepinya kalau ada yang teringin nak mencuba..
Bahan-bahan
2 keping tauhu (aku guna 3 keping)
25 gm tepong gandum
100 ml air
1 ketul kiub lembu
100 gm daging lembu cincang (aku guna 140 gm daging kisar Ramlee)
100 gm tepong kanji (aku guna tepong kentang)
1 biji putih telur
1 tangkai daun bawang ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ tumbuk lumat
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
3/4 sudu teh garam
Bahan2 Kuah
2 liter air
4 ketul kiub lembu (aku guna 2 ketul jer)
2 sudu makan bawang merah goreng ~ dicincang (aku guna 2 ulas bawang merah dihiris nipis ditumis utk masak kuah)
garam secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
2 tangkai daun bawang ~ hiris halus
Bahan Pelengkap
300 gm bihun ~ direndam & celur ~ tos (resepi asal tulis 75gm.. mungkin typing error kot)
limau kasturi (MaDiHaA tambah)
sambal kicap (kicap + cili padi + gula) (MaDiHaA tambah)
hirisan kobis atau taugeh (MaDiHaA tambah)
Cara Membuatnya
1. Tauhu dipotong tiga segi & dibelah dua untuk setiap keping. Rendam selama 15 minit dalam 500 ml air dan 1/2 sudu makan garam. Toskan.
2. Masak 100 ml air + kiub lembu lalu masukkan tepong gandum dan kacau2 hingga likat. Angkat & sejukkan.
3. Campurkan daging cincang, tepong kanji, putih telur, daun bawang, bawang putih, serbuk lada sulah, garam & bahan yang dimasak tadi lalu diuli sehingga rata.
4. Intikan diatas tauhu yang dipotong tiga segi tadi sehingga habis. (MaDiHaA punya ada lebih so aku just bulat2 kan je)
(Note MaDiHaA: lepas diintikan... susun dlm loyang. Gunakan lidi pengcungkil gigi lalu cucukkan ditengah2 tauhu supaya semasa dimasak, inti dpt melekat betul2 pada tauhu.. kalau tak buat gini.. ada sebahagiannya.. inti akan gelungsur dari tauhu.. ikut pengalaman sendiri ler ni )
5. Panaskan periuk pengukus. Kukus selama 25 minit atau sehingga benar2 masak. Jangan lupa buangkan lidi pencungkil gigi sebelum dihidangkan.
6. Untuk membuat kuah.. Panaskan sikit minyak lalu tumiskan bawang merah yang dihiris sehinggga wangi dan keperangan. Tambahkan 2 liter air, kiub daging, lada sulah & garam. Renihkan sehingga mendidih. Biar secukup rasa. Akhir sekali.. masukkan hirisan daun bawang.
7. Siap untuk dihidangkan bersama bihun, bakso tauhu & bahan2 pelengkap yang lain.
Selamat mencuba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam, sedapnya bakso..
yummy.. sedapnya kak..
Post a Comment