Terima kasih kepada yang sudi follow....

Saturday, December 18, 2010

Petola Tumis Air


Salam...

Resepi mudah, ringkas & menyihatkan... Layan jelah yer.. tapi anak2 suka hirup kuahnya kalau masak tumis2 air mcm ni... mak & ayahnya pulak.. kalau tumis2 air mcm ni.. kenalah ada sambal belacan pastu lawan pulak dengan ikan goreng & ikan masin.. perrghhh... habis nasi 2 pinggan tak sedar.. hehehe...

Resepi ringkas...

2 biji / 700 gm petola segi
2 keping fucuk ~ rendam & potong kecil2
1/2 gengam su'un ~ rendam & potong sikit
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit serbuk lada sulah
1 kiub ayam
air secukupnya untuk kuah
garam & perasa secukupnya
minyak utk menumis

Cara2 memasak
1. Petola dibuang segi & kulitnya yang keras.  Ada orang suka buang semua kulit. Tapi aku tinggalkan sikit kulit sebab cik abang suka berkulit. Potong ikut saiz kesukaan & cuci bersih.
2. Tumbuk bahan2 bertanda*. Panaskan sikit minyak dalam periuk lalu tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan air & kiub ayam. Biar mendidih. Masukkan petola, fucuk & su'un & masak hingga semua bahan tadi lembuk. Perasakan dengan lada sulah, garam & serbuk perasa secukupnya. Siap untuk dihidangkan.

Jemput makan semua.. hehe..

4 comments:

NoorMasri said...

Oh kegemaran akak ni...kena pulak ada ikan kering goreng..perghhhhh

M a W a D D a H said...

adah suka gak masak petola air nie..tapi adah campur ngan budu masa masak tu...yummy..

cikmanggis said...

Salam Madiha.Masakan macam ni memang menjadi pilihan kami sekeluarga.Jika ada sambal belacan kira bonus tu:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

NOORMASRI: betul tu.. gandingan yg mantap bila ada ikan kering goreng...

MAWADDAH: iyer? letak budu ye? akak lom pernah cuba lg tu... boleh try one day...

CIKMANGGIS: ini sajian sihat ni kan kak? mmg sesuai utk kita.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...