Thursday, May 13, 2010
Savoury Rice Porridge
Ini dia resepi bubur nasi yang aku masak utk anak2 masa dorang demam.. resepi adaptasi dari resepi bubur oat pedas hari tu.. memang sedap!! Thanks to empunya asal resepi.. untuk bubur nasi ni.. aku ada tambah sikit bahan lain..
Bahan2
2 pot beras ~ cuci bersih & rebus dengan air secukupnya hingga kembang.
1 biji bawang besar ~ hiris memanjang
1 cawan isi ayam ~ dipotong kiub
1 batang carrot ~ dipotong kiub
1 inci halia ~ hiris nipis & memanjang halus
1 1/2 sudu besar serbuk rempah sup
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 inci kayu manis
2 cawan santan
1 s/k lada hitam ~ ditumbuk halus
1 s/k halba
1 kiub ayam
garam secukup rasa
sedikit gula
sikit minyak zaitun
Bahan2 Tambahan
daun bawang ~ dihiris
bawang goreng secukupnya
ikan bilis goreng secukupnya
Cara2:
1. Sementara beras kembang. Dalam periuk yang lain tuang sikit minyak zaitun dalam periuk.
2. Tumis bahan2 rempah spt kayu manis, bunga lawang, cengkih & halba sebentar.
3. Kemudian masukkan bawang & halia. Tumis hingga bawang layu.
4. Tambahkan rempah sup yang telah dibancuh dengan sikit air. Masukkan lada hitam tumbuk. Tambahkan sedikit sahaja air.
5. Masukkan ayam, lobak merah & kiub ayam. Renihkan hingga ayam masak. Bila ayam nampak dah masak segera tuangkan ke dalam periuk berisi beras yang dah kembang tadi. Tambahkan santan, garam & gula secukup rasa.
6. Biarkan mendidih. Jika bubur nampak pekat boleh tambahkan air & biar merenih. Rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah biar secukup rasa.
7. Waktu menghidang taburkan dengan ikan bilis goreng, daun bawang & bawang goreng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment