Friday, May 14, 2010

Kuih Buah Peria



Salam Jumaat buat semua..

Hari ni.. aku nak kongsikan kuih minum petang yang aku buat beberapa minggu yang lepas. Terpikat dengan rupa buah peria ni semetelah kat rumah ada sikit keledek pemberian makcik.. maka teruslah projek kuih ni dijayakan.. hehe..

Kalau kawan2 nak tau.. sebenarnya resepi kuih ini sama dengan resepi kuih masyarakat Cina iaitu Kuih Angku. Bezanya disini cuma penggunaan warna & bentuknya sahaja. Walaupun aku dah lama teringin nak buat kuih angku yang warna merah/oren tu.. tapi niat tu masih tersimpan lagi sebabnya aku takde acuan angku tu.. Bila aku terpandang dalam fotopages Wila Chin tempohari masa dia buat kuih angku dengan berbagai bentuk.. aku tertarik dengan bentuk buah peria yang dia buat.. terus berkobar2 nak mencuba. Aku fikir rasanya tetap sama dengan kuih angku yang original sebab bahan2 nya semua sama.. Cuma kuih aku bentuk buah peria & gunakan warna hijau itu saja.. Lain kali bila dah ada acuan angku.. aku buat pulak versi warna merah/oren.. hehehe..

Jom intai resepinya.. TQ Wila sudi kongsi resepinya.. akak tepek resepi yang akak dah taip balik ni kat sini ye..

Sumber : Wila Chin

Bahan2 Untuk Doh
300 gm tepung pulut
150 gm keledek (timbang setelah dikupas kulit) (sebaiknya guna keledek isi putih agar warna yang kita gunakan lebih menyerlah ~ kalau kita guna keledek purple ker.. sure warna lari..)
240 ml air + pewarna hijau
4 s/b gula kaster
40 ml minyak

Bahan2 Inti
250 gm kacang hijau tanpa kulit
10 s/b gula
1 s/k garam
2 cawan air (boleh tambah or kurangkan ikut kesesuaian)

Bahan2 tambahan
daun pisang atau plastik secukupnya
minyak masak

Cara-cara masak inti:
1. Kacang hijau dicuci bersih kemudian direndam 4 jam atau 1 malam.
2. Toskan kacang & jirus air paip. Masukkan dalam periuk bersama air dan masak seperti kita masak nasi.
3. Apabila ia menggelegak dan airnya hampir kering kecilkan api (seperti kita tanak nasi) lalu tutupkan tudung periuk.
4. Agak2 kacang dah empuk (hendak tahu masaknya cuba picit biji kacang itu) & bila dah lembut maka bolehlah dimasukkan gula & garam. Kacau2 hingga gula larut dan sebati & inti agak kering.
5. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan ke beberapa bahagian kecil.

Cara-cara buat kulit:
1. Rebus keledek hingga empuk. Bila dah empuk masukkan dalam blender & campurkan dengan air.
2. Dalam sebuah bekas, masukkan tepong pulut, gula & garam. Lalu tuangkan keledek yang telah diblender tadi ke dalam tepong.
3. Uli bahan2 tadi sehingga sebati. Akhir sekali masukkan minyak dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Bahagikan doh ke beberapa bahagian (menyamai jumlah bebola inti tadi) lalu bulat2kan.
5. Untuk membentuk buah peria (sila rujuk gambar di bawah), sediakan plastik yang bersih. Masukkan inti ke dalam doh lalu tutupkan inti. Bentukkan doh menjadi bentuk lonjong sikit. Letakkan di atas plastik tadi lalu digulungkan seperti gulungan gula2. Kemaskan kiri & kanan lalu tarik kuat2 kedua2 hujung plastik agak terbentuk garis2 pada doh & seakan2 menyerupai buah peria (takde 100% macam buah peria.. hehe). Buka gulungan dan susun dulu dlm pinggan bersih. Buatlah doh selebihnya sehingga habis.

6. Panaskan periuk pengukus dengan air yang mencukupi. Sediakan daun pisang atau plastik alas berukuran 4cm x 8 cm atau agak2 muat untuk letak 'buah peria' tadi. Sapukan sedikit minyak pada daun pisang / plastik tadi lalu letakkan buah peria di atasnya dan susun dalam pengukus. Buat hingga habis.

7. Bila air dah mendidih.. kukuskan kuih selama 8 minit atau sehingga masak bergantung saiz kuih anda. (jika kuih lebih besar, lebihkan sedikit masa mengukus TAPI jangan terlalu lama nanti kuih terlalu kembang & hilang pulak rupa paras buah peria tadi)
8. Bila dah masak.. hidang kuih sebagai minum petang. Memang sedap!





Selamat mencuba!

7 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

lamanya dah tak mlk kuih ni... sedap

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

alamak... apa ku eja tu 'mlk'??? makan sbnrnya, typng error, sowey.. hik2

cikmanggis said...

terima kasih kerana kongsi resepi ni,masa kecik2 dulu selalu makan kuih peria ni..warna warni..merah ada,kuning ada...insyallah nnt nak cubs.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Sari Yusa : itulah.. akak pun lama dah teringin nak mkn kuih ni.. tu yg buat juga walaupun takde acuan angku..

cikmanggis: sama2 CM... org dulu2 mmg kreatif kan..

anok tok we jusoh mok we yah said...

baru jumpa tengahari tadi dah bepuloh tahun tak pernah makan lagi..ada 5 biji lagi ni..hehehe

Ashikin said...

Wah menarik warnanya...inti kelapa pun best huhu

Unknown said...

Piiiwiittt cantiklah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...