Assalamualaikum....
Semalam kurang sihat.. sudahnya ambil emergency leave.. Nak ke klinik pun tak daya nak drive. Blog langsung tak sempat nak jenguk. Tak tau kenapa bulan puasa tahun ni macam kurang sikit mood masak2. Mungkin jugak kerana kekangan masa.. memang hari2 sampai rumah lewat. Kalau ikutkan dalam hati tu.. macam2 nak masak.. tapi bila sampai rumah.. yang simple2 jugak yang dimasak.
Tahun lepas... Haziq belum bersekolah... jadi Haziq & adiknya Alin tinggal di rumah pengasuh yang sama. Bulan puasa biasanya staff muslim dibenarnya pulang awal setengah jam dari biasa iaitu pukul 5 petang. Tahun lepas tak banyak tempat nak kena singgah... ambil Haziq & Alin kat rumah pengasuh lepas tu terus ke rumah transit ambil beg & baju sekolah Dini kat situ. Lepas tu terus pegi jemput Dini kat sekolah dia... biasanya waktu aku sampai ke sekolah.. Dini pun dah siap menunggu. Tahun ni.. sejak Haziq bersekolah tadika (5 tahun).. balik kerja terpaksa menyinggah banyak tempat.. Mula2 jemput Haziq kat tadikanya (dia dok situ terus sampai petang sebab kat situ pun ada jaga budak2 jugak).. lepas tu ambil Alin kat rumah pengasuh (kena panjat tangga tingkat 5 tu!) then barulah boleh ambil Dini kat sekolah. Sekarang ni jalan kat ofis ni betul2 banyak kereta. Nak kata jem takla jugak.. tapi kereta berderet2. Sampaikan nak keluar simpang ke tadika Haziq ataupun ke rumah pengasuh pun makan masa... Jalan teruk sangat sesak ni sejak2 jalan ke highway Puchong dah dibuka berdekatan dengan ofis kami.. Jalan ni dah jadi laluan kegemaran mereka dari Puchong atau yang nak ke Puchong sebab jalan ni lebih dekat. Kata bos ku.. boleh jimat masa 30 minit berbanding jalan yang biasa digunakan dulu iaitu ikut Jalan Klang Lama nak ke Puchong. Makanya.. memang tiap2 hari jalan penuh atau jem. Sampaikan sekarang ni.. aku nak ke kedai yang biasa aku pegi pun rasa macam malas je sebab nak lintas jalan kaki pun cukup punya susah. Padahal dulu kedai tu memang kedai wajib pegi tiap2 bulan untuk belek2 atau beli majalah baru. Aku cerita ni semua bukan sebab nak cerita pasal jalan.. tapi sebab nak gambarkan betapa aku tak dapat balik cepat ke rumah disebabkan jalan yang sesak. hehehe.. Ini belum lagi bab masuk ke Federal Highway lepas jemput Dini kat sekolah dia...haii.. sendiri mau ingatlah.. sabor ajelahkan.. dah masing2 memang nak sampai rumah cepat... Senang cerita.. walaupun bos bagi balik awal setengah jam pun... tak dpt jugak nak masak yang best2 untuk family. Jadi moral of the story... isteri yang masak simple2 tu bukan sebab malas yer... tapi sebab tak cukup masa.. kekekeke.... Actually abang & anak2 aku tak pernah komplen pun.. hehehe..
Oklah... nasi goreng ni salah satu menu berbuka kami yang simple. Hari2 ada jer nasi lebih.. last2 aku gorengkan aje nasi tu... abis pun dia...mana taknya.. anak2 makan bertambah2.. Haziq pun dah boleh makan pedas sikit2.. syukurr...
Nak resepi jugak ker? Ala... goreng campak2 jer.. memang tak sukat.. aku tulis jugaklah tapi sukatan agak2 je ni... boleh gak anak dara ku buat rujukan nanti...
Nasi Goreng Chicken Ball
(untuk 4 ~ 5 orang)
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
Nasi secukupnya (utk 4 ~ 5 orang makan) ~ peroikan
15 biji chicken ball ~ hiris nipis
3 biji telur
1 ketul kiub ayam
garam, aji & gula secukup rasa
sayuran kesukaan (kacang panjang, kubis, carrot ~ guna kubis je sbb itu je yg ada)
minyak masak secukupnya
minyak masak secukupnya
Bahan2 tumbuk halus
3 biji cili merah
10 ~ 15 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)
segengam ikan bilis ~ kopek & rendam
sesudu besar udang kering ~ rendam
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara2 menyediakan.
1. Panaskan minyak (biar lebih sikit dari ukuran utk menggoreng nasi) lalu masukkan chicken ball. Goreng chicken hingga agak garing (dikacau2 selalu). Angkat & toskan.
2. Pecahkan telur ke dalam kuali & goreng telur menjadi scramble egg. Bila nampak dah beku.. terus masukkan bahan2 tumbuk. Tumis sehingga wangi & agak garing. Masukkan kiub ayam yang diperoikan terlebih dulu. Kemudian masukkan sayuran serta chicken ball yang digoreng tadi. Biar hingga sayur layu.
3. Masukkan garam, aji & sikit gula. Masukkan nasi & kacau rata. Biar secukup rasa & nasi berasap2 sikit (tu tandanya nasi goreng dah cukup sebati & masak). Bolehlah hidangkan bersama bahan sampingan yang anda suka seperti keropok, nugget ayam dan ulam2an.
Selamat memasak!
10 comments:
Assalamualaikum akak...
akak x sihat ker? moga akak cepat sembuh yer akak... n sihat2 hendaknya.. Amin..
memang betul ler akak.. kalu jln sesak ngan keta nie mmg malas nak kuar kan akak... diana pun x suka..
ermmm bagi diana nasi goreng tu amat sedap tau akak... mmg nampak kesedapannya tu... anak2 lg ler suka makan nasi goreng mcm nie kan akak
fuhh tingkat 5 tu. kalau saya kompem setiap tingkat, berenti amik nafas. baru panjattt. haha punya teruk perangai
Salam kak madiha, kesiannyer, rest lah kak kalau cuti tuu, blog ni nanti2 jer dulu nanti tak sihat lagi ssh kan kan, get well soon ya :-) kita ni pun dah dtg bulannyer bdn kurang sikit, asyik nak tido jerrr atau baring2 sbb fenattttt sgt.. tp tgk nasi goreng akak ni mcm nak buat jugak hihihi...
boleh slim after puasa ni Madiha:)..mmg terasa tak cukup masa dalam bulan puasa ni.Tak apa masak biasa biasa pun anak anak suka dapat makan air tangan ibu.Jika beli kat pasar Ramadhan kecewa je sebab blom jupe gerai yang betul betul kena dgn selera kita.Jadi goreng telur kicap lagi sedap.
kesiannyer akak.. bila pk2 balik, ada hikmah gak tercampak kt bintulu nih.. jalan x teruk sgt traffic dia. tun ni dh la pesen cepat stress kalu byk2 kete tgh jalan.. dlm x sempat2 gitu sempat gak akak memasak. emak2 mmg superwomen la kan =)
Madiha,
kena jaga kesihatan diri, Kak Amie dapat rasakan sibuknya rutin harian Madiha tu, Kak Amie sendiri sejak 3 tahun belakangan ini.....sudah 3 kali doktor sahkan menghadapi tekanan (kurang rehat),
apa pun, spesies kita ni tetap ke dapur jugak ye... sebab Kak Amie rasa dapur tu sebagai terapi... he he ehh
Assalam ratna..waduh memang akak faham benar kesibukkan ratna tu..dulu pun akak berkerja, tapi taklah sepadat ratna nak mengambil anak dichildcare, sebab anak2 mak akak yg tolong jaga..tapi padat akak ialah scope of my work tu..tak boleh nak balik cepat..kalau balik cepat boleh tapi make sure kerja yang diberi tu mesti meet dateline kalau tak client marah..dan management pun marah sebab kenapa ambik masa yang lama untuk menyiapkan satu2 design tu..
moral of my story pulak itu sebab akak tak pandai memasak time dolu2 sebab bila masanya akak nak belajar kalu baliknya dah pukul 9 malam..although hubby & anak2 tak complen jugalah..tapi begitulah wanita berkerjaya kan ratna..
eh nasi goreng nampak sedap!!..boleh masuk list ni..sebab ada bebola ayam tu...anak2 akak mesti suka ni..wah panjang nya comment!!...
salam kak madiha.. akak tak berapa sihat ye.,.. jaga diri kak makan ubat and take a good rest..:) nasi goreng walaupun simple tapi tetap mengenyangkan .. suka makan gini sekali ekala
makan obat & take care..
kami sahur nasi goreng malam semalam.. dok perabih lebihan nasi sahur seminggu lepas... hehe... ada kopok goreng jgk..
salam kak.. sedap nasi goreng ni.. makan panas2kan? akak take care ok? jg kesihatan
Post a Comment