Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, December 29, 2010

Kacau Goreng Tofu & Leek

Salam semua...

Hari ni tak dapat nak celoteh lebey2... agak kebizian.. so.. terus ke resepi utk hari ni... rindu nak masak tofu kegemaran ku... Jom tengok resepi...


Kacau Goreng Tofu & Leek by MaDiHaA 
Bahan2

3 silinder tofu (MaDiHaA guna tofu udang) ~ potong 6 setiap silinder & lalukan dengan air sebelum digoreng
2 batang leek ~ potong 1 inci
1 batang carrot saiz kecil ~ potong ikut suka
4 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
1/2 biji cili merah ~ dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
sedikit serbuk lada sulah
1 sudu kecil tepong jagung ~ bancuh sikit dengan air
minyak utk menumis
garam (jika perlu)
air untuk kuah

Cara2
1. Panaskan minyak untuk menggoreng tofu.  Tofu yg dah dilalukan air (kalau MaDiHaA panggil cucur air lalu) digoreng kedua2 belah hingga kekuningan. Angkat & ketepikan.
2. Kurangkan minyak dalam kuali tadi lalu tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan lobak merah & cili merah & kacau.  Tambahkan sedikit air & biar mendidih.
3. Masukan sos tiram & kicap cair. Masukkan leek & tofu dan kacau perlahan.  Renjiskan dengan sedikit serbuk lada putih. Tambah garam jika perlu & akhir sekali masukkan air tepong jagung yang dibancuh & biarkan hingga pekat sambil dikacau perlahan.  Jika terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit air ikut kesesuaian.


Selamat mencuba!

4 comments:

izahdaut said...

tofu udang..tak pernh lak ternampk..haha..sah sah jarang membeli tofu... sah wangi lauk neh kan

Ayu said...

salam madiha,
leek ni memang kita selalu tak tahu nak masak apa..boleh lah cuba next time..

Aishah @ Ariffin @ Aqil said...

salam akak...
sedap nampak menu nih...leek tu benda camne ekk?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

IZAHDAUT: a'ah.. akak pun baru ternampak kat pasaraya tofu udang.. terus rembat 3 skali. selalu nampak tofu telur aje.. tp rasa dia takdelah mcm udang sgt pun.. lite lite je...

AYU: kita pun jarang gak beli.. sebab jarang pegi pasaraya.. selalu yg beli lauknya cik abang kita.. dia beli ikut selera dia jelah.. kalau leek ni.. bertuah le dia nak beli.. hehe..

AISHAH: leek tu rupa dia mcm daun bawang.. cuma bezanya leek tu bersaiz besar.. umpama daun bawang GIANT gitu.. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com