Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, December 15, 2010

Talam Keladi


Salam & selamat pagi...

Ok... masih lagi dengan menu yg berkaitan dengan balik kampong.. aduhaii.. bila nak abis ni ye? Takpelah.. slow2lah ye.. Sebenarnya.. masak kuih ni bila dah balik ke PJ.. cuma keladinya aje yang ku beli masa kat kampong.  Tapi bukan beli kat kampong.. tapi beli masa kami 3 beradik dalam perjalanan pulang dari Kuantan dalam entry bubur lambuk tempohari... Lepas petik pucuk midin.. sempat lagi singgah satu gerai tepi jalan yang ada jual bermacam2 hasil kampong & pelbagai jeruk... Selain beli keledek untuk dibuat bubur lambuk.. sempat juga beli keladi, pisang & jeruk kelubi.. Kat kampong tak sempat buat apa2 dengan keladi tu.. jadi ku bawak balik ke Pj seketul & tinggalkan seketul kat kampong... balik ke PJ barulah menjadi kuih Talam Keladi ini...

Kat gerai inilah yg kami singgah untuk beli keladi & macam2 lagi.....


Resepinya ku ambil dari blog Mat Gebu ... Resepi asal dari Kak Nis Singapore.  Terima kasih both of u berkongsi resepi & idea... sedap kuih talam ni.. izinkan saya C& P resepinya kat blog saya pula ye..


BAHAN A :-)
300 ml santan
65 g tepung beras
1 camca teh tepung gandum (MaDiHaA bubuh 1 sudu besar)
100 g keladi, didadu, kukus 3/4 lembut dan lecek sedikit
55 g gula halus
1/4 camca teh garam

BAHAN B :-)
100 ml santan
80 g gula halus (MaDiHaA bubuh 60g je)
2 camca besar tepung beras
20 g tepung jagung
1 biji telur, pukul sedikit
Secubit garam
Sedikit pewarna ungu (violet)

CARA MEMBUATNYA :-)

   1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak (mat guna mentega), balut tutup kukusan dengan kitchen towel.
   2. Bancuh semua bahan A kecuali keladi, kacau rata dan tapis, masukkan keladi dan gaul rata. Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.
   3. Sementara itu satukan semua bahan B dan kacau hingga rata, tapis adunan dan tuang dalam loyang yang berisi bahan A tadi. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil, sambung mengukus lagi selama 15 - 20 minit atau hingga permukaan kuih talam masak.
   4. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Sapu sedikit minyak pada pisau sebelum memotong kuih.




Nota MaDiHA : MaDiHaA buat 1 1/2 adunan & gunakan loyang 4 segi ukuran 9x9 inci.


Okey... Selamat Mencuba!

1 comment:

zarin said...

my feveret ni..tapi slalunya beli je la...takut nak membuatnya sendiri :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...