Assalamualaikumm....
Ada satu petang tu... tiba2 tekak teringin nak berbuka dengan keledek goreng cicah sambal kicap. Haishhh.. mana nak carik bulan2 puasa ni mana ada gerai yang jual keledek goreng ke pisang goreng ke... Gerai2 yang biasa jual semasa luar bulan puasa pun semuanya tutup! Yang banyak hanya gerai menjual kuih muih pelbagai macam aje... Tapi tekak ni tetaplah ngengada nak jugak keledek goreng.. mujurlah nak makan yg murah2 & yang senang2 je.. buatnya teringin nak makan takoyaki ker... lagilah haru! heeee....
Makanya... oleh sebab takde sapa yang berjual goreng-gorengan di bulan puasa.. maka terpaksalah merajinkan diri buat sendiri... Balik dari kerja cari keledek kat kedai & sampai je rumah terus zas zus menyiapkan juadah berbuka hari tu iaitu Keledek Goreng cicah sambal kicap dan sempat jugak goreng nasi sekuali... alhamdulillah... rezeki hari tu... sangat2 simple juadah berbuka kami...
Resepi campak2 je.. memang tak bersukat pun... kat bawah tu bahan2 yang digunakan dengan kuantiti yang agak2 ... tak kisah punya buat macamana pun tetap menjadi juga... Tapi kali ni tak letak air kapur ataupun marjerin tapi ganti dengan sebiji telur untuk merangupkan tepongnya tu....
Keledek Goreng
Bahan2
3 senduk tepong beras
1 senduk tepong gandum
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk kunyit (atau lebihkan kalau kurang kuning)
1 biji telur
air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Keledek oren secukupnya atau keledek yang sesuai digoreng
Cara2
1. Keledek dikupas lalu dicuci bersih & toskan. Hiris sederhana tebal & ketepikan sebentar.
2. Bancuhkan semua bahan2 batter hingga rata dengan kepekatan yang sesuai.
3. Panaskan minyak & celup keledek dalam batter & gorenglah hingga kuning keemasan.
4. Hidang bersama cili kicap.
Sambal Cili Kicap
Bahan2
Segengam cili padi
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
Kicap secukupnya
Cara menyediakan
1. Tumbuk halus cilipadi & bawang putih. Kaup ke dalam mangkuk kecil lalu masukkan gula & kicap secukupnya. Kacau rata & sedia digunakan.
Nota : Sambal Cili Kicap tahan di simpan berminggu2 jika disimpan dalam peti ais & boleh digunakan pada bila2 masa.
Selamat mencuba!
8 comments:
Salam kak..
Layan jer apa yang teringin, tak kira lah bulan pose ke.. ehe :D
Nampak rangup jer goreng keledek akak tu :P
nampak rangup jer tu, kak.. kita pun ada rasa teringin gak ni.. hehe
lapar dan teringin pulak..
Wahhh....keledek goreng mmg sedap cicah sambal kicap.mmg fav saya ni.
ini memang sedap kak! berulang makan ni
selamat menyambur hari raya buat madiha sekeluarga
sedap nie kak
x posee pun tgk dah terliuq .. ;)
akak...!selamat hari raya.
YA Allah..terliurnya tgk keledek goreng cicah sambal kicap.
iskk....
Post a Comment