Monday, December 6, 2010

Lontong Goreng Basah
























Salam semua....

Meh layan lontong goreng ni yer.. Sebenarnya.. dah lama juga masak lontong goreng ni.. kes nak perabihkan ketupat mini segera yang tak habis masa raya haji tempohari.. Pernah makan sekali lontong goreng ni di rumah kawan... masa tu aku belum kawin lagi.. hehehe.. punyalah lamakan?  Mula2 tengok tu rasa macam pelik juga bila ketupat nasi digoreng.. sebab masa tu belum pernah nampak dalam mana2 blog lagi & masa tu juga aku pun belum kenal blog, belum kenal FP malah internet pun tak tau apa lg masa tu.. kihkihkih.  Dalam beberapa tahun kebelakangan ni barulah  ternampak menu lontong goreng ni dalam blog teman2 termasuk dlm blog sifu masakan kita sapa lagi kalau bukan Mat Gebu... tapi masa tu tak ambil pot pula nak salin resepi.  Bila hari cuti ada kat rumah nampak ketupat ada baki dalam peti ais barulah terasa nak goreng sebab takut simpan lama2 nanti rosak pulak.. Oleh kerana takde resepi rujukan.. aku pun main taram jelah goreng ikut naluri sendiri.. ni kiranya versi sendiri ler ni.. ala.. bukan susah pun.. goreng serupa nak goreng mee jugak... cuma bahan asas je tukar sikit2... ikut apa yang ada dlm esbok.. oleh kerana aku goreng basah2 sikit.. so bagi nama Lontong Goreng Basah la ye.. hehehe...

































Ok ini resepinya untuk rujukan sendiri, anak2 & mana tau jika ada yang ingin nak mencuba...

Sumber : MaDiHaA

Bahan2
10 biji ketupat mini segera ~ dipotong ikut saiz & bentuk kesukaan (MaDiHaA potong panjang2)
1 cawan hirisan daging batang pinang (boleh juga guna daging biasa tp kena masak lama sikit)
3 sudu besar cili kering + bawang besar + bawang putih + sikit halia yang siap dikisar
5 urat kacang panjang ~ potong serong 
1/2 tapisan hirisan kobis (boleh letak apa2 sayur kegemaran)
1/2 kiub ayam
2 biji telur
1 cawan air (atau secukupnya untuk empukkan daging)
minyak masak secukupnya
3 s/b kicap manis
2 s/b sos tiram
1 s/b kicap pekat

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan cili, bawang & halia kisar hingga wangi & terbit minyak. Masukkan daging dan kacau rata. Bila daging bertukar warna.. masukkan air & masak hingga daging empuk. 
2. Tolak sikit daging ketepi & pecahkan telur. Biar telur beku sikit barulah dikacau rata. Masukkan kiub ayam, sayur2an serta semua sos. Kacau rata sehingga sayur layu.
3. Masukkan ketupat yang telah dihiris dan gaulkan rata2. Rasakan apa yang kurang.  Jika anda kuat masin bolehlah tambah sikit garam. (bagi MaDiHaA dah tak perlu tambah garam or bahan perasa lain sebab dah secukup rasas dah). Kemudian bolehlah dihidang panas2 bersama timun & perahan limau jika suka.

2 comments:

Shima Md. Zahar said...

salam kak..

memula saya tengok tajuk lontong goreng basah.. saya dah pelik.. sebab tak pernah makan.. tapi bila tengok cara masakan.. eh senang rasanya.....lebih kurang macam goreng mee kan kak... ermmm harus di cuba nie..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Shima : betul tu shima.. serupa goreng mee aje... bahan2 sampingan lain boleh ditukar ikut apa yg kita ada atau apa yg kita suka... thanks shima sudi singgah blog akak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...