Wednesday, March 6, 2013

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food

Assalamualaikum...


Tahniah & terima kasih buat Tun Telani yang telah bermurah hati mengadakan 1st Giveaway di blognya.  Bila MaDiHaA tengok hadiah yang ditawarkan.. memang rasa tak sabar2 nak ikut serta.  Manalah tau ada rezeki kan... Dua buah buku resepi yang pastinya menjadi rebutan para blogger khususnya blogger masakan pasti taknak lepaskan peluang ini.. So apa tunggu lagi? Jomlah ikut serta....

Untuk detailnya... sila rujuk di bawah ye... 


Untuk menyertainya.. sila ke blog Tun di SINI.




Syarat2 penyertaan:
1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru. (memang dah lama jadi follower Tun.. hehe)
2. Buat n3 bertajuk -Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food (done!)
3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog tun. (done!)
4. Tuliskan apa makanan kegemaran anda ^^ kalau ada gmbr letak gambar, kalau ada resepi blh tulis resepi, tp x wajib. cerita la sket kesedapan makanan tu. hihi (done!)
5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen.. **** tun menghadapi masalah utk komen di EMBEDDED komen ye, cuma dpt komen di pop-up window, harap maklum. (done!)
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2013.


Ok untuk makluman Tun.. kalau akak nak tulis makanan kegemaran memang tersangatlah banyaknya.  Tapi akak pilih 1 menu yang betul2 menjadi kegemaran akak sejak dulu hingga kini.  Maksud makanan kegemaran bagi akak bukanlah hanya tertakluk kepada yang paling kerap dimasak di dapur atau yang paling kerap diorder di kedai.. tapi ia juga bererti makanan yang akak boleh makan dan mengadapnya berulang-ulang kali dalam satu hari tanpa rasa jemu.  Pendek kata kalau satu hari dok mengadap makanan yang sama dari sarapan pagi hingga ke makan malam pun takper dan tak kisah punya.. Kadang2 kalau ada lebih.. simpan dalam peti sejuk & panaskan lagi keesokannya... hehe... Malah.. sekali hadap akak boleh habiskan sampai 3 mangkuk!  Suka sangat sebab menu ini kaya dengan pelbagai sayuran, pucuk2 kayu & herba... apalagi kalau dicampurkan dengan isian proteinnya seperti ayam, sotong atau udang... hmmm.. bertambah lazatlah rasanya... Dan ia adalah... jeng jeng jeng....

Bubur Lambuk Terengganu!
 



Kalau masak Bubur Lambuk Terengganu ni memang wajib dimasak dalam satu periuk yang BESAR... hihi...  



Masak bubur ini tak tertakluk pada musim bulan puasa saja...  bila2 masa pun sesuai.  Walaupun ada menu lain yang menjadi kegemaran akak tapi rasanya akak tak lalu nak makan hingga berulang2... paling hebat pun setakat 2 kali makan.. lepas tu dah rasa muak.. hehehe...  Tapi kalau bubur lambuk ni memang akak boleh ulang makan berkali2...  sebab tu akak kategorikan ia sebagai makanan kegemaran akak...  akak kan penggemar sayuran.. dalam bubur lambuk ini boleh dicampurkan bermacam jenis sayur dengan kuantiti yang serba sedikit dan antara yang biasa dicampurkan ialah pucuk midin (paku merah), kangkong, pucuk labu, pucuk ubi, bayam, daun kesum, kemangi, pucuk kadok & tak lupa ubi keledek.  Ramuan lain yang agak penting dalam bubur ini mestilah ada lada hitam, isi ikan & juga budu... itulah penyedapnya... heee... Kalau Tun nak resepi detail Bubur Lambuk Terengganu yang biasa akak buat... silalah rujuk di bawah ye... rasanya resepinya sama saja kalau dah disebut Bubur Lambuk Terengganu... kalau berbeza pun mungkin pilihan sayuran yang digunakan...Maklumlah kadang2 kita tak boleh nak jumpa semua sayur yang perlu.. jadi kita letak jelah mana yang ada.. Tapi jangan sesekali skip pucuk midin tu ye... itulah sayur yang wajib ada!

Pokok midin di tepi ladang sawit...


Nak versi lebih mewah boleh lebihkan isian di dalamnya seperti udang, sotong atau ayam seperti di bawah tu...



BUBUR LAMBUK TERENGGANU

by MaDiHaA


Bahan2
2 pot beras (pot rice cooker)
2 ~ 3 ketul keledek ~ potong kecil
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
7 ulas bawang merah /1 labu bawang besar
1 ikat pucuk paku midin
5 pokok kangkong
1 cekak sayur bayam
2 tangkai daun kadok ~ hiris2 kasar
4 tangkai daun kesom ~ hiris halus2
4 tangkai daun kemangi ~ hiris halus2
1 helai daun kunyit ~ buang tulang tengah & hiris halus2
2 batang serai ~ diketuk
1 cawan udang basah saiz kecil (Boleh ganti dgn sotong/isi ayam atau nak letak semua pun boleh)
2 ekor ikan kembung ~ bakar/rebus dan ambil isi lalu ditumbuk
air secukupnya untuk mengembangkan beras
1 cawan santan pekat
garam secukupnya
1 sudu besar kerisik yg telah ditumbuk halus
2 sudu besar budu

Cara2 Memasak
1. Beras dicuci bersih & direbus hingga kembang & menjadi bubur. Pastikan sekali sekala anda kacau bubur yang dimasak supaya tidak berkerak. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat. Atau jika nak mudah.. boleh dikisar bawang & halia tadi.
3. Masukkan serai, keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan ke dalam bubur nasi tadi.
4. Masukkan kerisik, udang/sotong/ayam, santan & garam.. kacau sehingga rata. Pastikan air mencukupi agar bubur tak pekat sangat.  Jika terlalu pekat.. tambah lagi air.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat/ keledek sudah hampir empuk, masukkan sayur-sayuran & sedikit budu sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba!






9 comments:

Unknown said...

Gud Luck kak...moga berjaya :)

tun_telani said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!! sedapppp!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kalau kt umah, bila mama buat pun mmg wajib seperiuk besar! haha..masing2 duk pakat ulang makan 5-6 kali.. hihi... tp tun fail bab mengenal pasti daun2 tu.. tau pucuk paku je, yg lain xtau rupa. hihi..

ps: tq kak sudi join GA nih ^^

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak..Good Luck..saya pun suka bubur lambuk Terengganu tapi selalu kutip daun2 saja dan tinggalkan buburnya..he he he he he

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum kak salah satu fv jugak ni bubur lambuk suka2 nnt boleh lah try resepi akk pula...

Cheida_Mymee said...

sedapnya!! akak saya nak join ye.. sebab suka bab makan ni haha

Mamasya said...

Aslmkum Ratna
dah lama tak mkn bubur lambuk....balik Ganu last yr paling akhir mkn. nak buat tak da sayur utama itu pucuk midin yg membuatkan bubur ni lagi sedap

faa.rosli said...

Ya Allah sedapnya!

Anonymous said...

semuga berjaya

waduh nampak sedap bubur ganu ni..x pernah cuba lagi aaa

Unknown said...

Kelihatannya sangat enak , jadi ingin sekali untuk mencobanya !!

Penyebab Timbulnya Penyakit Miom

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...