Saturday, March 2, 2013

Kerabu Kaki Ayam Idaman lagiii....

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ini entry autopublished ye.  MaDiHaA rajinkan diri untuk update juga untuk hari ni sebab nak clear cepat2 gambar yang tertunggak yang masih banyak dalam folder.


Resepi kali ni hanyalah menu ulangan.  Buat sekali lagi Kerabu Kaki Ayam Idaman memandangkan kaki ayam yang dikumpul dah banyak.. hehehe.. Nak buat macamana kan.. memang suka sangat makan kaki ayam.  Tambahan pula dijadikan kerabu macam ni.. sedap makan ratah.  Tapi tak boleh makan kerap sangat ni sebab takut pulak kena gout... Untuk elakkan jadi macam tu.. jangan lupa minum apple cider vinegar lepas makan ni ye.. hehehe..

Resepi ulangan tapi MaDiHaA letak jugalah kat sini untuk rujukan adik2 yang nak mencuba.. lagipun buat kali ni ikut bahan yang ada kat rumah je.. masa ni buah tomato & serai pun takde stok.. tapi no harm.. masih sedap rasanya.. Pada penggemar kaki ayam bolehlah mencuba.. ni kalau kat restoren tak tau berapa ringgit dorang charge kan...?



Kerabu Kaki Ayam Idaman

Resepi : MaDiHaA aka Ratna



Bahan2

5 pasang kaki ayam (10 ketul) ~ bersihkan & potonglah apa2 yg patut.. (kasi cantas terus yg berkuku tu... hee...)

3 ulas bawang merah*

8 biji cili padi* (boleh kurangkan atau lebihkan)

1 kuntum bunga kantan (saiz kecil)*

1 batang serai* (takde stok juga jadi tak letak)

1 biji tomato ~ buang biji & hiris / potong kiub (ini pun takde stok plak kali ni)

3 sudu besar sos ikan nampla

1 biji limau nipis ~ ambil jusnya (boleh lebihkan kalau suka lebih masam)

1/2 sudu besar gula



Cara2 menyediakan

1. Kaki ayam direbus sehingga betul2 empuk (MaDiHaA rebus sampai 3 kali kering air... isi/kulitnya tu dah mcm nak tertanggal dari tulang.. hee...). Bila dah empuk angkat & masukkan dlm tapis & siram dengan air panas. Kaki ayam dipotong 3 bagi setiap ketul. Ketepikan dahulu.

2. Semua bahan2 bertanda* dihiris. Serai pula dihiris betul2 nipis & semua bahan hiris dimasukkan dalam satu bekas. 

3. Campurkan kaki ayam yang dipotong tadi bersama2 bahan hiris. Masukkan tomato yang dihiris, sos ikan, jus limau nipis & setengah sudu besar gula. Kacau rata2 sehingga mesra.  Bolehlah dihidang segera.. Yummyyyyy!!

Selamat mencuba!

6 comments:

faa.rosli said...

waaa sedak sedak...my fevret...ratah tak hengat kalau dapat ni..ummi faa selalu buat lagi2 bulan pose..nyumnyum

Hafizah Mohamad said...

nape tgk kerabu kaki ayam kak nampak sedap sgt ni...nape fiza buat jadi x sedap...he he he...pasni nak kena try lagi...sos ikan dah ada ni....he he he

Emma Marinie said...

Bagus ni...sumber collagen terbaik!

Nooriah Abdullah said...

salam Madihaa
akak pun suka kaki sbb tak banyak isi snagat dok gigit tulang tu yg the best sangat kan, nanti akak nk try jugak buat sbb belum pernah kerabu lagi biasa anak2 minta buatkan tomyam je

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. xpenah wat kerabu kaki ayam. jarang masak kaki ayam, biasa hasben tun suruh buang je. kdg2 kalau terasa mkn, tun goreng je. tp xtahan meletup dlm kuali. hihi

rahel said...

Sedapnya...kalau ngan kite ni konpem licin tengkorak kaki ayam tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...