Tuesday, March 5, 2013

Tempahan Apam Ladybird & Kek Coklat Moist with Edible Image

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Pagi ni MaDiHaA update gambar2 tempahan yang diterima pada 24hb Februari lepas dari Maheran iaitu 100 biji apam ladybird & 1 biji kek coklat moist dengan edible image.  Agak mencabar siapkan tempahan kali ni dengan keadaan anak yang tak sihat.  Mujurlah dapat juga disempurnakan. Alhamdulillah.



Inilah kek tempahan yang MaDiHaA ceritakan tempohari. Masih menggunakan resepi kek coklat moist yang sama iaitu dari Cida De'Nuanza yang MaDiHaA buatkan untuk anak bujang MaDiHaA si Haziq baru2 ni. Hanya resepi ganache saja yang berlainan sebab kali ni MaDiHaA guna resepi ganache dari Chef Anuar yang menggunakan UHT/whipping cream, coklat compound, butter & golden syrup.  Tukar resepi sebab bimbang kejadian sama berulang kembali... kali ni alhamdulillah elok ganache tu berkilat & tak membeku seperti ganache pada kek yang sebelum ni.



Semoga Maheran berpuas hati dengan apa yang akak hasilkan.  Mohon maaf sekiranya ada kekurangan pada kek tersebut maklumla dah lama akak tak buat kek tempahan.  Buat ini pun sekadar mencuba2 & tak sampai hati nak tolak bila customer bertanya.  Padahal ramai lagi diluar sana pembuat kek profesional... MaDiHaA ni bukanlah pakar... nak deko kek pun terketar2 tangan.. setakat deko bodo-bodo macam kat kek tu bolehla... hehe...



Terima kasih sekali lagi buat Maheran kerana sudi menempah buat majlis sambutan hari lahir anaknya... Happy birthday Muiz... moga jadi anak yang pintar & soleh ye...


Jumpa lagi..

14 comments:

zana fahmi said...

Assalammualaikum, Madiha sihat? Sihat la tu...ambil tempahan..hehe.
Kalau dekat boleh akak order utk birthday anak bujang esok. Tapi anak lelaki ni makin membesar makin tak berapa suka kek, rasanya akak takde potong2 kek utk dia esok.

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. rajin betul wat apam ladybird, tun nk wat dot2 pun struggle.. hihi

Firdawati Rashidi said...

Salam kak, sy follow sini...
Price utk aoam tu bape?

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Madihaa. Semogacepat sembuh anak Kak Madihaa, kesian pulak dah seminggu rasanya sakit tu.. dalam pada tu dapat lagi siapkan tempahan, memang kagum sy dgn usaha gigih akak.. cantik & kemas kek tu, sesuai betul warna biru ada kat situ.

Kak, cemana nak dapatkan warna corak ladybird yg hitam & merah pekat macam tu, kena letak warna banyak atau ada brand warna yg bagus akak gunakan?

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Salam kak ratna..

Semoga cepat sembuh... syafakillah

Cantek apam lady bird tu nak cuba buatlah :D

fiszah_pjo said...

Kakratna.saya nk tempah gk kek utk bday ank sy bulan 5.akak emel sy leh x.norhafiszah@gmail.com

Firdawati Rashidi said...

Nk tempah aoam ladybird..50biji...

ieda immi said...

salam kakak
wahhhhhhhh penuh ketelitian lah hasil kerja kakak !
memang kagum sgt2 ... ;)
cantik dan kemas .. vanger kejap ! ;)

Qhaifa Nur said...

cantiknya apam ladybird...
kek pun tak kurang juga, sedapnya...

Salmi Khairil said...

gebusnya apam akak..sangat suka bambam..

Azian Elias said...

masyallahhhh...cantiknya apam...rajinnya. suka tgk.

rostina76 said...

salam k.madiha.....cake tu simple tapi kemas & cantik. mesti customer puas hati ;)

Phong Hong said...

Wow, very impressive! Tabik!

A.L.M. said...

Hi I'm Ana from Fooduel.com. It is a site in which users vote recipes
from 1 to 10.

There is a ranking of the best recipes and a profile with your voted recipes. Each recipe has a link to the blog which belongs the recipe. This way you will get traffic to your blog

It's easy, fast and fun. The best Photo recipes will be here.

I invite you to enter, add your blog and upload a recipe with a nice photo.

We would love that you participate with some recipe like this.Look Amazing!

Regards

http://www.Fooduel.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...