Salam semua...
Hari ni nak kongsi resepi ayam goreng yang sedapp!! Sedap sangat ke? Anak2 yg puji sedap... bila ibunya mencuba.. ehh!! memang sedap pun.. sebijik macam ayam goreng KFC original!!! Patutlah anak2 kata sedap.. sebab KFC tu mmg feberet dorang.. Dan2 tu.. berkali2lah menggorengnya sebab anak2 dok order lagi.... hehe... Resepi asalnya.. aku ambil dari blog Mariam.. cuma.. adalah aku buat sikit ubaisuai ikut bahan apa yg ada kat dapur aku.. apa2pun.. tak banyak beza sangat.. terima kasih ya Mariam.. lepas ni.. kalau teringin nak makan KFC boleh goreng sendiri aje... jimat pun jimat.. hehe...
Sumber asal :Mariam
Diubahsuai oleh MaDiHaA
Bahan2
Bahan2
1/2 ekor ayam ~ potong saiz sederhana (MaDiHaA buang kulit!)
2 sudu besar serbuk rempah sup (MaDiHaA guna Adabi) (resepi Mariam guna rempah kurma)
sedikit garam (agak2 sendiri mcm nak goreng ayam yg biasa)
sedikit gula anggaran 1 sudu kecil
1/2 cawan tepong beras
1/2 cawan tepong jagung (resepi Mariam guna tepong tempura/tepong beras & dibancuh dgn air, MaDiHaA guna serbuk gitu je)
1 ~ 2 biji telur ~ pukul sedikit (resepi Mariam tak letak)
Oats segera secukupnya
Minyak masak untuk deep fry
Cara2 menyediakan
1. Ayam dicuci bersih & tos kering. Gaul rata & perapkan ayam dengan rempah sup, garam & gula anggaran setengah jam.
2. Panaskan minyak secukupnya. Campurkan kedua2 jenis tepong dalam satu bekas. Gaul rata.
3. Ambil seketul isi ayam & lumurkan/balik2kan ayam di dalam campuran tepong jagung & tepong beras sehingga semua bahagian bersalut tepong.
4. Celupkan ayam tadi ke dalam telur yg dipukul sedikit. Angkat lalu salutkan pula dengan oat sehingga seluruh ayam disaluti oat.
5. Goreng ayam tadi di dalam minyak yg penuh. Ulangi proses yang sama & gorenglah ayam sehingga garing ke dua2 belah.
6. Nikmati ayam begitu sahaja ataupun dicicah sos cili pilihan berserta 'side dishes' seperti coleslaw & kentang putar. (MaDiHaA hidang dengan coleslaw & sosej aje)
Selamat mencuba!
5 comments:
aritu duk ngences nengok anak yam makan.. kali nih akak pulak menayang..mmg nak kene buat la nampak gaya ayam oat nih... dah terpruk lama oat tuh tak usik2! hihihi
salam madiha,
wah kita pun ada oat banyak dlm stok, bolehlah cuba nanti..
salam...
sy dtg cuci mata kak..sdp nmpaknya ayam tu,entah bila sy nk try..
salam Madiha, nampak sedap resepi nya pun ringkas tak perlu banyak belanja. mintak izinlah k.ct amik resepi ya..mintak halal ya :) tr kasih
Sy da try husb pn ckp mcm aym kfc. Hihihi
Post a Comment