Tuesday, December 14, 2010

Lemak Meranti Dengan Telur Tebu


Assalamualaikum...

Hari ni update resepi ringkas aje.. ini sebenarnya.. adik ku yang masak masa kat kampong tempohari.. Tapi aku nak update juga sebabkan sayur yang dimasak ini jarang2 dapat ditemui terutama kat bandar2 ni.. Adikku terpaksa campurkan telur tebu ni dengan sayur meranti memandangkan hanya ada beberapa tangkai telur tebu... kalau nak masak telur tebu saja dapat sikit sangat.. jadi dia campurkan dengan sayur meranti... sedapp!!

Sayur meranti mungkin ramai yang dah kenal... tapi kalau sebut  telur tebu mesti ada yang tak tau... betul tak? Telur tebu yang dimaksudkan ialah sayur yang berasal dari pokok tebu.  Rupanya setelah dipotong2 seakan2 kobis bunga (cauliflower) akan tetapi bentuk asalnya panjang2 gitu.  Rupa asalnya sebelum dikopek kulit tak ubah seperti rupa jagung muda (podak jagung). Bila dikopek kulitnya.. maka terserlahlah isinya berwarna keputih2an saling tak tumpah seperti kobis bunga.  Telur tebu ni asalnya memang dari pokok tebu.  Akan tetapi bukanlah dari spesis pokok tebu yang biasa kita mesin jadikan air tu... tapi batang pokok tebu ini lebih kurus & tidak berisi seperti tebu yang diproses airnya.. Telur tebu ni akan keluar dari bahagian yang hampir ke pucuk iaitu keluar dari celah2 daunnya... kat bawah ini ada contoh rupa telur tebu yang belum dibuka kulitnya gambar ikhsan dari  Midie Merapoh yang dicari dari google... terima kasih Midie Merapoh!

 

















Tiga longgok telur tebu yang dijual di pekan sehari di Temerloh. Gambar ikhsan dari Midie Merapoh

Ok jom tengok resepinya.. resepinya sama saja seperti sayur lemak putih yang lain.. cuma bahan asasnya saja yang agak istimewa & jarang2 ditemui... yang penting.. telur tebu ini memang sedap... maniss2 gitu...

Bahan2
1 ikat sayur meranti
4 ~ 5 tangkai telur tebu ~ kopek kulit & potong kecil
santan secukupnya
1 biji bawang besar ~ belah 8
2 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 biji cili merah  ~ belah 2
sejemput ikan bilis ~ kopek kulitnya
garam & perasa secukupnya

Cara2
1. Sayur meranti disiang, celur sebentar & tos airnya (tujuan utk mengurangkan pahit meranti).
2. Telur tebu dibuang kulit & potong2kan.
3. Jerang santan bersama bawang besar, bawang putih, ikan bilis serta garam. Bila dah mendidih.. masukkan cili merah, sayur meranti & telur tebu.  Tambahkan bahan2 perasa secukupnya dan biar telur tebu empuk sedikit. Biar secukup rasa & bolehlah dipadamkan api.


Selamat mencuba!

7 comments:

~~zAnAfAhMi~~ said...

baru ni tau, tebu pun ada telur ye?
rasanya sampai bila2 pun takkan jumpa...

Sizuka said...

Telur tebu? Telur tebu tu nama sayur or ambik from pokok tebu?

Sari Yusa Ibrahim said...

suka makan sayur meranti, tapi tak pnah memasaknya sndiri... dapnyaaaaaaaaa

Aishah @ Ariffin @ Aqil said...

tak pernah raa lagi nih...pelik gak tebu ade telur ekk...

wati said...

first time dgr tebu telur...blog akak byk mmperkenalkan masakan tradisi pantai timur...sy suka

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ZANAFAHMI: a'ah zana.. tebu pun bertelur.. hehehe.. tp bukan semua pokok tebu bertelur.. hanya spesis yg ini saja yg bertelur... skrg ni musim agaknya.. kg rumah akak kg kg ada beberapa pokok semuanya sedang keluarkan telur.. masa akak blk kg mertua pun mertua ada ckp jirannya ada bagi telur tebu beberapa hari sebelum akak blk..

SIZUKA: telur tebu tu memang datangnya dari pokok tebu... dia keluar lebih kurang macam buah jagung.. keluar dari celah daun tapi di bahagian pucuk... cuma bezanya jagung hanya berbuah sebiji atau dua saja bagi sepokok jagung... tp telur tebu ini boleh keluar tanpa henti sehingga habis musimnya & pokoknya tak mati mcm pokok jagung.

SARI YUSA: sayur meranti mmg sedap.. tp payah nak jumpa kat bandar2...

AISHAH: kalau tak pernah jumpa mmg pelik.. hehe.. rasanya belah2 pahang & pantai timur senang nak jumpa telur tebu ni.. negeri lain tak pastilah pulak..

WATI: ye ke wati? hehe.. akak kan pejuang makanan tradisi terutama tradisi trengganu sebab akak kan asal dari sana.. jd siapa lg yg nak perkenalkan makanan trengganu kalau bukan anak trengganu.. betul tak?

Gudeg Lalas said...

Banteng88 | Agen Bola | Agen Judi | Agen Sbobet
Agen Bola
Agen Judi Online
Agen SBOBET
Agen IBCBET
Agen CASINO
Poker Online
Agen Judi Terpercaya
Prediksi Bola
Bandar Judi
Bandar Bola
Judi Online
Bola Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...