Wednesday, August 29, 2012

Suka Duka Aidilfitri 2012...

Assalamualaikum...

Bertemu lagi... sana sini rata-rata dah ramai kawan2 yang siarkan gambar raya di blog & FB masing2 kan?  Semuanya meriah dengan pelbagai cerita2 & kenangan raya yang indah2 belaka untuk dikenang... Pun begitu, bagi kami Aidilfitri 2012 kali ini amat terkesan di hati lantaran  rentetan peristiwa Julai 2012.  Walaupun ada sedikit perkembangan yang baik (mungkin) kerana Allah S.W.T mendengar rintihan & doa kami semua.. tapi hati tetap terpalit rasa sedih kerana famili kami tidak lengkap berkumpul pada raya tahun ini.  Mungkin benar kata kawan2... apa pun yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya... Waktu susah beginilah kita akan tersedar & Allah S.W.T tunjukkan kepada kita siapa sebenarnya kawan kita sewaktu menangis & kawan sewaktu ketawa  & waktu susah beginilah juga kita akan kenal yang mana satukah saudara kita yang benar2 mengambil berat terhadap kita sewaktu kita dalam kepayahan.  Hanya Allah S.W.T jua yang dapat membalasnya kepada mereka yang banyak membantu & mengambil berat di kala kami memerlukan.  Sebenarnya.. bukan wang ringgit yang kami dambakan.. sokongan moral pun dah memadai... Tambah2 lagi buat ma tersayang yang sudah tiada bersuami..  Kami adik beradik sedaya upaya cuba membantu agar ma sentiasa berasa kami berada disisinya walau dalam apa keadaan pun.  Satu lagi keajaiban & pengajaran yg kami perolehi... orang yang disangka menyusahkan suatu ketika dulu... rupa2nya dialah orangnya yang paling rapat dengan kami & paling banyak membantu semasa kami diuji walau (bukan wang ringgit) sekadar kudrat & masanya tapi itu adalah satu pengorbanannya yang sangat besar kepada kami.  Hampir sebulan mereka bersama2 menguruskan pelbagai urusan semasa di K.T merapatkan lagi hubungan sesama mereka. Itulah antara hikmahNya...  Syukur ya Allah dengan perkembangan ini sesungguhnya Kau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani hambaMu yang lemah ini! Syukur terhadapMu Ya Rabb..!


Kami sekeluarga... kain yang dibeli & ditempah setelah seminggu berpuasa..  Walaupun tiada mood nak berbaju raya baru.. mengenangkan anak-anak yang dah mula bertanya.. buatlah juga... hanya baju je yang baru.. tudung kami semua recycle! Takde mood nak cari tudung raya..



Exclusive dari kami... heee... (nampak lain muka bila ku tak pakai spek! heee..) 
2 minggu lagi genaplah 13 tahun kami sebagai suami isteri... Alhamdulillah... 
Moga jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga.. amin...



Tak dapat berposing 4 beradik... hanya kami bertiga sebagai kenangan...



Keluarga kecil kami... tak lengkap famili kami bergambar kali ni.. 
bergambar mana yang ada jelah... 
(kualiti gambar memang out!)



Cucu2 tokma di hari raya... 3 orang cucu takde dalam gambar... yang sorang dah tidor rasanya (baby lagi) & lagi 2 orang beraya di rumah nenek belah satu lagi...
Punyalah susah nak ambik gambar deme ni semua... yang duduk depan tu semua takleh dok diam.. dahlah maklong ambik gambar pakai handphone je! Ni je sekeping yg elok sikit.. hee...



En. hubby nak bergambar dengan anak & anak2 saudaranya.. tu pun ada yang takde... hehe.. payah betul nak ambik gambar budak2 ni...



Inilah dia menu kami di pagi raya... masak yang mudah je... Lemang & rendang daging tu yang dah disiapkan pada sebelah malamnya lagi.. (siap dihidang utk berbuka lagi 29 Ramadhan tu!) Dan menu2 lain seperti Nasi Minyak, Kari Daging, Ayam Masak Merah & Acar Timun & Nenas semuanya dibuat pada pagi raya.  Fresh2 & panas2 lagi.. hehe...



Plan asalnya pada petang raya pertama kami nak bertolak ke Kuala Terengganu. Tapi kita hanya mampu merancang.. namun Allah S.W.T jua yang menentukan segalanya.. Tak jadi ke K.T sebaliknya haluan kami ke arah selatan iaitu ke Johor Bahru pula.. 
 Tak pernah terdetik di hati bahawa kami akan beraya di JB kerana kami memang tiada saudara di sana! Gambar anak2 ni semasa kami beraya dirumah saudara adik ipar ku Tasya di Ulu Tiram, Johor pada raya ke 2..



Dari Ulu Tiram kami ke rumah seorang lagi saudara Tasya di Kampong Dato' Sulaiman Menteri, Johor Bahru.   Beraya di JB? Memang boleh dijadikan arkib "Hari Ini Dalam Sejarah".. hehe....



Selesai beraya... kami menuju ke destinasi utama kami... destinasi wajib & tujuan utama kami ke Johor.. 



6 buah kereta berkonvoi dari Keratong ke Johor Bahru.. disinilah destinasi akhir kami sebelum kami pulang semula ke Pahang... di sinilah berlakunya 'drama air mata'... Syukur kerana dipermudahkan segala urusan kami.. Puas, lega & bersyukur kerana Allah S.W.T maha mendengar doa kami yang dalam kesusahan... 



Akhir sekali... letak gambar bunga2 orkid tokma yang sedang indah mekar ini....


Sekian...& terima kasih kepada semua yg sudi bertandang...

26 comments:

Mulan said...

Taqobbalallahu minna waminkum... Salam Syawal & Maaf Zahir Batin..

memang seronok kan beraya beramai2..

susumanis said...

meriah raya..suka tgk gambar madiha n hubby, so loving :)

Masya said...

meriahnya berkumpul masa raya kan..

selamat hari raya.. maaf zahir & batin

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hati saya tertanya-tanya, Kak Madiha... apakah sebenarnya yang terjadi? Apapun semoga dipermudahkan segala urusanmu kak.

Memang benar, lain sangat muka Kak Madiha bila tak berkaca mata..

Sekali lagi, Salam Aidilfitri.

mama sara nur @ Cik Nor said...

salam aidilfitri kak Madiha
alhamdulillah kan tetap bersyukur walau diuji oleh Nya
jauh tu sampai Johor ekk apapun benar kata2 kak tu kala susah baru kita tahu siapa kawan siapa saudara kan

kak meh la beraya kat keramat ye

EmbunRosaliza said...

Assalam madihah, selamat hari raya, meriahnya raya walaupun tak semua yg ada.

Org felda mmg suka tanam bunga, dan semuanya cantik2, sama lah ngan bonda akk rajin tanam bunga

Unknown said...

Selamat hari raya Madiha, ni ha yg anak jati Johor pun tak sampai ke Johor. Mungkin hujung tahun baru dapat.
Tahun ni sedih campur gembira bagi kita ye Madiha, yg pedih tu pendamkan jauh di lubuk hati. Kita paparkan yg gembira agar org lain pun turut gembira. Setiap kita di uji dgn pelbagai kisah, syukurlah walaupun begitu kita masih dpt beraya dgn aman, makanan yg enak. Akak harap selepas hari raya ni semuanya berjalan lancar bagi pihak Madiha dan juga akak, amin.

Qhaifa Nur said...

selalunya mmg begitu..yg kita hina dululah yg akan membantu kita akhirnya...
meriah betul raya thn ni....

norhidana said...

dana msh lg tertanya2.... sudi lah akak berkongsi ngn dana... kt mana agaknyer destinasi terakhir tuh

Ctnaemah said...

Andainya saya tahu ketika itu akak tiada arah tujuan ke Johor..pasti sy suruh akak singgah ke rumah org tua sy di Kluang.NAnti kita tuko2 no.hp ya.Selamat hari raya & maaf zahir dan batin buat akak sekeluarga...semoga kesedihan cepat berlalu pergi dari kehidupan akak & family.

Norzie hany said...

Selamat hari raya Madiha.
Sedapnya menu di pagi raya tu.

MamaZYAShananie said...

kak Madiha...semoga kemanisan yg dirasai dalam 1001 dugaan yg dilalui menyuntik rasa kesyukuran pada kak sekeluarga. Biar apa pun yg berlaku...semoga syawal memberi kebahagiaan buatmu.

Ummi said...

SElamat Hari Raya dan maaf zahir batin ya Ratna... Walaupun akak x faham citer dan peristiwa yg terjadi...akak doakan semuanya baik2 la nnt dan keadaan pulih seperti sediakala...hidup mesti diteruskan kan... Kesabaran dan ketakwaan mengatasi segalanya kan Ratna... berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul... Moga Allah permudahkan segalanya...amiinnn

Liza said...

salam madihaa, semoga semuanya akan kembali seperti biasa ye, semoga madiha n family akan terus tabah...

Mama Gee said...

semoga kak dan kuarga terus kuat dan tabah menghadapi segala ujian drNya ya...

g rindu nk pi beraya konvoi2 mcm dulu2...dh lama tak buat semua tu...sejak arwah nenek dh takde....

.:nhalilah:. said...

selamat hari raya kak ratna..

insya Allah kak, doa prg yg ditimpa musibah ni allah makbulkan.. moga tabah.. dan dileraikan segala kekusutan..

kurus said...

ye kak .. kadang2 sedara yg kurang dari segi wang ringgit tulah yg banyak membantu kita .. membanting tulang dlm segala hal .. dibanding ngan sedara mara yg mewah wang ringgit .. org cakap wang boleh dicari , budi bicara tu yg payah ..

jadilah kak ... janji ada baju raya kan
kita nie mengenangkan anak2 aje bila nak beraya nie
biar mereka seronok ;)

lebih kurang famliy saya aje family akk .. x ramai , kecik tapi meriah dgn anak2 ..
anak dara akk sama besar ngan anak dara saya kak huhuh sihat kan ;)

Mamasya said...

Slmt hari raya Aidilfitri buat Ratna sekeluarga.
disaat kita dlm kesusahan bila ada yg sudi hulurkan pertolongan mmg begitu bermakna buat kita...doakan moga Ratna sekeluarga dipermudahkan urusan utk menempuh dugaan yg menimpa...tabahkan hati...terus dikuatkan semangat dan harap masalah terlerai segera....keluarga kembali ceria bahgia. Amin..

Anonymous said...

Selamat hari raya :)

Qasey Honey said...

slmt hari raya Kak Madihaa..maaf zahir n batin...

insyaAllah kak..Allah akan permudahkan segala urusan hambanya jika hambanya tu redha n sabar atas segala ujian yg diberikan...mungkin ade hikmahnya yg kita xtahu kan...walaupon Qh xtau cite sbnrnya...Qh hrp akak byk2 bersabar yer...syg akak ketat2 :)

klau tau la akak ade kt ulu tiram raya kedua hritu...leh kita bjmpa kan..QH pon kt situ jugak umah atok belah hubby QH...rugi pula rasanya...klau x..leh kenal akak lebih dekat lg...

ALoNa CintamaniszLite said...

Alhamdulillah, ada jgk gambar raya keluarga. Bkn apa, kalo nk ikutkan sedih, duka...siapalah kita nk menidakkan takdir, kan. Jd, bila hari raya ni..tak bolehlah nk ikut perasaan sgt. Kita ada anak2 yg mana mampu memahami keseluruhan cerita orang dewasa, kita ada kawan2 yg tidak tau cerita kesedihan kita....

HomeKreation said...

Salam Madiha. Banyak stoberi kat atas tu.... dari kebun madiha ke. Selamat Hari raya & Maaf Zahir Batin dari Along. Along belum sempat lagi nak kongsikan gambar raya.

FnF Simple Life said...

Salam aidilfitri buat akak n famili... Saya doakan agar dimudahkan segala urusan akak sekeluarga... Moga tabah dan sabar dengan ujian dan dugaan dariNya.

Rohah said...

salam lebaran kak..

Nadz Nazharzan said...

Salam aidilfitri kak Madiha..
Mmg lain muka akak bila tak pakai spek. Pakai kanta lekap ke kak?
Semoga kak Madiha dan keluarga perlahan2 ceria semula w/pun cuma kenangan dengan yang telah pergi saja yg ada dlm memori.

Kak, amboi..gambar atas tu, ladang stoberi sendiri ker?heheheee..

Ahmad Esa said...

Anda cintakan makanan Malaysia? Jom serai tinjau selidik yang berikut:

https://unisabusiness.qualtrics.com/SE/?SID=SV_dheWoJASTpQIIbq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...