Terima kasih kepada yang sudi follow....

Saturday, March 9, 2013

Salad Campur

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Merajinkan diri update di hari Sabtu.  Sesekali makan salad macam ni pun sedap juga kan ?  Menu ringkas & menyihatkan.  Tak makan nasi pun dah kenyang.  Jom layan...


SALAD CAMPUR
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 ketul brokoli ~ dipotong floret & celur sebentar
1/2 biji capsium merah ~ potong dadu
beberapa biji tomato ceri
beberapa biji timun jepun saiz pendek ~ hiris tebal
beberapa biji telur puyuh ~ direbus & dikopek
Mayonis secukupnya
Sos thousand island secukupnya

Campurkan kesemua bahan sayuran.  Picitkan mayonis & sos thousand island secukupnya & segera dihidangkan.




Untuk anak2 yang kurang gemarkan sajian salad ni... MaDiHaA buatkan mereka Nasi Goreng Ikan Goreng.  Tapi maaf ye sebab takde resepi... masak main campak2 & malas nak sukat bahan2.  Yang pasti bahan penting mesti ada nasi & ikan goreng lebihan.  Tumiskanlah bawang merah, bawang putih serta cili merah yang ditumbuk. Masukkan isi ikan goreng yang diperisi & ditumbuk, masukkan sayur kubis yang diracik, bahan perasa secukupnya & masukkan nasi yang diperoikan. Gaul sebati & biar secukup rasa. Siap!

Selamat mencuba!

9 comments:

tun_telani said...

Kalau tun, makan nasi goreng dgn salad tu.. hihi....

Phong Hong said...

PH peminat salad! Nasi goreng pun minat jugak so PH akan makan nasi goreng dengan salad hee..hee...

Munnafendy said...

nasi goreng ikan goreng ni simple..tp sedap!

Bbwana adienia said...

salad yang simple tapi sihat..

Amie said...

Berliur pulak nampak salad Madiha tu... he he ehhh nasi gorengnya pun sodap apa!

mama sara nur said...

assalam
salad sedap tu kan
sy suker bila dah kerkeringan idea sgt nak makan apa dah he he

rahel said...

Nasi goreng sedap + kopi panas....nyaman bah.

Temuk said...

Assalam
Cantiknya presentation salad tu. Sampai Pak Temuk ni berasa tak sampai hati nak makan. Nasi yang digoreng, dengan campuran ikan goreng, memang menggamit. Tumpang rasa enaknya dari jauh.

❤Kamsiah❤ said...

akak tak makan mayo...kalau gantikan dgn olive oil ke...perasa lain ke..boleh tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...