Saturday, March 16, 2013

Ikan Tumis Asam Berserai

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Mengadap lappy sekejap sementara menunggu customer datang ambil kuih tempahan.  Hari cuti begini jarang2 berpeluang nak mengadap lappy. Sekarang sejak guna wifi (dulu guna broadband sangat2 mengecewakan walaupun dah cuba dari 2 broadband jenama yang berbeza).. lebih suka buka blog menggunakan handphone saja.. Laju aje.  Tapi masalah utamanya.. MaDiHaA tak pandai nak update blog dengan handphone.  hihihi... Takpelah.. sekurang-kurangnya.. dapat juga jenguk2 blog kawan2 bila ada masa terluang kat rumah.. 



Oklah sekadar nak share resepi ringkas ni.  Dulu2 masa MaDiHaA masih bersekolah, ma selalu masak macam ni untuk kami.  Masakan ringkas tapi sangat sedap di tekak kami.  Lebih2 lagi bila tekak tak selera nak makan akibat demam.  Dapat lauk air & ada rasa masam2 macam ni.. memang sedap.  Teringat kenangan manis waktu kami kanak2 dulu.. bila hari cuti.. kami kerap juga makan tengahari berkelah di atas pangkin di bawah pohon mangga bersama dengan jiran sebelah rumah.  Yang paling best.. dapat berkongsi lauk pauk yang di bawa bersama.  Waktu tu.. ma & jiran umur baya2 MaDiHaA sekarang kot.  Masa tu semua masih sihat lagi.  Tapi sekarang.. masing2 pun dah berumur & ada yang dah uzur sangat.  Jiran kami walaupun ia lebih muda dari ma.. tapi sekarang dah terlantar saja di rumah akibat stroke.  Lumpuh seluruh badan.. tak boleh bergerak & tak boleh bercakap.  Semoga masih ada harapan untuk beliau sembuh.  Kadang2 kasihan juga pada anak bongsunya yang masih bersekolah.  Pulang dari sekolah kena menguruskan mak yang tak sihat.

Oklah.. dah merepek2 pula MaDiHaA melayan kenangan silam kan.. jom tengok resepi ringkas ni...



Ikan Tumis Asam Berserai
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 ekor ikan (apa2 ikan pun boleh ~ MaDiHaA guna cencaru yang dibuang jaket & dipotong dua)
3/4 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan air
2 keping asam gelugur
kacang bendi secukupnya 
garam & serbuk perasa secukupnya
minyak masak secukupnya untuk menumis


Bahan yang dihiris nipis
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 batang serai
3 hirisan halia
4 biji cili padi (MaDiHaA letak sebiji2 sebab takut anak kepedasan)

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak & tumiskan bahan2 hiris serta serbuk kunyit hingga naik bau. Masukkan air & asam gelugur.  Tunggu hingga mendidih.
2. Masukkan garam, serbuk perasa, ikan & bendi.  Tunggu sehingga bendi lembut & biar secukup rasa. Bolehlah dihidangkan. Jika belum tiba masa menghidang.. boleh keluarkan dahulu asam gelugur untuk elak kuah menjadi terlalu masam.

Selamat mencuba!

12 comments:

Firdawati Rashidi said...

sedapnya kak!

izan mama mia said...

bebas santan...best

adda syuhada said...

sedapnya...nanti nak masuk list jgk la yg ni...

Lesung Batu said...

salam kak madiha...sy sgt2 suka menu ni..ia simple, bila2 masa leh buat klu ada ikan & sedap! sy selalu guna air asam jawa tak guna asam keping sbb masam sgt..apa2 pun mmg best! :)

Rohah said...

betul kak,kita pun suka lauk di masak gini...

Delima Zamrud said...

Sesekali kita makan simple camnie mmg sedap kan akak :)

hana said...

salam kak... tetiba terliur sudaaaaaaa wpon lauk simple2 ajerr... nak wat gak la nanti

Anna Qawina said...

Salam Kak Madiha..waa ada stoberi kat atas tuh..hehe..
sedapnya lauk gini kak, kalau anak2 saya sure licin dihirup kuah..

*kak ajarkan buat pulut deco..waa..sangat cun..

pst : apsal saya g komen mana2 harini mesti dok bawah Hana? haha..

zana fahmi said...

Assalam Madiha, kita panggil ni lauk singgang kan? Org Johor kata. Tapi kalau Kelantan tak guna kunyit, rebus gitu je.
Memang sesuai utk org sakit, org nak diet...ehem..diet ke?

Yatie said...

tngk bahan2 pun dah tau mmng sedap ni..di tambah lagi dngn bendi..perghhhh mmng sedap tul..

norhidana miswan said...

mcm msk pindang je skit2 kan kak...

ALoNa CintamaniszLite said...

sekali pandang mcm masak pindang...hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...