Salam & selamat pagi semua...
Ini kuih yang ku buat untuk sarapan & merangkap minum petang.. hehe.. Kuih yang dalam gambar ni adalah kali ke dua yg ku buat... Kali pertama buat guna gula merah. Cantik kejadiannya.. warna agak gelap sikit.. tapi.. silap satu je sebab aku buat satu adunan tu & guna loyang yang agak besar jadi kuihnya agak nipis sikit. Tak berapa comey untuk dipaparkan.. tapi rasa tetap sedap! Cik abang & anak2 suka kuih ni.. tapi dengan syarat.. kelapa musti lebeyy... hehe.. Oleh kerana cik abang suka.. aku pun buatlah lagi utk kali kedua & kali ni guna gula melaka sebab gula merah dah kehabisan. Buat kali ni aku gandakan resepi di bawah & menggunakan loyang yg sama so barulah nampak tinggi kuihnya.. puas makan.. kebetulan ada tamu datang petang tu.. dptlah hidang untuk tetamu juga. Terima kasih Che' Iza untuk resepi yang dikongsikan ye.. Boleh juga tengok versi Kak Nor & Hana. Gambar2 dorang lagi mantap! Mana boleh lawan kan.. dorang 'tembak' pakai 'senapang gajah' aku pakai 'pistol air' aje... hehehe..
Ini resepinya jika nak mencuba..
Apam Gula Melaka by Che' Iza
Sumber : MaDiHaA
Bahan-bahan
* 1 cwn air* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana ~ MaDiHaA tak tambah )
secubit garam
Cara-cara
- Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
- Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
- Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
- Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
- Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
- Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.
Selamat Mencuba !
2 comments:
akak..kite mood masih mengapam lagi ek..hahaa.. nak try jugak apam ni... masih dlm list, tak dikeluarkan lagi..hehhee...cantik potongan tu..
kikikiki... lawak la akak nih...tp pistol air nih still mengancam gak kak... leh wat lapau perot kite taw! tgh carik idea nih nak kenyangkan perot! hihihihi
Post a Comment