Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, December 30, 2010

Kue Tiaw Sup Cendawan


Salam & selamat pagi semua...
Hari ni seronok & gembira sungguh.....  tau sebab apa?  Hai... takkan tak tau... semua rakyat Malaysia mesti tau punya... hehe... yelah betullah tu sebab esokkan cuti... terima kasih PM yg telah mengumumkan cuti & tahniah pasukan bola sepak Malaysia yang telah menjuarai AFF Suzuki Cup 2010 dengan agregat 4 ~ 2 melawan pasukan Indonesia... Tahniah sekali lagi!!  Hehe... rasa janggal pulak bercerita pasal bola sepak ni... selalu tu dok bercerita pasal masakan aje.. ahakkss..!

Oklah... meh tengok apa yang aku masak bebaru ni... baru tak barulah jugak.. agak lama jugak.. ni sebenarnya kes nak perabiskan kue tiaw yang berlebih masa famili aku & makcik buat steamboat hari tu.... (gambar2 masa majlis insyaAllah akan update ke FP... cuma tak tau bila.. hehe).  Daripada membazir.. baik buat sesuatu.  Makcik dah buat laksam dengan kue tiaw tu... & aku pulak buatlah sup ni untuk dinner aku & anak2 masa hubby kerja shift malam tempohari.
Resepi ringkas aje... kalau nak cuba kat bawah ni resepinya ya...


Kue Tiaw Sup Cendawan by MaDiHaA

Bahan2
10 batang kue tiaw ~ dicelur sebentar, angkat & tos
7 ulas bawang merah ~ 2 ulas dihiris, 5 ulas ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1/2 inci halia ~ diketuk
1 s/k lada hitam yg ditumbuk halus
1 ketul dada ayam (dari sekor ayam) ~ dihiris nipis
2 peket kecil fish ball (135 gm x 2)
5 keping puff tofu ~ dipotong empat ATAU 10 ketul tauhu pok ~ dipotong 2 (tauhu pok tu tauhu yg orang guna utk buat tauhu teratai mkn beradap tu)
250 gm cendawan tiram ~ dibelah kecil
3 pokok sawi ~ dipotong 
1 kiub ayam
1.5 liter air
minyak untuk menumis
garam & perasa (jika suka)

Bahan Sampingan
Kicap manis
Kicap cair
Cili padi 

~ cili dihiris halus & campurkan dgn kicap ~

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang hiris hingga wangi.  Bila nampak agak kekuningan terus masukkan bahan2 tumbuk serta halia.  Kacau2 hingga naik minyak & berbau harum.  Masukkan air, kiub ayam serta lada hitam.  Biarkan mendidih.
2. Masukkan isi ayam & fish ball & biarkan hingga ayam masak.
3. Masukkan puff tofu/tauhu pok, sawi, cendawan, garam & serbuk perasa jika suka.  Biarkan sayur layu & kuah secukup rasa.  
4. Hidangkan bersama kue tiaw yang telah dicelur & digunting pendek2 serta cili kicap.

Selamat mencuba!

6 comments:

hana said...

sedapnyer sup sup cenggini.... nak buat jugak lah kak! skrg nih sejuk2 mmg sesuai beno ngan menu nih....

hazlin said...

sedapnya sup!

K.Nor said...

salam madiha, akak rasa kurang sihat ni, kalau pekena kuetiau sup ni rasanya terus segar bugar kan.. bak la semangkuk, sos kicap kasi lebih ya.. hihi

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

HANA: a'ahh betul tu.. time sejuk2 memang sesuai hirup sup suam2 kan? Leh panaskan badan.. kat sini musim hujan.. sana musim salji lagilah sojukk..

HAZLIN: pada tekak kami anak beranak mmg sedap.. hehe.. tambah anak2 akak memang jenis suka hirup sup...

K.NOR: salam kak.. akak tak sihat ke? alalala.. ciannyer... jangan lupa mkn ubat kak.. nak pelawa kat akak kue tiaw sup ni pun dah abis dah ha..

Ayu said...

salam madiha,
kita dah print dah recipe ni..bila2 tergerak nak cuba jugaklah..kita memang suka mee yang bersop2 ni..thanks ya madiha..

eamy milea said...

sedapnye....thanks kongsi resepi kt blog ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...