Friday, December 17, 2010

Daging Goreng Sawi Asin


Salam Jumaat penghulu segala hari... Semoga kita semua berada dlm lindungan Allah S.W.T sentiasa.. amin...

Untuk menu hari ni.. masakan yang dimasak beberapa minggu yang lalu.. sungguh lama menunggu giliran untuk masuk blog.. almaklum.. tuan blog ni update slow & steady... tak kisahlah kan.. yang penting semua resepi yg pernah dicuba mesti diabadikan dalam blog ini sebagai rujukan di masa akan datang & juga rujukan anak2 kelak... kalau ada antara pengunjung yang ingin mencuba pun sangat2 dialu2kan.. itulah tujuan kita berkongsi resepi betul tak?

Resepi Daging Goreng Sawi Asin ini dikongsikan oleh Ayu Singapore.  Bila tengok bahan tambahannya sawi asin.. terus rasa kecur air liur.. Biasanya aku campurkan sawi asin dalam kuah asam pedas.. Kali ni ada kelainan sikit sebab campur dalam lauk bergoreng.  Kebetulan nak habiskan daging korban yg masih berbaki.. (sekarang daging korban hanya tinggal daging kambing saja yg belum dimasak) jadi aku pun cubalah resepi ini.  Alhamdulillah.. sedap & kena dengan selera aku & suami.. anak2 pula. hanya makan daging sahaja.. maklumlah... ibunya ini jarang sangat masak gunakan sawi asin tu.. sebab tu anak2 tak pandai nak makan...

Terima kasih pada Ayu yang sudi berkongsi resepi keluarga Ayu ni ye.  Minta izin MaDiHaA letak resepi di blog MaDiHaA pula ye...tapi lauk MaDiHaA tu nampak macam pucat sikit  warnanya agaknya terlebih letak daging kot... maklum tak timbang pun daging.. main agak2 aje nak habiskan daging yg ada... walaupun warnanya tak sama mcm yang Ayu masak tu.... rasanya tetap sedap!

Sumber : Ayu

Bahan2
500g  daging  dihiris tipis- direbus dengan sedikit air & sedikit halia kisar hingga empuk.
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
sedikit garam & perasa
(Campurkan bahan2 atas lepas daging direbus dan perap sekejap)

350g sawi asin-(pickled mustard leaves) -bilas beberapa kali supaya tak masin dan hiris
1 biji bawang besar dihiris bulat
2-3 biji bawang putih dihiris tipis
1 inci halia dihiris tipis
10-15 biji cili api dihiris atau ketuk -(ikut kepedasan)-(Ayu suka lagi pedas)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 biji limau sambal diambil jusnya
sedikit air
garam & perasa secukupnya - gunakan sedikit, kalau perlu

Method:-
Gaul daging yang telah direbus hingga empuk tadi bersama sos tiram, kicap manis, garam & perasa dan perap sekejap. Panaskan minyak, dan goreng daging yang telah diperap tadi hingga agak garing.
Bila sudah masak, ketepikan ditepi kuali. Masukkan bahan2 hiris- bawang besar, bawang putih, halia & cili padi dan gaul hingga layu. Satukan daging dengan bahan2 tadi hingga rata.
Masukkan sawi asin yang telah dibasuh dan hiris, gaul lagi. Masukkan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap manis, sedikit air & jus limau sambal, gaul rata. Rasakan kalau needs to tambah garam & perasa tambahlah ya ikut keperluan masing2. Bila semuanya dah secukup rasa, matikan api, siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...